DIDEKITE

AKU seorang insan.. seperti juga orang lain yang ingin menjadi seperti pepatah orang tua-tua dahulu kala.."Kalau tidak boleh menjadi garam yang memasinkan ikan..... JANGAN pula menjadi lalat yang membusukkan ikan.."



Search This Blog

Monday, January 21, 2008

PERGINYA ALONG ANAK KAK MINAH

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Semalam dan hari ini aku sibuk mengecat rumah baru..... Dua hari tu... jam 9.00 kami dah sampai ke rumah baru.... mengecat bilik abang adik dan bilik along angah.... kebetulan budak2 indon semua balik ..cuti rehat.... senanglah kami buat kerja..... Balik semula ke rumah mak lebih kurang jam 9.00 malam...

Terus dapat berita sedih... Along.. anak bujang Kak Minah dan Abang Rahim.. yang berusia 26 tahun telah meninggal dunia jam 1.30 tengahari semalam akibat kemalangan jalan raya antara 3 buah kereta dan sebuah lori. Beliau menunggang motosikal balik dari tempat kerja di Subang Medical Centre. Abang berkesempatan memandikan jenazah.......

Pagi Isnin aku terus cuti dan mengunjungi keluarga kak Minah bersama mak. Betapa sedih dan sayunya hati beliau hanya Allah saja yang maha mengetahui. Aku tak dapat menahan air mata melihat dugaan yang beliau terima seisi keluarga. Arwah pula telah bertunang dan akan melangsungkan majlis pada bulan 5 nanti. ALFATIHAH

Thursday, January 10, 2008

SELAMAT TAHUN BARU ISLAM

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Moga semua berjalan dengan lancar buat kami sekeluarga.... dikurniakan kesihatan yang baik... kasih dan sayang yang berpanjangan... jauhi dari masalah dan bencana..... di penuhi dengan sifat sabar dan bertawakal kepadanya dari menghadapi cabaran hidup mendatang...amin..

Tuesday, January 1, 2008

SELAMAT TAHUN BARU 2008

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Selamat TAHUN BARU.... moga dipenuhi dengan azam yang baik.... dan moga semua azam 2007 telah tercapai hendaknya.....amin