DIDEKITE

AKU seorang insan.. seperti juga orang lain yang ingin menjadi seperti pepatah orang tua-tua dahulu kala.."Kalau tidak boleh menjadi garam yang memasinkan ikan..... JANGAN pula menjadi lalat yang membusukkan ikan.."



Search This Blog

Tuesday, July 25, 2006

PERGINYA HANI MOHSIN

Hari ini kita dikejutkan dengan kematian mengejut pelakon dan pengacara terkenal Hani Mohsin.... dalam usia yang masih muda...... dengan meninggal seorang anak perempuan berusia 10 tahun...innalillahiwainnaillahirrajiun....... darinya kita datang....dan kepadanya kita kembali.... telahkan kita bersedia.......

Hani Mohsin meninggal dunia akibat serangan jantung


Hani Mohsin.

KUALA LUMPUR 25 Julai – Pelakon filem dan drama terkenal yang juga hos rancangan Roda Impian, Hani Mohsin Hanafi, 41, meninggal dunia akibat serangan jantung selepas pengsan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang, di sini hari ini ketika sedang menunggu penerbangan ke Alor Star.

Beliau yang juga bekas suami Datin Seri Tiara Jacquelina menghembuskan nafas terakhir ketika dikejarkan ke Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) Sepang, dekat sini selepas pengsan kira-kira pukul 9.30 pagi.

Pelakon tersebut bersama anak tunggalnya, Hani Karmila, 9, dijadual berlepas ke Alor Star sebelum meneruskan perjalanan ke Langkawi untuk bercuti.

Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Zahedi Ayob memberitahu, pihaknya menerima panggilan pada pukul 10 pagi memaklumkan mengenai kejadian itu.

Menurutnya, selepas disahkan meninggal dunia, jenazah Hani Mohsin telah dibawa ke Hospital Serdang di sini kira-kira pukul 1 tengah hari bagi proses bedah siasat.

Tiara Jacquelina dan suaminya yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Effendi Norwawi turut berada di hospital tersebut.

Sementara itu, jenazah Hani Mohsin tiba di rumahnya di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa, di sini kira-kira pukul 5.30 petang ini sambil diiringi Tiara Jacquelina, Hani Karmila dan Effendi.

Jenazahnya disembahyangkan di Masjid Al-Ridzuan, Hulu Klang di sini selepas solat Isyak sebelum dikebumikan di sebelah pusara ibunya, Hasni Bakar di Tanah Perkuburan Islam Al-Ridzuan, Hulu Klang.

Dalam pada itu, beberapa orang rakan artis termasuk Senator Datuk Jins Shamsuddin, Datuk Mustafa Maarof, A. Rahman Hassan turut menziarahi jenazah Allahyarham di kediamannya itu.


Anak lihat ayah rebah


Tiara bersama Effendy Norwawi dan dua anaknya, Hani Karmila dan Eridani memberi perhormatan terakhir kepada Allahyarham Hani Mohsin di Hospital Serdang, semalam.
KUALA LUMPUR 25 Julai – “Ayah jatuh” demikian kata Hani Karmila yang menghubungi ibunya Datin Seri Tiara Jacquelina tanpa mengetahui bahawa bapanya, Hani Mohsin sudah meninggal dunia.

Menurut Hani Karmila, 9, dia menghubungi ibunya menggunakan telefon bimbit bapanya, Hani Mohsin yang rebah di kaunter pendaftaran AirAsia, Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang hari ini.

Menceritakan detik-detik akhir kejadian itu, Hani Karmila berkata, dia dan bapanya tiba lewat di LCCT dan berada dalam tergesa-gesa menuju ke kaunter pendaftaran.

“Cepat. Kita sudah terlambat,” merupakan kata-kata terakhir yang diucapkan oleh Hani Mohsin kepada Hani Karmila.

Menurut Hani Karmila, dia dan bapanya dalam perjalanan untuk bercuti ke Pulau Langkawi dan Pulau Pinang selama seminggu dan akan pulang pada 1 Ogos ini.

Hani Karmila merupakan anak tunggal Hani Mohsin bersama Tiara Jacquelina hasil perkahwinan mereka pada 11 September 1993. Bagaimanapun pasangan itu bercerai pada 16 Februari 1998.


‘Aku letih, aku nak rehat panjang’

Oleh Wan Mohd Hafiz Wan Hamzah

KUALA LUMPUR 25 Julai – ‘’Letih sangat rasanya, lepas ni aku nak rehat panjang,’’ begitulah luahan terakhir Allahyarham Hani Mohsin Hanafi kepada rakan karibnya, Abdul Halem Mat Som, 40, ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran kepunyaan selebriti Linda Onn, di Ampang Point, Ampang, semalam.

Abdul Halem, yang bertugas sebagai Pengurus Kanan Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berkata, sepanjang pertemuan mereka tengah hari itu, Allahyarham berulang kali mengadu keletihan akibat sibuk dengan penggambaran drama.

“Mungkin inilah yang Allahyarham maksudkan dengan ‘rehat yang panjang’. Ketika itu, saya tidaklah ambil berat luahan Allahyarham sebab dia memang bercadang mahu bercuti dengan anaknya, Hani Karmila ke Langkawi,’’ katanya ketika ditemui di rumah Allahyarham Hani Mohsin di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa, di sini hari ini


Edisi Nasional: Cium ayah penuh harap

Oleh Badrila Jamlus, Ellyna Ali, Norhayati Nordin dan Rashidi Karim

KUALA LUMPUR: “Berkali-kali saya cium pipi ayah dengan harapan dia akan bangun dan sedar. Namun, bila melihat ayah sudah tidak bernafas dan tidak bergerak lagi, barulah saya sedar ayah sudah tiada dan pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya.

“Hanya Tuhan saja tahu betapa sedih dan hibanya perasaan saya. Pada masa itu, saya juga terfikir, kenapa semua ini mesti terjadi pada diri saya, sedangkan kami berdua sedang dalam perjalanan untuk bercuti di Pulau Langkawi bersama,” luah Hani Karmila, 10, ketika ditemui selepas pengebumian Allahyarham bapanya, Hani Mohsin, di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Ridhuan, Hulu Klang, malam tadi.


Edisi Nasional: Kempunan kari ketam, sambal sotong

KANGAR: Allahyarham Hani Mohsin, 41, meminta ibu saudaranya yang tinggal di sini memasak kari ketam dan sambal tumis sotong kegemarannya sebagai juadah makan tengah hari semalam.

Bagaimanapun, hasrat itu tidak kesampaian apabila pelakon dan pengacara terkenal itu meninggal dunia selepas diserang sakit jantung di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) ketika mendaftar masuk ke kaunter penerbangan ke Alor Star bersama anak tunggalnya, Hani Karmila, 10, kira-kira jam 9.30 pagi.

Ibu saudaranya, Hasnu Bakar, 60, berkata Hani menelefonnya malam kelmarin dan meminta dia memasak kari ketam dan sambal tumis sotong untuk makan tengah hari bersama keluarga di rumahnya di Taman Sena Indah, di sini.

“Saya meminta seorang peniaga di pasar menghantar ketam dan sotong untuk dimasak seperti yang dia minta malam tadi (kelmarin). Ketika membuat persiapan untuk memasak, saya diberitahu Hani meninggal dunia secara mengejut.

“Saya lemah dan sebak mendengar berita kematian Hani kerana baru malam tadi (kelmarin) saya berbual dengannya menerusi telefon. Allahyarham yang sudah tidak mempunyai ibu bapa, sangat rapat dengan saya.

“Dia beria-ria mahu pulang ke rumah ini bersama Hani Karmila untuk beristirahat di Langkawi memandangkan anak tunggalnya yang bersekolah di Bukit Antarabangsa sedang bercuti,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Ketika ditemui, Hasnu bersama suaminya, Yaacob Samah, 66, dan anaknya Yahasmizan, 42, sedang bersiap untuk bertolak ke Kuala Lumpur bagi menziarahi jenazah Hani.

Hasnu berharap dia dapat menatap wajah Hani sebelum jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Ridhuan, Hulu Klang.




Saturday, July 22, 2006

APPT BESDEY MAK TEH

Selamat hari jadi mak teh...moga gembira bersama keluarga tercinta..... dan aku tunggu bila nak dapat baby girl....lamernyerrrrrr........................................he..he..he....

Saturday, July 15, 2006

TSUMAWI VS TSUNINA

Gambar semasa menjadi tunang Mawi

Tanggal 10 Julai lalu..putuslah hubungan yang termetri sepanjang hampir dua tahun.....mungkin sudah tiada jodoh..dah telah tertulis..... memasing dengan andaian tersendiri..yang sudah tu..biarlah berlalu.... moga.. sama-sama membina kerjaya sendiri demi masa depan yang lebih gemilang....

