DIDEKITE

AKU seorang insan.. seperti juga orang lain yang ingin menjadi seperti pepatah orang tua-tua dahulu kala.."Kalau tidak boleh menjadi garam yang memasinkan ikan..... JANGAN pula menjadi lalat yang membusukkan ikan.."



Search This Blog

Saturday, November 17, 2007

ABANG SYAM SAKIT

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Minggu ni sungguh kelam kabut.... Along call kata Abang Syam sakit... tetiba mata mejadi gelap gelita.. bawak pi hospital..... gula tinggi..darah naik...... bawak pi Hospital Jitra.. suruh balik.. kata tak ada apa.. lepas tu melarat..terus bawak ke Alor Star Medical Centre.... jantung pun problem... Dalam pada tu... mak dan abah bertolak naik bas..... seminggu mak di sana... dan bawa berubat jugak dengan ustaz dan perubatan tradisional... katanya ada juga benda yang tersangkut..... 5 hari selepas tu.. matanya kembali nampak normal.... Tapi badannya masih lemah lagi..... Seminggu kemudian dia baru dibenarkan balik..... Dan mak dan abah pun balik dengan senang hati.... Harap dia sihat hendaknya...... Kalau lah terjadi benda buruk..kesian kat Along.. dah lah tak kerja...... Nasib baik Allah masih mengasihi mereka sekeluarga......AMIN

Thursday, November 8, 2007

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....


PERGINYA KESAYANG IBU!

Tidak tertanggung rasa rindu ini pada Ona....
08-11-2007 10:25:19 AM Oleh ZIEMAN
PERGINYA Ayuna Mustapha Kamal, anakanda kesayangan penerbit filem Yong Rahimah Johari atau Kak Yong (gambar) di usia yang begitu muda. Lewat jam 10.22 malam hari Rabu, 7 November bersamaan 26 Shawal, Ayuna atau panggilan manjanya, Ona telah pergi mengadap illahi.Setelahbertarung selama lebih tiga minggu berada dalam koma di Wad ICU, PusatPerubatan Universiti Malaya, semuanya berakhir sebaik sahaja Kak Yongdan keluarga berada di sisi Ona dan mengajarnya bersyahadah pada malam tadi.
Niathati nak lihat anaknya dewasa hanya tinggal satu impian saja kini.Begitulah perjanjian di Luh Mahfuz dan kehendak illahi. Tanpa didugadan dalam sekelip mata sahaja semua kebahagiaan diragut. Permata hati yang genap berusia 15 tahun dijemput mengadap Allah.Perjalananhidup anak gadis dan puteri sulung Kak Yong cukup menghibakan. Belumpun puas bermanja dan membelai puteri kesayangan, semuanya habisdirentap dan terhenti nokhtah hidup Ona.Ona telah menghembuskannafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sisikeluarganya setelah tiga minggu lebih berada dalam keadaan koma.Allahyarham telahdimasukkan ke Wad ICU, PPUM tiga minggu lepas setelah koma akibatterjatuh dari tingkat 13 kondominium di Taman Desa, Jalan Klang Lama.Meskipun bibirnya berkata dia redha dengan pemergian Ona, hati ibu mana yang tidak akan luluh bila anak yang pergi dulu.Ketikadimasukkan ke Wad ICU, Allahyarham sudah menjalani pembedahan kecemasanselama lima jam yang dilakukan bertujuan membuang darah beku dari dalamtubuh selain membabitkan bahagian anggota tubuhnya yang cedera.Difahamkanbahawa bahagian jantung, hati, limpa dan buah pinggangnya mengalamikecederaan serius akibat kesan hentakan ketika jatuh. Pembedahan keduajuga telah dijalankan bagi membuang satu daripada buah pinggangnya."BilaAllahyarham menunjukkan perubahan positif dan menggerakkan tangannyasetelah dua pembedahan itu, Kak Yong rasa macam satu keajaiban telahberlaku. Tapi akhirnya dia pergi juga. Allah lebih menyayanginya,"kata Kak Yong cuba menahan sebak di dada. Ona yang baru sajamenduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) adalahanak sulung dari dua beradik hasil perkongsian hidup Kak Yong denganbekas suami, pelakon TV/filem Mustapha Kamal. Seorang lagi anak KakYong dengan Mustapha adalah Ayuni yang berusia 13 tahun."Sebagaiorang Islam, Kak Yong kena redha. Di saat-saat akhir, Ona tetap membawakebahagiaan pada akak. Dia anak yang baik, jarang dia menyusahkanakak," suara Kak Yong terhenti bagai cuba mengingati urutanperistiwa sedih yang menimpa arwah.Menurut Kak Yong, di malamterakhir hayat Ona, ada semacam perasaan sayu berbekas di hatinya.Semua keluarga telah berkumpul di sis arwah sejak jam 6 petang semalam."Lamaakak menetap wajah Ona. Akak dapat rasa yang dia akan tinggalkanakak. Dari riak hati akak yang tak sedap malam tu, akak dah dapatagak. Pihak hospital pun banyak memberi ruang supaya kami sekeluargadapat bersama Ona.
"Ada tanda-tanda dia hendak pergi. Badandia dingin dan sedikit biru. Akak peluk Ona kuat-kuat dan rasa rindusangat-sangat malam tu. Akak bisikkan kalimah syahadah di telinganya,"kata Kak Yong lagi."Ibu mana yang tidak sayu hati, biladiberitahu Ona sudah tiada. Akak kucup dahi dia lama-lama. Masa tufikiran akak mcam kosong. Sedih, sayu, hiba silih berganti. Wajah Onatak dapat akak lupa. "Itulah yang akan menjadi tangkal bagiakak pengubat rindu selama-lamanya. Akak nampak ada setitik airmatanyamengalir di penjuru matanya sebelum nafasnya berhenti....,"tersekat-sekat suara Kak Yong meneruskan perbualan. Lemah longlai seluruh anggota tubuh Kak Yong ketika dia terpaksa mengiringi jenazah pulang ke rumah."Rasa badan akak melayang-layang. Terlalu pilu bila teringat gelak tawa, manjanya dan panggilannya."Onalahanak, Onalah kawan. Kami berkongsi banyak perkara bersama. Beratsungguh dugaan ini.
Tidak termampu rasanya hendak meneruskan kehidupanini kalau diikutkan hati," kata Kak Yong dalam nada yang cukup sayu.Lembaransedih dan menyayat hati bagaikan pengorbanan yang tidak bertepi buatKak Yong yang terpaksa cekal menghadapi hari-hari seterusnya."Ketikaakak mandi dan kafankan Ona, Allah saja yang tahu bagaimana hati akakrasa di siat-siat waktu itu. Saat perpisahan itulah yang akanmenghantui akak sampai bila-bila....," jelas Kak Yong dalam senduberpanjangan."Terbayang-bayang wajah Ona. Kak Yong terkenangsaat-saat bersama dia. Tidak tertanggung rasa rindu ini pada Ona....,"jelas Kak Yong sambil mengesat airmatanya.Jenazah Allahyarham Ona telah dibawa ke Masjid Bukit Indah dan disemadikan di Tanah Perkuburan Masjid Indah pagi tadi. Al-Fatihah untuk Ayuna Mustapha Kamal (1992-2007)