DIDEKITE

AKU seorang insan.. seperti juga orang lain yang ingin menjadi seperti pepatah orang tua-tua dahulu kala.."Kalau tidak boleh menjadi garam yang memasinkan ikan..... JANGAN pula menjadi lalat yang membusukkan ikan.."



Search This Blog

Monday, May 29, 2006

A'FAMOSA RESORT, MELAKA





Hari ini aku berkursus di A'Famosa Resort...Kursus Protokol dan Etika..anjuran Persatuan Pegawai Tadbir.... Aku dipaksa pergi oleh En. Latif.. so pikir balik..bagus juga.... sepanjang bekerja hampir 16 tahun ni..tahun ni aku meriah dengan kursus...... dan bertuah badan...kebetulah Aniversary aku jatuh pada 27 Mei ni..yang ke 12 tahun tu..so aku bercadang bawak famili..dan En.Latif benarkan dan aku top-up lebihan bayaran tu....
Seronok sungguh dengan penceramah terkenal dari INTAN..Puan Rahimah Yeop.... dulu masa induksi pun dia pernah bagi ceramah ...... padat dan tepat isi kandungannya.... So abang layan anak-anak pi mandi manda dengan naik tram......
Hari Sabtu malam minggu..acara melawat bandar Melaka bersejarah dan makan malam di Umbai...... seronok kami anak beranak...... tak terabih makan..... Keesokan lepas check-out..aku bawak anak-anak ronda sekitar A'Famosa yang luas nak mampos..abang dan adik sempat naik 'kereta'...... wah ngalah mat rempit.... RM30 tu 3 x pusingan....... Tapi apa pun walau duit habis..tapi kami sekeluarga bergembira sakan...... dan aku sempat masuk ke Kedai cenderamata....mencari sesuatu untuk Sal dan Ida.... dan akibatnya...... kami dapat bergambar dengan binatang 'kesayangan kedai' tu sebab membeli dengan harga yang ditetapkan untuk mengambil gambar secara percuma..kalau tak RM25 sekeping tuh.....!!!!! Aku cakap kat ABANG..kalau sayang DIDE..Abang bergambar ngan ulaq tu..tanda hadiah paling berharga untuk anivasary kali nie..... bagai nak mampos menahan geli..apa tak nyer..sedangkan katak..tikus,,cicak kat rumah pun geli geleman..ni nak pegang benda tu..sayang bini punya pasal..ha..sampai tesentil lidah....!!!!!!!!!Eiiillembih..lebut..licin dan sejuk..katanya!!

Dan tak sangka...antara persembahan kumpulan...di antara 6 kumpulan...kumpulan kami 'AVAGANZA'..terpilih antara kumpulan terbaik........!!!!!

Thursday, May 25, 2006

ADIK BERSUKAN
















Hari ini adik bersukan...malangnya..ayah serta kakak dan abang tak dapat join sama tenguk adik bersukan sebab memasing kerja dan sekolah... so hanya ibu yang sempat bersama adik....yang cute dan comel bam bam nih...

Malangnya waktu perbarisan.....adik dan kawan-kawan yang sebesor dia semua buat perangai..kena ibu-ibu jalan sama ikuti perbarisan hingga tamat.... Adik masuk acara lumba lari 100 meter..dapat no.2..tu pun ibu ikut berlari..... dan malangnya masa penyampaian hadiah..adik tak larat nak tunggu..panas..ibu bawak balik ke ofis..dan cikgu sal tolong ambilkan piala..time balik dari nusery tenguk piala dah bertukar jadi no.lima..nasiblah..nak buat camner........janji adik seronok....dan ini acara terakhir adik kat nusery..sebab start bulan Julai ni adik akan duk ngan Tok Chah........ selamat tinggal neseri dan kengkawan serta cikgu semua..tima kasih daun keladi... adik cayang sumuer......muah!!!!

Wednesday, May 24, 2006

RUMAH ABANG SUDAH TERJUAL!!!!!!!








Akhirnya..setelah di iklan selama hampir 3 minggu..dengan rating yang tinggi...dengan permintaan yang ramai sungguh..rumah abang terjual jugak....Yang bertuah tu ialah Cik Tarmizi Sudin..guru sekolah cina... dan isterinya bekerja sebagai kerani di sekolah yang sama.... sekarang ni dia orang menyewa kat Taman Pinggiran Putra...alhamdulillah.....