Menyurus arus perubahan...... Ina makin bertambah rezekinya...dari minah kilah ke pegawai pemasaran Celcom...... dan model tudung Butik Kirana........ moga dia bertambah matang dan tabah dalam menghadapi gelombang hidup orang popular seperti x tunangnyer......





Edisi KL: Moga Ina berjaya

Oleh Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my


Gambar selepas putus tunang
KUALA LUMPUR: “Biarlah Ina dengan dunia yang baru diceburinya lagi pun itu pilihannya sendiri. Saya tak mahu kata apa-apa, mungkin sudah tertulis rezekinya ke arah mana. Bagaimanapun, saya harap dia berjaya dalam apa jua (bidang) dilakukannya,” kata bintang popular Mawi, 25, mengenai pembabitan bekas tunangnya, Nordiana Naim atau Ina, 22, dalam bidang peragaan dan pengacaraan.


Selepas pasangan itu putus tunang secara rasmi pada 10 Julai lalu, Ina kini mempunyai kerjaya baru di ibu negara sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat swasta. Ina juga tampil dengan wajah dan imej baru.

Menumpang tuah sebagai bekas tunang penyanyi paling popular ketika ini, wajah gadis manis kelahiran Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor, mula menjadi perhatian pihak media dengan wajahnya terpampang dalam akhbar dan majalah.

Mengulas mengenainya, Mawi tidak berasakan yang Ina mengambil kesempatan sebagai bekas tunangannya untuk mencipta nama dalam bidang seni.

“Pada saya Ina tidak mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku. Apa yang dilaluinya kini adalah rezekinya. Biarlah dia berusaha mencapai cita-citanya sendiri.

“Bagaimanapun, saya harap Ina bersedia dengan apa saja kemungkinan yang akan berlaku dalam dunia seni kerana dugaannya sangat hebat.

“Namun sekiranya satu hari nanti dia lebih popular daripada saya, biarlah. Apa yang sudah berlaku biarlah berlalu, usah dikenang lagi dan saya pun tidak kesal melepaskannya,” katanya yang ditemui selepas pelancaran album Doa, Berzanji dan Qasidah berlagu di Restoran Seri Melayu, di sini, semalam.

Tambahnya, dia juga menolak cadangan bergambar bersama Ina sekiranya ada pihak yang ingin berbuat demikian.

Mengenai pembayaran perubatan arwah bapanya yang masih berbaki RM162,000, Mawi berkata, dia akan berbincang dengan Institut Jantung Negara (IJN) bagi melangsaikannya.


Kehilangan ayah pada 5 Julai dan putus tunang pada 10 Julai merupakan saat getir buat Mawi...moga tabah dalam menghadapi cabaran sebagai isan terkenal.....

Bukan Mawi saja ada club...Ina pun dah ader beb.....



Friday, July 14, 2006

BELI BELAH DI NILAI 3

Hari ini boss semua tak ader...projek baik..kami berempat..sal..ida..kis dan aku ke nilai 3..shoping sakan baju raya.........gilos dibuatnya...ku beli sepasang buat emak bersama sehelai tudung Untuk mak mertua...awal tahun dah belikan..so tak yah ler beli lagi......... Nanti nak pegi lagi..sebab ni baru shoping tengah bulan..... haa..ha..jangan lepas ni makan pasir udah ler...... takpun..rebus je kain tu.........buat makan hingga cukup bulan..kah..kah..kah.......

Tuesday, July 11, 2006

PERGINYA ENCIK IBRAHIM

Hari ini ku dengan sebuah lagi berita sendu..perginya Encik Ibrahim ..pegawai tadbir di SUMIPUTEH STEEL SDN. BHD.... bos lama abang..masa kerja ngan company jepun....... semalam dia pergi meninggalkan dunia ini..... kerana sakit gout yang telah lama di hidapinya..... last aku jumpa dia tahun lepas..masa hari keluarga di Sunway Lagoon..orang nya sebijk cam Tumbalan Menteri kita..... alfatihah...... siapa lagi.........lepas ni...........innalillah......

Monday, July 10, 2006

SELAMAT HARI JADI......

Selamat hari jadi...dari jauh kau ku ingati...sampai bila kita begini...aku rindukan kemesraan itu..tapi mampukah aku mengapai kembali saat itu..ku tunggu hingga nyawaku dicabut....moga kau bahagia dengan kehidupan barumu....... tapi jangan lupakan aku di sini..kerana kau tetap di hati hingga mati dik........ sayang dari ku untuk mu.......

Wednesday, July 5, 2006

Engkau Sangka Musuh Merosakkan

Engkau sangka musuh merosakkan engkau
Engkau selalu menyangka orang lain
Akan merosakkan engkau
Engkau selalu sahaja prejudis
Dengan musuh-musuh engkau
Akan membinasakan engkau
Rupa-rupanya musuh-musuh engkau
Sekali sekala sahaja merosakkan engkau
Orang lain, adakalanya engkau yang terselamat
Daripada kejahatannya
Tapi engkau samada sedari atau tidak
Setiap hari dirosakkan oleh perkara
Yang sangat rapat dengan diri engkau
Setiap hari engkau dirosakkan
Oleh ilmu dan kepandaian engkau
Setiap masa engkau dirosakkan
Oleh nama, glamour engkau
Sering sahaja engkau dirosakkan
Oleh harta dan kekayaan engkau
Jawatan dan kekuasaan engkau itulah
Yang selalu merosakkan engkau
Amanah yang diberikan kepada engkau
Itulah yang merosakkan engkau
Cara engkau berfikir itulah yang merosakkan engkau
Keyakinan engkau itulah
Yang merosakkan engkauIdeologi yang ada di kepala engkau
Itulah yang merosakkan engkau
Sedangkan kalau musuh engkau merosakkan engkau mudah kau sedar
Orang lain merosakkan engkau
Cepat engkau dapat mengesannya
Tapi kalau ilmu, harta, pangkat, kekuasaan,
Nama dan glamor yang merosakkan engkau
Payah hendak engkau insaf dan sedar
Engkau tidak terasa dirosakkan olehnya
Engkau rasa itu semuanya adalah kejayaan engkau tempa
Dan kejayaan yang engkau buat di dalam kehidupan engkau
Engkau rasa telah berjaya di dalam kehidupan engkau
Kerana itulah payah hendak engkau sedar
Engkau rasa itu adalah satu kejayaan dan bukan kerosakkan
Engkau tertipu di dalam kehidupan engkau."

Tuesday, July 4, 2006

PERGINYA HJ TALIB

Boring sungguh hari ini....cuaca pulak mendung dari pagi.... ofis pulak sepi..masa lama sungguh berlalu.... 11.00 lebih aku gi bank settle apa yang patut..terus beli lauk untuk makan tengahari..sampai rumah mak..mak beritahu Hj. Talib telah meninggal dunia.... innalillah.......rupanya sakit dalam ususnya melarat menjadi kanser...

Sampai sudah masanya..dari menanggung derita dengan pelbagai jenis penyakit.... sampai terpaksa di bawa pulang dan hidup dengan tong oksigen...... Beliau merupakan kawan karib abah...... dan mesra dengan kami adik beradik....... Tak kala Pak Long mengimamkan sembahyang jenazah..air mata ku laju mengalir tanpa henti.. mengenangkan sebaknya Pak Long mengimamkan kawan karib yang sentiasa memeriahkan suasana masjid upm...... hingga jenazah masuk ke dalam van........ ku bayangkan pula abah yang sedang sibuk mengangkat keranda itu..sedang berada di dalam keranda...... Ya Allah aku berdoa..waktu tu..kuatkan lah imanku....... mampukah aku mengadap dugaan itu...aku tak tau..dan aku tiada janji atau jawapan untuk itu...kerana aku sendiri tak pasti.............Alfatihah untuk Hj. Talib......
Kini kawan kuliah subuh abah makin kurang..yang tinggal Hj. Mat Noor, Hj. Talib, Cikgu Nordin, Pak Long dan abah....

Monday, July 3, 2006

PERGINYA WAK YASIR HJ SALLEH

Tengahari gi jenjalan ngan kis..farra dan sal..ke WARTA.... hilangkan boring..singgah di gerai ikan bakar..beli nasi makan tengahari..makan kat ofis..sampai dalam kul 2.30..tak lama lepas tu abang call kat Wak Yasir abang kepada mak mertuaku meninggal dunia..sebelum zohor tadi..... innalillah hiwainna illa hirra jiun.........

6.30 lepas tinggalkan dua anak dara ku kat mak..aku dan abang beserta adik dan abang terus ke Banting..tak terjumpa dengan mak mertua sebab dia orang dah balik dulu..... jenazah dah kebumi sebelum asar.... mak pun tak sempat jumpa jenazah sebab tunggu menantu balik kerja.... apa nak buat..tak ada rezeki..... tapi yang jelas kali akhir aku jumpa...raya ari tu..nampak dah uzur orangnya...genap 70 tahun.... dengan sakit gout yang makin teruk....... akhirnya pergi mengadap ilahi kerana jatuh sewaktu mengambil wuduk subuh......Alhamdulillah..senang sungguh cara dia meninggal tak menyusahkan anak-anak... moga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang mukmin.....amin... Jam 11.00 malam baru sampai rumah sebab abang ikut bertahlil sekali.....

Kata orang tua..... akan genap 7 kali aku mendengar atau mengadap berita kematian ini..wallahualam.......


Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWTkepada hambanya dan hanya akan disedarioleh mereka yang dikehendakinya.Walaubagaimanapun semua orang Islam akanmendapat tanda ini cuma samada merekasedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepaswaktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujungrambut sehingga ke hujung kaki akan mengalamigetaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya sepertidaging lembu yang baru saja disembelih dimanajika diperhatikan dengan teliti kita akanmendapati daging tersebut seakan-akanbergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagimereka yang sedar dan berdetik di hati bahawamungkin ini adalah tanda mati maka getaran iniakan berhenti dan hilang setelah kita sedarakan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidakdiberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatantanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akanlenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda inimaka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untukmempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atauditinggalkan sesudahmati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudahwaktu Asar. Bahagian pusat kita akanberdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis namakita akan gugur dari pokok yang letaknya diatas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil dauntersebut dan mula membuat persediaannya keatas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikutikita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas laludan jika ini terjadi, mereka yang terpilih iniakan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untukmencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari sebelum mati
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji denganmusibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tibaianya berselera untuk makan.Tanda 3 hariPada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahikanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesanmaka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kitatidak mengandungi banyak najis dan ini akanmemudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini jugamata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakithidungnya akan perlahan-lahan jatuh danini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagiansisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnyaakan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapakkakinya yang terlunjur akan perlahan-lahanjatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari sebelum mati
Akan berlaku sesudah waktu Asar di manakita akan merasakan satu denyutan di sebelahbelakang iaitu di kawasan ubun-ubun di manaini menandakan kita tidak akan sempat untukmenemui waktu Asar keesokan harinya.Tanda akhirAkan berlaku keadaan di mana kita akanmerasakan satu keadaan sejuk di bahagianpusat dan ianya akan turun ke pinggang danseterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika inihendaklah kita terus mengucap kalimahsyahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatanganmalaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telahmenghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Kematian adalah suatu yang pasti dan sesungguhnya mengingatimati itu adalah bijak.

Saturday, July 1, 2006

IBU OH IBU


Kasihnya Anak"Jgn kau sakit hati IBU AYAH, Jgn kecewakan mrka.. Kerdhaan ALLAH x kan hdr tanpa keredhaan Kedua Ibubapa... Ya-ALLAh ampunilah dosaku, Ibubapaku, adik beradik, kaum muslimin & uslimat & org2 yang aku kasihi.. AMIIN YA Rab..."

Kepada yang bermasalah dengan ibu, baca pula cerita saya ini dan bandingkan penderitaan kita serta layanan terhadap ibu kita. Sayadilahirkan sebagai anak kedua dalam tiga orang cahaya mata sepasang suami isteri ber'jenama'. Dilahirkan pada tahun 1968. Berkulit hitam (ala anak mamak gitu). Kebetulan adikku juga perempuan yang mempunyai kulit putih melepak. Seawal usia aku mengenal tanah aku telah dibiarkan bermain di panas bertambah hitamlah kulitku dan bertambahlah kebencian ibu.

Aku dibiarkan bermain dengan abang bersama kawan kawan lelakinya yang lain sedangkan adikku duduk di rumah. Apabila bergaduh akulahyang akan dibelasah teruk, tak cukup dengan caci maki. Hingga kini bekas torehan pembaris yang patah di pipi kananku masih berparut. Ketika tu aku pernah terfikir untuk lari kerana mengikut penilaian ku sendiri aku ni anak pungut kerana perbezaan warna kulit membuatkan aku dibenci oleh ibu. Sedih rasanya.

Ketika makan, aku hanya mendapat kulit ayam, daging yang sipi sipi terlupa di kikis dari tulang, dan dicampakkan saja pinggan ketika menjamu selera. Ketika mengadap rezeki hatiku sentiasa sebak.Hanya hatiku menangis. Ada juga ketikanya aku menjamah nasi dengan berkuahkan air mata. Tak payahlah diceritakan di sini kelak aku sendiri tidak tidur lena apabila mengenangkan.

