DIDEKITE

AKU seorang insan.. seperti juga orang lain yang ingin menjadi seperti pepatah orang tua-tua dahulu kala.."Kalau tidak boleh menjadi garam yang memasinkan ikan..... JANGAN pula menjadi lalat yang membusukkan ikan.."



Search This Blog

Tuesday, May 27, 2008

COKI PART 3

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Alhamdulillah....... sejak Adikku Mira balik dari Kedah semalam... kami mendapat berita gembira yang si Coki telah beransur semuh sepenuhnya... cuma matanya sebelah kiri kalau tak silap...kurang nampak.... dan dalam bulan Julai nanti tempurung kepalanya akan dipasangkan kembali.
Aku bersyukur sangat kerana dengan izin yang Maha ESA.. akhirnya doa kami semua dikabulNYA.... dia sempurna walaupun tidak 100 %....... Aku berharap dia redha dengan keadaannya dan bersyukur dengan rahmat ALLAH....
Aku juga berdoa moga Allah turunkan rahmat dan syukur buat Abang Syam..... terima keadaannya seadanya dan berbanyaklah bersabar dengan apa yang diduga kerana Allah sayangkan kitalah.. kita diduga sedemikian rupa kerana Allah nak tahu betapa kasihnya kita kepadanya.......
Aku juga bersyukur kerana Allah mengurniakan Allah sifat sabar yang amat sangat buat kakak sulungku....... sabarlah Long.... moga mentari akan bersinar jua...... YAKINLAH.... Allah sentiasa ada di sini kita waktu senang dan susah............
Aku yang jauh tetap menitipkan rindu dan kesyukuran ini buat dirimu seisi keluarga.......

No comments: