DIDEKITE

AKU seorang insan.. seperti juga orang lain yang ingin menjadi seperti pepatah orang tua-tua dahulu kala.."Kalau tidak boleh menjadi garam yang memasinkan ikan..... JANGAN pula menjadi lalat yang membusukkan ikan.."



Search This Blog

Wednesday, July 30, 2008

PERGINYA ABANG SYAM 1960 - 27/7/2008






Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....




Hari ini lebih kurang jam 5.45 pagi aku dapat panggilan dari mak mengatakan abang syam telah kembali ke rahmatullah... terasa masih dalam mimpi... kerana baru semalam aku berkesempatan bercakap dengannya......




Telah dua hari dia dimasukkan ke hospital.... citernyer gini..... dua minggu sebelum tu..dia balik dari kerja.... di langgar lori pick up dari Siam yang silap jalan.. motor rosak dan cermin matanya pecah. Dapat ganti rugi RM 300... lepaslah repair motor dan cermin mata... berjahit lutut dan dahinya.




Kemudian startlah sakit itu sakit ini...makan pun tak berselera.... pergi kerja sekadar untuk punch card dan balik..kemudian sebelah petang Along akan hantar dan dia akan punch card untuk balik pulak..... Dua hari sebelum dia meninggal... dia balik dari ofis pagi tu.. dia kata..kepalanya berpusing tanpa henti..pening dan rasa nak pitam... kemudian dia hampir jatuh terduduk dan sempat disambut oleh Along..... Terus dibawa ke hospital.... Nasib baik Sauqi dah boleh bawak kereta dan ditemani oleh kawan Sauqi si Iwan. Sampai di hospital...di dimasukkan ke ICU dan tak sedar diri.... Jantungnya dah mula problem..... Keesokkannya baru dia sedar dan dimasukkan ke wad biasa. Tengahari tu aku call Along dan Along cakap dia dah mula merapu-rapu tak henti.... cakap benda yang pelik..... jalan terhuyung hayang dan meronta nak balik rumah hingga doktor terpaksa ikat kaki dan tangannya.... Aku sempat berbual dengan dia.... Sedih dan menitis air mata ini tak kala mendengar suara yang merapu....




Selepas berbual dengan Abang Syam aku terus ke masjid jumpa dengan mak dan abah yang sibuk masak untuk kenduri tahlil di masjid.... mintak mak telefon Along... sabarkan Along dengan dugaan yang menimpa dirinya...... Dan kami merancang untuk ke sana Sabtu ini.....Tapi Allah lebih sayang kan dia.. esoknya Jumaat jam 5.45 pagi dia selamat kembali ke rahmatullah di samping Sauqi yang sempat mengadapnya........




Pagi tu... dengan kelam kabutnya... kerana kereta Noni pula masuk workshop sebab accident dilanggar orang.. dan masih tak siap lagi.. terpaksa cari kereta keliling dunia.... sebab nak cari yang auto...(Noni dah lupa bawak manual) dapat lebih kurang jam 11.00 pagi.... mak, noni dan abah bertolak dulu...... Aku sekeluarga bertolak selepas Asar sebab Abang terpaksa selesaikan dulu tugasannya terlebih dahulu. Dalam perjalanan berjumpa dengan famili Ija di Tapah.




Aku kagum dengan Along sekeluarga yang tabah menghadapi dugaan ini... dalam usia 42 tahun dia telah kehilangan suami... ditinggalkan bersama seorang anak lelaki yang baru baik dari accident berusia 19 tahun... dua anak perempuan.... 15 dan 13 tahun...... serta seorang anak lelaki bongsu berusia 4 tahun........ 10 tahun yang lalu dia kehilangan seorang anak perempuan . Masa tu tengah berusia 6 bulan yang sakit jantung berlubang sejak lahir lagi.




Moga Along dan keluarga tabah menghadapi semua ini dan cekal..... insyallah kami sekeluarga akan sentiasa cuba menolong setakat yang kami mampu memandangkan Along tidak bekerja.............

Thursday, July 24, 2008

HARI JADI MAK 26/6/2008 & TONGKOL 24/6/2008

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Hari ini besdey mak yang ke 58... semoga mak panjang umur dan murah rezeki..... Kami sekeluarga merancang untuk menyambutnya pada hari Sabtu ni sebab dah berkumpul semua adik beradik dan nak buat bersama dengan hari jadi Tongkol.... Moga dua orang kesayangan aku ini akan gembira dan panjang umur sentiasa....AMIN