23 May..perjanjian dibuat dengan syarat..cikgu boleh duduk rumah tersebut setelah kami selamat berpindah ke rumah baru...... so persetujuan dicapai..alhamdulillah..... moga kami semua akan hidup gembira di tempat baru.....
Bukan tak sayang dengan rumah tu..tapi kami nak rumah yang lebih selesa...dan kami tak mampu untuk menyimpan..atau menyewa..sebab tak dapat cover duit bulan bank..so jalan terbaik...lepaskan pada orang yang memerlukan..dari lebih rugi..dan alhamdulillah ...untung jualan rumah boleh renovation rumah baru...he..he..he......

Monday, May 22, 2006

MAS IDAYU AHMAD JOHARI DALAM KENANGAN 1969 - 2006

Hari ini sungguh sedih .......... balik dari kerja..aku terkejar ke rumah mak..sebab nak pinjam tepon..sebab masa balik tadi Ben call ada pesanan untuk Chai....pas tu aku lupa nak sampaikan.... tu yang call Chai dari rumah tu..pas tu abah dah nak keluar ke masjid..dia bagi tau..kawan sekolah aku mati accident... keluar paper..aku pun terus cari paper..rupanya Mas Idayu Amat Johari..kawan sekolah rendah dulu.... dalam gambar rupa tak berubah tapi gempal nampaknya gambar arwah..dia guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mustaffa Pasir Panjang di Sabak Bernam...... dia dari Shah Alam balik berkursus...kereta kancilnya terbabas ke kanan jalan melanggar lori muatan sayur dan keretanya berpusing terus melanggar pulak kereta Honda Odyssey yang berada belakang lori sayur...

Keretanya remuk teruk..dan dia cedera parah di kepala dan patah lengan kiri... terus dikejarkan ke Hospitak Tanjong Karang tetapi meninggal dunia dalam perjalanan....Arwah meninggalkan seorang suami..guru Hamam Khalid..dan empat orang anak..Ilham Johari ,11, Epa Amira, 9, Ezaz Izni, 7 dan Ezati Alin,4. Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Parit 9, Pasir Panjang kira-kira jam 10.00 malam tadi.... Ini bermakna kejadian tersebut berlaku Ahad jam 4.00 petang pada 21 Mei 2006......... seminggu sebelum Annevesarry aku yang ke 12 tahun......
Teringat aku..habis sekolah dia sambung belajar di UPM..dok pulak Kolej Ketiga... sekarang Tun Dr. Ismail... pas tu bercinta ngan suami dia kat kolej tuh... suami dia suka makan kicap..so orang gelar Kicap Masin.. aku tau sebab mak aku kerja kat situ sebagai tukang masak.... dan aku masa tu dah kerja kat Matrikulasi...... Dan aku xerox bebanyak keratan paper tu..dan sebar kat kengkawan yang lain..ramai yang tak tau citer ni rupanya.....ALFATIHAH..........

Sunday, May 21, 2006

KERJA AKHIR SEBELUM KE A'FAMOSA

Hari ni aku siapkan..tentatif program..borsur dan name tag..serta alat tulis yang perlu dibawak..... untuk Bengkl Semakan ISO di Tiara 8 Jun ni...aku senang kerja semua ni siap lebih awal..aku jugak yang senang dan tak kelam kabut....
Sebab minggu ni aku kena pi Kursus Etika dan Protokol di A'Famosa..ajuran Persatuan Pegawai Tadbir so aku dah jumpa En. Latif..aku nak bawak famili..so dia setuju dan lebihan duit tu aku tanggung..lebih kurang RM 200 aku kena top-up...kira o.klah tu.. sebab ofis cuma support peserta bengkel jer.....
Namti balik dari sana aku cerita yerk....

Saturday, May 20, 2006

HARI JADI TATIK

Hari ni aku ot..gak... siap Prsedur Audit Dalaman.... pening sungguh...... petang ni ija buat besdey anak dia..untuk dua orang sekali...Tatik dan Firdaus........ makan besarlah ni ari rumah mak...

