DIDEKITE

AKU seorang insan.. seperti juga orang lain yang ingin menjadi seperti pepatah orang tua-tua dahulu kala.."Kalau tidak boleh menjadi garam yang memasinkan ikan..... JANGAN pula menjadi lalat yang membusukkan ikan.."



Search This Blog

Friday, February 29, 2008

ULANG TAHUN KE 13


Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....


Hari ini 28 Februari...... hari jadi anak sulongku.... kami ke Carefour Putrajaya... mencari sedikit barang dapur.... dan keperluan buku si Angah.... sempat juga di Abang mencapai puzzel yang dia minat.... Sekarang ni si abang giler dengan puzzel.....


Orang terlalu ramai..maklumlah semua orang tengah menuai..... Terus kami ke PKNS Bandar Baru Bangi.... makan KFC di sana..... itu saja yang ku mampu untuk belanja anak kesayanganku ini. Moga Along gembira dan dipanjangkan umur.......


Selesai makan terus ku belikan kfc untuk mak dan lelain.... Singgah ke rumah mak.... bagikan KFC dan terus balik... hampir jam 11.00 baru sampai... Anak-anak terus masuk tidur keletihan... Aku seperti biasa menyiapkan semua kerja rutin harianku..supaya aku tidak kelam kabut pagi esoknya.....!!
Tahun ni tahun lompat... nasib baik dia tak lahir 29 hb!!!!

Thursday, February 14, 2008

PINDAH RUMAH SEPENUHNYA




Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....









Teka yang mana satu rumah ku.......


1 Februari kami berpindah rumah sepenuhnya.... cuti-cuti ini memberi kesempatan untuk aku mengemas rumah... alhamdulillah... 2 hari tu dapat ku penuhi masa dengan mengemas barang-barang dapur dahulu. Penuh kabinet di isi dengan kazanah malaya ku ini.




Suasana di malam hari....

Cuti raya cina pada 7-8 Februari bersambung pula dengan cuti hari Sabtu dan Ahad menambahkan lagi masaku untuk mengemas kain baju dan ruang tamu. alhamdulillah... termasuk pasu-pasu bunga kesayanganku kesemuanya telah dapat di kemaskini mengikut kehendai hati nurani.....






Sejak kami duduk di sini.. masa bangun pagi tetap tak berubah... jam 6.00 pagi... kesemuanya bangun... anak2 terus mandi dan bersiap sendiri. Kami berdua bergilir-gilir mandi dan bersolat subuh. 6.30 pagi aku turun untuk buatkan minuman pagi untuk anak-anak dan suami. Tepat 6.50 kereta telah bergerak menuju destinasi..... anak-anak seronok begini... Mereka gembira dengan suasana baru... yang lebih hening... tanpa hiruk piruk di tempat lama...... Tepat jam 7.15 Angah dan Abang telah sampai ke sekolah.


Suasana di siang hari

Kami teruskan perjalanan ke rumah mak... Turunkan along dan aku mengambil motor ke tempat kerja.. Abang menghantar adik ke tadika dan teus ke tempat kerja. Tengahari nanti tugas ku pula menghantar Along ke sekolah dan mengambil adik di tadika. Kemudian mengambil Angah dan abang dan terus ke rumah mak. Mereka berdua akan bersiap ke sekolah agama. Balik dari kerja jam 5.00 lebih aku akan berehat sebentar di rumah mak. Tepat 6.30 abang akan pulang dari tempat kerja dan kami akan terus berkereta untuk mengambil along di sekolah dan pulang ke rumah....


Lebih kurang jam 7.15 kami sampai... berkejar untuk mandi dan solat maghrib... aku terus menyediakan makan malam sambil mesin kain di jalankan. Selesai makan malam... aku akan menyidai pakaian di bawah porch sambil abang membantu aku menyiram pokok bunga kesayanganku.... anak-anak leka dengan aktiviti masing-masing. Tepat jam 10.00 malam anak-anak terus masuk beradu...... Aku...emmmmm ikut mata ler.... kalau tahan layan midnight...!!!! Jujur aku berkata...... anak-anak...aku dan suami... enjoy di sini....