Semasa peperiksaan penilaian aku pergi tanpa menjamah apa apamakanan dan aku hanya diberikan pensil dua batang, pemadam danpembaris, pun begitu sebaris gigiku yang cantik ku hadiahkan untuk ibu demi mencium tangannya sebelum menduduki peperiksaan. Aku berjaya menjadi antara 10 terbaik di sekolah. Aku berjaya ditempatkan di asrama penuh. Tetapi disebabkan kenakalanku, aku dibuang. Menyesal betul ketika tu. Aku kembali semula tinggal bersama ibu dan ayah. Semasa tingkatan 3 aku hanya diberi tuisyen Matematik sahaja sedangkan adikku (tingkatan satu) di beri kesemua matapelajaran dan berhantar berjemput. Sedangkan aku kena tukar dua kali bas baru sampai tempat dituju. Ketika ayah memasuki dewan mengambil keputusan percubaan SRP ayahku diberikan standing ovation kerana anaknya bakal menggegarkan namasekolah. Ayahku terpanar sehingga menitiskan air mata semasa menungguku pulang dari sekolah. Ibuku membungkam kerana adik dan abangku tidak setanding.Tetapi aku tidak pernah mendabik dada. Sekali lagi aku berjaya memasuki asrama penuh.Kali ini aku bertekad untuk menjaga tatasusila. Alhamdulillah aku berjaya juga melanjutkan pelajaran ke luar negara. Seperti biasa aku tetap inginkan bau ibu. Akan ku telefon ibu setiap kali menjelang peperiksaan, minta halalkan makan minum, minta dia menyayangiku walaupun jauuuh di sudut hatinya.

Aku menangis. Aku tahu dia pun begitu. Sekembaliku dari luar negeriaku berkahwin. Bencinya padaku masih belum pudar. Aku ingat lagi kata katanya semasa menghantar ku ke rumah besan, yang tidak terungkap di sini. Biarlah ia reput bersama kain kafanku namun tidak tergamak ku ceritakan disini.

Semasa ibu nak ke Mekah aku berjengket jengket dari jauh menghantaribu dengan linangan air mata kerana ibu tidak mahu mendakapku, di dalam hati, biarlah ibu selamat, jangan sampai ibuku terjatuh atau dipijak oleh jemaah lain (ibu pergi ke sana dengan muhrim lain kerana ayahku telah tiada).

Semasa ibu memasuki ruang legar, ibu terjatuh kerana orang terlaluramai berebut rebut sehinggalah aku mengangkat tangan di tengah-tengah orang ramai sambil berdoa "Ya Allah Ya Tuhanku aku tidakredha ibuku disakiti oleh umat lain semasa dia hilang dari pandanganku hinggalah ibuku selamat pulang."Ya Allah Ya Tuhanku, aku gadaikan segala penderitaanku semasa didalam jagaan ibu dengan kesenangannya menunaikan segala ibadahtanpa ada cacat cela, Aku serahkan ibuku dalam jagaanMu . . .panjang lagi doaku. Kalau tidak kerana anak anakku menangis mau rasanya aku solat sunat di lapangan terbang itu bermunajat.Alhamdulillah, sekembalinya ibu dari Mekah, aku yang ditujunya.

Diciumnya pipiku ibarat selapang padang pasir pipiku di cium dandicium.Katanya beliau hanya teringatkan aku di setiap tempat suci.ALHAMDULILLAH.Hingga kini hubunganku dengan ibu tidak pernah terjejas. Kadangkala itu terlepas jua namun tidak pernah aku kecil hati.Ku jaga dengan penuh hati-hati. Ditambah lagi aku sudah punyaanak, ku jaga dan semai mereka dengan penuh kasih sayang, yang tiadaberbelah bagi. Kalau tajuk asalnya ibu pening dengan perangai anak, kini aku nak menyeru anak yang berpandangan demikian terhadap ibu yang mengandungkan selama 9 bulan, melahirkan kita dengan seribu satu penyiksaan yang bersengkang mata ketika kita demam. Alahai, walau didukung ibu dari sini ke kota Mekahpun belum tentu kita dapat membalas jasa ibu . . . Bertaubatlah. Sedarlah syurgamu di telapak kaki ibu . ... . Apa yangingin di kongsi bersama, setiap kali lepas solat berdoalah agarkita dikurniakan hati yang bersih walaupun warna kulit kita lebihgelap dari malam. Hati yang bersih akan terpancar di wajah.
__._,_.___