Petang tu sebelum majlis..mak ngan wan berbalah sikit..pasal busu ler......entahlah..pening aku..wan ni nama jer duk rumah mak..tapi asyik dok menangkan busu yang tak sedar dek untung tu..... tak tau lah aku..harap wan lebih sedar dan lebih prihatin sikit kat emak.....
Juan pulak datang..tak abih lagi kes dia ngan bini dia..entahlah..semua adik beradik nasihatkan dia suruh lepas ajelah..susah bela orang yang dah tak betul ni..berubat tak mau..masuk hospital tak mau..ubat tak mau makan.... sedangkan dia nak kerja..tak tentu arah..dah lah kontrak...pening jugak aku ngenangkan semua ni....harap semuanya akan berakhir dengan baik..keputusan di tangan dia...yang nak menanggung dia.... so tepuk dada tanya selera.......

Friday, May 19, 2006

EDITING AKU YANG TERAKHIR

Hari ni..OT cam biasa...tengah edit Manual Kualiti....siap juga akhirnya....petang lebih kurang jam 6.00 petang baru balik...Sal tolong baca..dan semak..kalau tak ..pening aku..70 muka surat tuh....!

Aku kena siap cepat..semua prosedur nak di edit..sebab minggu depan aku kena pi A' Famosa..kursus Protokol dan Etika..pas tu pi Tiara Beach Resort PD... Semakan Audit Dalaman..pas tu gi Sabab...kursus Pembantu Tadbir Cemerlang.....

Ke A'Famosa..aku bawak famili...... lebih tu aku support ler... ofis bayar utk kursus jer.... sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke 11 tahun........ betul-betul istimewa....insyallah.....

Thursday, May 18, 2006

SAPA NAK BELI RUMAH

Aku dah start iklan nak jual rumah........ ramainya orang telepon...... lastly ada satu mamat ni tak sabar nak tenguk..malam nak datang rumah...... aku pulak sibuk rumah mak nenguk bini si Juan sakit 'dia' dah sampai....pastu lamanya..... dari jam 9.00 sampai 11.00 lebih baru balik..adus..lemas sungguh aku.... bukan apa..time kerja ni aku tak berapa minat layan orang time malam ni...sebab kita kita kerja... malam nak rihat....... aku tak kisah la..sesapa nak beli..janji sape sanggup dengan harga yang ditawarkan..itu pun dah kira orait......tungggu.....!!!!!!!!!!!!!!!! sapa yang bertuah tu..untung wooo......

Tuesday, May 16, 2006

YEH..YEH!! MAK BALIK DARI UMRAH

Hari ni aku kerja cam biasa..bebudak dah start periksa..dari semalam lagi..harap dapat menjawab dengan baik......

Tengahari lebih kurang jam 12.. mak dah sampai... alhamdulillah,,mak sihat..... gemberi sangat nenguk muka mak..banyak jajan yang mak beli..termasuk kayu Kokka yang aku kirim.... banyak khasiatnya..... terutama anak demam..sakit gigi..jauh dari gangguan makluk halus.. binatang berbisa....di zalimi...dan pendinding...

Stonkol tak lepas jubah dari badannya..sukanya dia.....

