DIDEKITE

AKU seorang insan.. seperti juga orang lain yang ingin menjadi seperti pepatah orang tua-tua dahulu kala.."Kalau tidak boleh menjadi garam yang memasinkan ikan..... JANGAN pula menjadi lalat yang membusukkan ikan.."



Search This Blog

Monday, May 15, 2006



Berhati-hati memilih kawan - Ruzana

Oleh: HABIBAH OMAR

RUZANA Zubir (kiri) memeluk kakaknya, Ruzni setibanya di KLIA, Sepang, malam tadi.
SEPANG 13 Mei - Setelah 13 bulan ditahan di Pusat Tahanan Windsor di Australia, Ruzana Zubir, 37, akhirnya menjejakkan kaki ke tanah air dengan membawa pengajaran yang paling berguna iaitu berhati-hati memilih kawan.
Kejadian itu juga, kata Ruzana banyak mengajarnya supaya pada masa depan tidak mengulangi perkara bodoh dengan membawa barang yang dikirim oleh orang yang baru dikenali walaupun kelihatan alim dan baik.
``Selama 37 tahun saya hidup, inilah pertama kali saya mengalami perkara seumpama ini, jadi pada masa depan saya tidak akan buat benda bodoh ini lagi.
``Saya tidak menyangka perkara ini akan berlaku. Memang saya marah tetapi benda telah berlaku dan orang yang bertanggungjawab itu telah dimasukkan ke penjara. Bagaimanapun saya akan memberikan kerjasama kepada pihak polis,'' katanya.
Ruzana ditemui sebaik sahaja menjejakkan kaki di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), di sini malam ini.
Ketibaannya disambut oleh kakak sulungnya, Ruzni, 40, dan adiknya, Ruzaiya, 32, dari Bentong, Pahang serta abangnya Mohd. Zulkifli, 38, dari Rawang, Selangor.
Ruzana ditemani oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah dan peguam cara, Raj Palany.
Semalam, mahkamah daerah Sydney membebaskan Ruzana daripada tuduhan menyeludup lebih lima kilogram candu ke Australia, April tahun lalu.
Ruzana, seorang jurujual kereta sambilan, dituduh mengikut Seksyen 233B Akta Kastam 1901 (Undang-Undang Australia) yang boleh dihukum penjara seumur hidup atau denda sehingga RM2.08 juta (AUS$750,000).
Pegawai kastam Australia menemui satu paket yang dibalut dengan pita dalam beg Ruzana apabila dia tiba di Sydney pada 27 Mac tahun lalu.
Pihak pembelaan mengemukakan seorang saksi dari Malaysia, Mohd. Noor Ikhwan Jaimi selain beberapa dokumen berkaitan penahanan dan pendakwaan seorang warga Iran, Bahman Jalilipanah Gholamali (Haj) atas tuduhan mengedar dadah.
Menurut kes pembelaannya, Ruzana menyatakan Haj telah memintanya membawa paket mengandungi ubat herba Iran untuk diberikan kepada rakan Haj yang sakit di Sydney.
Ditanya mengenai perasaannya setelah dibebaskan, Ruzana berkata ia umpama mati hidup semula kerana sebelum ini dia berasa seperti tidak ada harapan untuk dibebaskan tetapi setelah Muhammad Shafee memberi bantuan, harapannya kembali berbunga.
Mengulas mengenai keadaannya semasa berada di penjara, Ruzana memberitahu, beliau terpaksa memakan sayur-sayuran memandangkan makanan yang disediakan tidak halal.
``Saya juga terpaksa belajar untuk bercampur dengan semua banduan termasuk penagih dadah dan pembunuh. Bagaimanapun layanan daripada pihak polis adalah baik,'' katanya.
Bagaimanapun menurut Ruzana, kejadian serangan bom di Bali dan pembunuhan pemimpin Jemaah Islamiah (JI) Dr. Azhari Husin, merupakan satu cabaran besar baginya kerana dia terpaksa berhadapan dengan banduan-banduan tempatan yang menganggap orang Islam sebagai pengganas.
Keadaan itu menyebabkan dia menghadapi deraan mental termasuk percakapan yang menyakitkan hati daripada banduan tersebut yang menganggap Ruzana sama seperti Dr. Azhari, namun Ruzana bernasib baik tidak diganggu oleh mereka.
Bagaimanapun, jelasnya nasihat ibunya melalui panggilan telefon yang dibuatnya setiap bulan supaya tidak meninggalkan sembahyang dan sentiasa kuat semangat memberikannya semangat untuk bertahan.
Ditanya apakah dia akan melancong ke luar negara lagi selepas ini, ibu tunggal itu menyatakan bahawa dia akan berfikir dua kali sebelum melakukannya.
Mengenai perancangannya selepas ini, Ruzana berkata, dia akan pulang menemui ibunya di Kangar dan selepas itu akan mencari masa yang sesuai untuk menemui anak-anaknya yang telah lama tidak ditemuinya yang kini berada di Ampang.
``Saya akan berehat dahulu selepas ini dan kemudian barulah akan membuat perancangan seterusnya,'' katanya.
Sementara itu, Muhammad Shafee berkata, beliau gembira dengan pembebasan Ruzana dan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberi sumbangan yang dianggarkan melebihi RM650,000.
Sumbangan itu, katanya diberikan oleh individu, ahli politik termasuk tiga Menteri Besar dan syarikat-syarikat yang meminta nama mereka dirahsiakan.
Kisah di atas mengingatkan aku masa aku kerja kat Pejabat Ladang..sekarang Taman Pertanian Universiti...... lebih kurang tahun 1991 yang lalu..waktu tu aku kerja sebagai kerani sambilan..... Ada sorang staf tu dia Ketua Kerani..kalau tak silap namanya Kamarudin Musa..isteri dia Cikgu Kintan..guru sekolah menengah aku dulu masa kat SMSAAS........... sebijik..tapi masa tu En. Din melawat India..belanja dek rakan-rakan supplier...... sampai sana..ada rakan mintak tolong bawak balik beg..... dalam tu penuh batu permata..jutaan ringgit.... apa lagi kena tahan....... jenuh jugak duk dalam penjara India yang daif tu........ setahun kejadian dia balik..... dan staf kat situ banyak yang bersimpati..tolong keluarga dia....... macam kes di atas ler..percaya kawan...akhirnya..kawan makan kawan.........pengajaran hidup paling besar tu......

No comments: