DIDEKITE

AKU seorang insan.. seperti juga orang lain yang ingin menjadi seperti pepatah orang tua-tua dahulu kala.."Kalau tidak boleh menjadi garam yang memasinkan ikan..... JANGAN pula menjadi lalat yang membusukkan ikan.."



Search This Blog

Saturday, May 26, 2007

ENIVESERI

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Hari ini sibuk menolong mak memasak untuk kenduri kak minah.... Esok dia nak pi meminang untuk anak lelakinya.... hai tak lama lagi bermenantu ler kak minah dan bang rahim.....

Esok pulak... 27 Mei 2007 anniversary kami yang ke 13 tahun.... moga dipanjang kan jodoh dan dimurahkan rezeki serta bahagia bersama keluarga tercinta....
Dan hari ini juga adik sepupu aku...si rudy bernikah dengan orang Alor Star..... so 9 Jun nanti akan dilangsungkan di Banting.. Aku tak ada ... masih di Sabah... so Selamat Pengantin Baru ler TITIT ..!!

Thursday, May 24, 2007

SETTLE HAL RUMAH ABANG

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Hari ini aku cuti..bersama abang ke Maybank... untuk selesaikan baki pinjaman rumah melalui pengeluaran kwsp... so adalah untung sikit..sebab..rumah tu dalam proses jualan.. nanti adalah lebihan baki...dan bolehlah aku repair rumah baru lepas bayar hutang.....alhamdulillah.... seharian jugaklah.... mulanya tak boleh selesai sebab dokumen kurang lengkap... nasib baik aku merayu... sebab abang susah nak cuti.. so dapat jugaklah.. itupun puas ke cawangan sana sini dapatkan dokumen yang asal.. Nasib baik naik motor.. kalau naik kereta..tentu tak siap.... Dan selepas selesai.. kami ke Pantai Dalam untuk ke rumah mak mertua tanya samada mak sanggup tak menjaga anak-anak sepanjang aku ke Sabah nanti.... Selepas berhenti makan tengahari... kami ke sana.. alhamdulillah... mak sanggup.. lagipun budak cuti sekolah.. risau jugak aku..aku Kalau tak ada orang tua di rumah untuk melihat anak-anakku yang tengah nakal tu.. mak aku pulak bukannya tak sanggup... takut si kecil tu tak mau ke rumah mak kalau adik beradik lain ada dirumah..... takut bergaduh sesama sendiri..lebih baik ajak mak mertua ku ke rumah ku untuk selesaikan masalah tu.... So selesai 2 masalah serentak.... syukur.....

Wednesday, May 23, 2007

KURSUS KE SABAH LAGI

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....


Hari ini...pagi lagi aku telah dapat berita yang paling gumbira..... Aku akan ke SABAH lagi.... berkursus... Citernya gini... Dalam duk sibuk pindah pejabat baru... aku dapat tawaran kursus... permohonan aku semasa di Ig lagi.... so aku dengan perasaan tidak ada keyakinan langsung..tunjukkan pada BOS di pejabat baru..untuk kelulusan.. tak sangka...LULUS!!!!!!!!.. Alhamdulillah.... Aku ke sana pada 6 - 10 Jun 2007..... Bolehlah aku memborong ikan keropok minat abang...... kraftangan..kristal... keronsang.... dan memacam lagi..... Bila lagi nak ke sana...

Kata kakak2 kat sini...aku ni beruntung kerana senang betul dapat kelulusan dari BOS.. sedangkan aku baru 2 minggu menjadi staf ITMA...... Mereka kat sini dah bagai nak rak minta tak pernah lulus....sampai ada yang kecik ati..... Entahlah... Aku pun tak kenal rapat lagi dengan bos ni...bercakap pun jarang-jarang...menegur aku pun baru sekali dua..... his...heran jugak aku bagaimana boleh terlulus pulak...... mungkin rezeki aku..... berbaik dengan orang.... ni la yang Allah bagi.... syukur.... merasa lagi aku berjalan ke sana..mungkin kali ni saja... Nak pergi dengan duit sendiri belum tentu l;agi!!!!!!!!!!!

Tuesday, May 22, 2007

DURIAN RUNTUH

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Gaji pokok semasa asas kenaikan: KSN