Monday, May 15, 2006



Berhati-hati memilih kawan - Ruzana

Oleh: HABIBAH OMAR

RUZANA Zubir (kiri) memeluk kakaknya, Ruzni setibanya di KLIA, Sepang, malam tadi.
SEPANG 13 Mei - Setelah 13 bulan ditahan di Pusat Tahanan Windsor di Australia, Ruzana Zubir, 37, akhirnya menjejakkan kaki ke tanah air dengan membawa pengajaran yang paling berguna iaitu berhati-hati memilih kawan.
Kejadian itu juga, kata Ruzana banyak mengajarnya supaya pada masa depan tidak mengulangi perkara bodoh dengan membawa barang yang dikirim oleh orang yang baru dikenali walaupun kelihatan alim dan baik.
``Selama 37 tahun saya hidup, inilah pertama kali saya mengalami perkara seumpama ini, jadi pada masa depan saya tidak akan buat benda bodoh ini lagi.
``Saya tidak menyangka perkara ini akan berlaku. Memang saya marah tetapi benda telah berlaku dan orang yang bertanggungjawab itu telah dimasukkan ke penjara. Bagaimanapun saya akan memberikan kerjasama kepada pihak polis,'' katanya.
Ruzana ditemui sebaik sahaja menjejakkan kaki di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), di sini malam ini.
Ketibaannya disambut oleh kakak sulungnya, Ruzni, 40, dan adiknya, Ruzaiya, 32, dari Bentong, Pahang serta abangnya Mohd. Zulkifli, 38, dari Rawang, Selangor.
Ruzana ditemani oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah dan peguam cara, Raj Palany.
Semalam, mahkamah daerah Sydney membebaskan Ruzana daripada tuduhan menyeludup lebih lima kilogram candu ke Australia, April tahun lalu.
Ruzana, seorang jurujual kereta sambilan, dituduh mengikut Seksyen 233B Akta Kastam 1901 (Undang-Undang Australia) yang boleh dihukum penjara seumur hidup atau denda sehingga RM2.08 juta (AUS$750,000).
Pegawai kastam Australia menemui satu paket yang dibalut dengan pita dalam beg Ruzana apabila dia tiba di Sydney pada 27 Mac tahun lalu.
Pihak pembelaan mengemukakan seorang saksi dari Malaysia, Mohd. Noor Ikhwan Jaimi selain beberapa dokumen berkaitan penahanan dan pendakwaan seorang warga Iran, Bahman Jalilipanah Gholamali (Haj) atas tuduhan mengedar dadah.
Menurut kes pembelaannya, Ruzana menyatakan Haj telah memintanya membawa paket mengandungi ubat herba Iran untuk diberikan kepada rakan Haj yang sakit di Sydney.
Ditanya mengenai perasaannya setelah dibebaskan, Ruzana berkata ia umpama mati hidup semula kerana sebelum ini dia berasa seperti tidak ada harapan untuk dibebaskan tetapi setelah Muhammad Shafee memberi bantuan, harapannya kembali berbunga.
Mengulas mengenai keadaannya semasa berada di penjara, Ruzana memberitahu, beliau terpaksa memakan sayur-sayuran memandangkan makanan yang disediakan tidak halal.
``Saya juga terpaksa belajar untuk bercampur dengan semua banduan termasuk penagih dadah dan pembunuh. Bagaimanapun layanan daripada pihak polis adalah baik,'' katanya.
Bagaimanapun menurut Ruzana, kejadian serangan bom di Bali dan pembunuhan pemimpin Jemaah Islamiah (JI) Dr. Azhari Husin, merupakan satu cabaran besar baginya kerana dia terpaksa berhadapan dengan banduan-banduan tempatan yang menganggap orang Islam sebagai pengganas.
Keadaan itu menyebabkan dia menghadapi deraan mental termasuk percakapan yang menyakitkan hati daripada banduan tersebut yang menganggap Ruzana sama seperti Dr. Azhari, namun Ruzana bernasib baik tidak diganggu oleh mereka.
Bagaimanapun, jelasnya nasihat ibunya melalui panggilan telefon yang dibuatnya setiap bulan supaya tidak meninggalkan sembahyang dan sentiasa kuat semangat memberikannya semangat untuk bertahan.
Ditanya apakah dia akan melancong ke luar negara lagi selepas ini, ibu tunggal itu menyatakan bahawa dia akan berfikir dua kali sebelum melakukannya.
Mengenai perancangannya selepas ini, Ruzana berkata, dia akan pulang menemui ibunya di Kangar dan selepas itu akan mencari masa yang sesuai untuk menemui anak-anaknya yang telah lama tidak ditemuinya yang kini berada di Ampang.
``Saya akan berehat dahulu selepas ini dan kemudian barulah akan membuat perancangan seterusnya,'' katanya.
Sementara itu, Muhammad Shafee berkata, beliau gembira dengan pembebasan Ruzana dan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberi sumbangan yang dianggarkan melebihi RM650,000.
Sumbangan itu, katanya diberikan oleh individu, ahli politik termasuk tiga Menteri Besar dan syarikat-syarikat yang meminta nama mereka dirahsiakan.
Kisah di atas mengingatkan aku masa aku kerja kat Pejabat Ladang..sekarang Taman Pertanian Universiti...... lebih kurang tahun 1991 yang lalu..waktu tu aku kerja sebagai kerani sambilan..... Ada sorang staf tu dia Ketua Kerani..kalau tak silap namanya Kamarudin Musa..isteri dia Cikgu Kintan..guru sekolah menengah aku dulu masa kat SMSAAS........... sebijik..tapi masa tu En. Din melawat India..belanja dek rakan-rakan supplier...... sampai sana..ada rakan mintak tolong bawak balik beg..... dalam tu penuh batu permata..jutaan ringgit.... apa lagi kena tahan....... jenuh jugak duk dalam penjara India yang daif tu........ setahun kejadian dia balik..... dan staf kat situ banyak yang bersimpati..tolong keluarga dia....... macam kes di atas ler..percaya kawan...akhirnya..kawan makan kawan.........pengajaran hidup paling besar tu......

Sunday, May 14, 2006

JALAN-JALAN KE PUTRAJAYA


Petang ni..untuk menghilangkan boring anak-anak..aku bawak mereka ke Putrajaya..ronda sampai ke Kompleks kerajaan..amik gambar..pusing-pusing dan singgah makan kat tom yam di Seri Serdang ala kat belakang JPN..yang baru bukak tu..o.k gak..... tapi di Serdang ni aku masih tak jumpa lagi tempat makan yang memenuhi selera aku anak beranak..... semua tempat aku dah gi makan kat area sini....... tapi entahlah........
Aku seronok giler....lagi dua malam mak nak balik..aku rindu mak..rindu sangat...sangat-sangat rindu....tak terkata..... tak ada bandingan...rasanya..camnerlah..kalau mak dah hilang dari dunia...ni..aku rasa mungkin hidup aku TAK seceria sekarang...........
Mak........aku sayang mak........aku rindu mak....... kerana mak...aku ada kat sini...kerana mak..hidup aku ceria.....kerana mak adalah segala-galanya..........isssssssss..pssttttttt.....jangan bocor rahsia aku tau....... mak tau tau.....!!!!! dan SELAMAT HARI IBU MAK.............

Friday, May 12, 2006

APY BERDEY ABANG ADIB




Hari ini tanggal 12 Mei..genap umur abang 6 tahun.... dah besar anak ibu..... harap menjadi ORANG bila besar nanti....... senakal-nakal sekarang..harap bila besar nanti.....menjadi seorang yang berjaya dunia dan akhirat.....
Pagi ni ibu masak Nasi Lemak Special...... habis..masak lagi tengahari tu.. habis...... pas tu..si Mak Chuk demam pulak..nak bubur..petang masak bubur daging.... sambil masak dalam periuk letrik..kami bersiap terus ke Bandar Seri Putra....gi servey rumah baru kami...Allah mak..penuh dengan lecak tanah merah..maklumlah sekarang kan musim hujan....... so sempat jugalah nenguk-neguk kawasan tu........ ramainya indon tengah duk lepak....dah hampir 1/2 siap..
Balik dari sana terus balik rumah.... check bubur dah masak..bagi Mak Chuk makan..... pas tu bersiap..terus bawak anak-anak pi MINES... jalan-jalan dan belanja makan KFC... sempena hari jadi abang... seronok giler abang dan anak yang ibu yang lain....... ya la..aku jarang bawak mereka keluar macam ni.... lama dah.... sekarang ni baru mula balik sebab adik dah besar... dan pandai bawak diri..dulu dia kecik..malas nak layan..sebab terlalu lasak sangat....tak serupa anak orang..abih semua nak diraba dan usik..tak terlarat nak kejar...
Balik dari sana..terus mandikan semua...dan makan bubur daging...hussss..kuat sungguh anak-anak aku makan.....menggeleng si Ayah..ha baru tau.........lepas perut dah kenyang apa lagi..memasing mula cari bantal.........

Thursday, May 11, 2006

KESUNYIAN

Hari ini aku kesunyian diapit oleh jantan-jantan IG.... Ida ada periksa..si Sal balik kampung..... Ida ngan Sal mesti ingat aku marah sebab dia orang tak dapat jadi model..ari tu..tak la...cuma aku ni jenis terus terang...mungkin cara terus terang aku dia orang ingat lain..tapi aku tak apa-apa..... jangan takutlah wai adik-adikku...... aku tetap sayang korang muahh..... dan sayang lagi ngan Fara...muahmuahmuahmuah...yang jadi penyelamat keadaan...dan muah..muah.muah..buat Yan dan Nida.........
Aku call Ida ucap selamat berjaya dan minta no password pc..sebab pc aku tengah repai dek Si BO...... sebab banyak kerja aku nak buat..nak masuk cuti..nak edit ISO...... emmmmm..peningnya buat kerja ISO ni....... rasanya menaip lebih menyeronokkan dari mengedit...kerja orang......WAAAAAAAAA....
Komputer aku telah dibarai dek BOTAK..adus..geramnya aku..sebab ISO yang telah diedit habih tak tau gi mane......... penatnya...makkkkkkkkk tolong...!!!!