Oleh Wan Hazmir Bakar

PUTRAJAYA: Kenaikan gaji kakitangan awam yang diumumkan kelmarin, dikira berdasarkan gaji pokok semasa mengikut gred masing-masing, bukannya berdasarkan gaji pokok permulaan, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.Beliau memberi contoh, kakitangan dalam Kumpulan Sokongan II yang menikmati gaji pokok semasa RM1,000 sebulan, akan menerima RM1,350 berdasarkan kenaikan gaji 35 peratus bagi kumpulan itu.
Mohd Sidek memberi penjelasan itu bagi mengulas kekeliruan sesetengah kakitangan awam berhubung formula pengiraan gaji baru itu, sama ada berdasarkan gaji pokok permulaan atau semasa.Pada sidang akhbar di sini, semalam, Mohd Sidek juga menjelaskan 557,033 pesara kerajaan termasuk anggota polis dan tentera akan menikmati kenaikan pencen pada kadar sama dengan kenaikan gaji kakitangan yang sedang berkhidmat.Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengumumkan kenaikan gaji kakitangan awam antara 7.5 peratus hingga 35 peratus, manakala Bantuan Sara Hidup atau Cola dinaikkan 100 peratus, berkuat kuasa 1 Julai ini.
Anggota polis dan tentera pula mendapat tambahan 20 peratus lagi daripada peratusan kenaikan gaji yang diumumkan itu, menjadikan peningkatan antara sembilan hingga 42 peratus. Kenaikan itu turut membabitkan pencen pesara kerajaan, tetapi peratusannya tidak diumumkan.Mohd Sidek berkata, pesara awam juga akan menerima kenaikan antara 7.5 peratus hingga 35 peratus, manakala pesara polis dan tentera antara sembilan hingga 42 peratus. Katanya, Akta Penyelarasan Pencen 1980 menetapkan pencen diselaraskan setiap kali gaji kakitangan awam disemak dan pengiraan kenaikan itu juga berdasarkan pencen semasa. Kenaikan gaji itu juga membabitkan kakitangan peringkat negeri dan kerajaan tempatan. "Apabila pekeliling mengenainya dikeluarkan, kerajaan negeri juga akan mengguna pakai," katanya.
Bagaimanapun, apabila ditanya apakah ada kenaikan gaji bagi menteri dan timbalan menteri, Mohd Sidek berkata kenaikan gaji yang diumumkan Perdana Menteri kelmarin hanya membabitkan pegawai dan kakitangan kerajaan.Pada sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam itu, beliau berkata, kenaikan gaji itu sewajarnya menjadi motivasi tambahan untuk kakitangan awam berusaha lebih gigih.“Kenaikan gaji yang diberikan itu besar dan kakitangan awam seharusnya bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan. Perasaan terima kasih ini perlu diterjemahkan mereka dengan meningkatkan produktiviti dan kualiti bekerja untuk memperbaiki lagi sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan,” katanya.
Ditanya apakah dengan kenaikan gaji itu kakitangan awam wajar berhenti melakukan kerja sambilan, Mohd Sidek berkata: "Itu adalah janji Cuepacs. Presidennya, Omar Osman sudah menyatakannya dan semalam beliau mengulanginya. Saya kira sekarang ini beliau kena memberitahu semua kakitangan supaya bekerja lebih keras.”Beliau berkata, rakyat sebagai pelanggan berhak menuntut perkhidmatan awam yang baik dan boleh mengemukakan aduan terus kepadanya menerusi emel di alamat sidek@pmo.gov.my.
Alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah..... rezeki anak-anak... lepas lah... duit tol dan minyak untuk rumah baru nanti............

Saturday, May 12, 2007

HARI IBU


















Hari ini Sabtu 12 Mei 2007..hari jadi Abang ADIB... moga panjang umur dan dimurahkan rezeki anak ibu yang sorang ni... pandai belajar dan menjadi manusia yang berjaya dan anak yang soleh.......ari tu Ayah dah beli dua buah basikal..... satu untuk Abang dan satu untuk Adik... Si Adiklah beruntung..sebab dapat hadiah segera..harijadi lambat lagi...bulan depan.. tapi kalau beli satu mesti berebut.. so terpaksa ler beli dua sekali gus........


Ini basikal adik... ada tambahan roda spare... sebab adik tak pandai balance lagi.....







Lebih kurang jam 11.00 Arip anak kak Liliy (kakak abang) amik aku... untuk ke rumahnya..sebab kak liliy buat kenduri untuk si Fadhil... dapat sambung belajar ke Jepun... 5 tahun..tapi kena duk di UTM kat Jalan Semarak 2 tahun...baru ke sana..atas tajaan JPA... syukur alhamdulillah.... Dia dapat 10 A1..... Moga ada anak-anakku yang mengikut jejak langkah abang sepupunya ini..... Tengahari menjamu kengkawan si Fadhil..Nasi Ayam..... Malam pula doa selamat..... ramai jugak jemputan.....


So ... kesempatan berkumpul di rumah mak sedara sebelah ayah..... Ayah belikan sebijik kek buat Abang dan dikongsi bersama Neneknya..sempena HARI IBU.......BERKONGSI juga bersama ibu-ibu yang tercinta.... ibu yatie..ibu lily..ibu tuah..ibu yanie...dan ibu zura..he..he....... Selamat hari ibu semua...... moga gembira selalu menjadi ibu kepada anak-anak kita....


BUAT MAK YANG PALING AKU SAYANG DALAM DUNIA INI.... TIADA KATA INDAH YANG DAPAT AKU UCAPKAN..... HANYA SATU......"KITA SAYANG....................................................................GGGGGGGG KAT MAK DUNIA DAN AKHIRAT...!!!!!!!

Lepas Maghrib Abang pun sampai bersama Along.... (Along ikut Ayah sebab dia ada kelas tuisyen)....Lebih kurang jam 12.00 malam..setelah selesai mengemas lebih kurang.... kami bertolak balik...... dngan badan yang letih sungguh dan dengan kepalaku yang sakit sangat..agaknya aku makan pulut kuning kut........Sampai rumah..kemas lebih kurang terus..bummmm.......esok kena bangun awal sebab nak tolong mak masak daging kambing qiqah.... cucu kawan abah kat masjid upm ngan ada order nasi bungkus untuk kekanak tadika yang bersukan ....... aduh..letihnya.... apa nak buat.......

Tuesday, May 8, 2007

BERPINDAH LAGI


Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....



Ini meja kerja aku... dari pintu masuk... no 3 ..belakang sekali.... syok duk belakang ni..kita tau orang depan kita buat apa..kalau nak jadi bizibodi ler.... Aku?.... takat ni tak ada masa senggang lagi..... tengah banyak belajar....supaya cepat pandai dan naik pangkat lagi..he..he..he...




Tepi tingkap ada cermin.... boleh juga aku berkebun.... masa amik gambar ni..waktu baru 9.00 pagi...... hari ni sepanjang hari hujan... cuaca pun gelap ajer...



Hari ini JUMAAT 4 Mei 2007.... aku berpindah ke ITMA secara rasminya........ alhamdulillah aku rasa... hati ini cukup sejuk dan gembira.... walaupun aku terpaksa buat kerja-kerja kewangan..kerja yang tak pernah aku buat sepanjang perkhidmatan 17 tahun di sini... dan ini merupakan tempat bertugas aku yang ke lima.. sebelum ni staf kontrak di Pejabat Ladang.... kini TPU...selama 2 tahun.. kemudian dapat tetap di Matrikulasi sebagai typist.. selama 8 tahun... dan Matrikulasi diambilalih kerajaan..dan ditutup..so berpindah ke IBS..duk sana selama 3 tahun...naik jawatan kerani..terus ke IG..4 tahun..dan kini di sini pula.....


Ini hasil kerja yang ditinggalkan dek Wan Juki....yang sebelum ni tidak berfail... dan aku telah masukkan dalam fail ..kerja-kerja nya dari tahun 2003 lagi... dah 20 buah fail..masih tak cukup2 jugak!!!!!!... Sebelum ni dia longgok bawak meja.... dalam seminggu dua ni..mungkin tempat aku clear kut.... Aku sumbat dalam kotak dulu..supaya tak nampak semak!!!!

Baru 2 minggu di sini aku dah rasa keserasiannya.... dan aku dah mula paham dengan kerja-kerja kewangan ni..bukanlah susah sangat..janji kalau kita beri tumpuan dan tidak suka menangguhkan kerja pasti akan memudahkan semua urusan. Alhamdulillah setakat ni kerja-kerja aku 'o.k' saja oleh pihak Zon... syukran22222.... Thanks a lot buat CIK SAL yang banyak memberi tunjuk ajar buat aku yang buta kewangan ini........... Hati yang luka ini telah mula terubat............

Thanks Sal.... akak doakan moga Sal cepat dapat jodoh dengan orang yang baik2.... hanyal ALLAH saja yang dapat membalas segala budi baik Sal pada akak...... Kau tetap dihati.....

Aku berharap akan dapat kerjasama yang baik dari kawan-kawan di sini...dan alhamdulillah.... aku bukanlah orang senior..ramai lagi yang lebih senior di sini.. so senang banget ler......Susahlah bekerja dengan bebudak hingusan ni..banyak songeh dan suka cara hal orang..tak macet!!!!!




















So..kita tenguk ler..cam maner....nak puji lelebih kang..ader yang jeles lak....

Saturday, May 5, 2007

BERPINDAH LAGI

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....


Hari 5 Mei 2007 ini aku berpindah lagi...ke pejabat baru..dapat kawan baru.. dan bidang kerja yang baru..kewangan...so lengkaplah hidup aku sebagai penjawat awam..... dapat membuat semua bidang kerja yang boleh buat aku tercampak dimana-mana..aku boleh 'idup'..... Alhamdulillah..berka­t kesabaran aku belajar selama sebulan sebelum ni..aku dah pandai guna sistem kewangan yang disediakan. Aku gembira di sini.......Sangat gembira... Kenapa aku tukar.... sebab.. pejabat lama tu berpindah jauh..nun di seberang sana..... jauh dari sekolah dan kampus induk... sedangkan sekolah anak hanya bersebelahan dengan kampus induk..... so Alhamdulillah...aku berjaya dapat tukar..tak sampai sebulan permohonan ........ Aku percaya..... kalau kita selalu berbuat baik..Allah pasti permudah dan murahkan rezeki kita.... Alhamdulillah.....