Wednesday, May 10, 2006

MODEL 2

Hari ini aku cuti.... ha..apa lagi jadi model si Yan pulak (kawan Mira)...facial muka dan buat rawatan kuku tangan dan kuku kaki..hasilnya...cantik sungguh kuku tangan dan kuku kakiku..keko....... ha..ha.... muka aku yang berbelak kerana bertudungpun dah nampak kurang....bagus sungguh hasilnya.... percuma..siapa tak nak.... janji korban cuti..no hal..nak cantik punya pasal...!!!!!

Nak jadi cerita si Sal ngan Ida yang janji nak jadi model.. tak dapat pulak nak join..... so nasib baik Yan dan Nida jadi penyelamat....... alhamdulillah...... dan mereka pun gembira...... selamat si Mira dan si Ila....

Tengahari time rehat..balik sekejap ngan Mira..soru...sempat ambil along ngan angah dari sekolah..pas tu 1.30 gerak ke SCP..cari purse..purse aku dah koyak giler... gi masuk Parkson..allah mak..aku berkenan ngan satu beg tu..harganya hampir RM159..jadi RM 56 jer......adus..... tunggu gaji ler kalau ader rezeki.... pas tu hujan lebat kat luar bangunan..berlari ler..amoks...dua ekoq ni..masuk ke blok B..... sambung buat kuku ...... his...canti kukuku....he..he..he

Tuesday, May 9, 2006

GIGI OH GIGI

Dah dua tiga bulan aku risau ngan gigi si Abang.... gigi baru dah tumbuh...2 batang...tapi gigi susu dua batang tu pulak tak tercabut..kukuh lagi..so berlapis ler jadinya.....
Puas di goyang tak mahu jugak tanggal.... so seminggu yang lalu makin kuat goyangnya..... dan hari ini tengah dia makan biskut tiger kat sekolah..ha tercabut sebatang...... dan petang tu..aku cabut lagi sebatang ngan benang..mahu pulak tu.... sebelum ni takut... tapi senget ler gigi yang baru tumbuh tu.... hai tak hensem ler anak ibu nanti......

Monday, May 8, 2006

MODEL 1

Hari ini first time aku buat facial moka..tu pun jadi model si Mira... abih dicungkilnya..black head aku....... best jugak yer.... tapi hari ni tak cuti..mintak kuar kejab.... tak apa kan!!!!

Saturday, May 6, 2006

PEKENA MEE SUP DI JALAN IPOH

Hari ini turun dengan lebat sepanjang petang..... bosannya aku dan anak-anak.... nak buat camner..... untuk hilang bising...ABANG buat suggestion...Jom Jalan-Jalan Cari Makan..hujan ni selalu perut lapar... apa lagi terbayang mee sup special..+ perut perk...... adik ngan abang balum sampai dua mangkuk..tapi mee hoon kosong ler..tak ader rencah... emmm erkkkkkkkk...kenyang sungguh..round kat Dataran Merdeka..rupanya ada HARI BOMBA kut..nampak cam pameran jer..... tapi macam dah nak habis..kami tak turun..hujan renyai..malas nak layan anak-anak time hujan ni..kang demam susah pulak......so..round dalam kereta jer la.....

Tuesday, May 2, 2006

UMRAH OH UMRAH

Pagi ni jam 12.30 malam dah bersiap sedia..nak ngantar mak ke KLIA..gi umrah under KEPERTAMA.....sedih jangan cakaplah....... lebih kurang jam 2.00 pagi bertolak..tunggu Noni balik dari tenguk teater Lantai T Pinkie....
Jam 7.00 tepat sampai rumah...bagusnya anak-anak..dah siap ke sekolah naik basikal...... alhamdulillah..... aku terus bentang toto dan beradu bersama abang dan adik..haha...tak ke tadika dan taska la dia orang..drebar aku terus bersiap ke tempat kerja..kesian ABANG....... balik nanti baru ABANG tidur yer... tak aperlah berkorban untuk mak mertua..tak rugi maner pun....