DIDEKITE

AKU seorang insan.. seperti juga orang lain yang ingin menjadi seperti pepatah orang tua-tua dahulu kala.."Kalau tidak boleh menjadi garam yang memasinkan ikan..... JANGAN pula menjadi lalat yang membusukkan ikan.."



Search This Blog

Wednesday, September 13, 2006

ALONG MENANG HADIAH

Beberapa hari yang lepas..aku terima panggilan daripada FOMCA... terperanjat gak aku..ingat apa halnya..rupanya.... si Along.... menang pertandingan menulis esei.....Penggunaan Elektrik Secara Bijak.... dapat tempat ketiga... hadiahnya RM 100 beserta sijil...... tu yang pihak sana call nak kan nama ibu atau bapa untuk sediakan cek pembayaran...... alhamdulillah.. dalam aku ditim[pa musibah... ada jugak rezeki yang datang untuk anak aku........

Tapi hal yang hilang kunci motor tu..aku dah tu siapa dia..... tak taulah dia nak pulang atau tidak... aku dah hilang harap...... aku harap tuhan akan beri pembalasan yang sewajar pada dia yang buat aniaya pada aku.... amin......

Monday, September 11, 2006

KEHILANGAN

Jumaat lepas 8/8/06... lebih kurang jam 9.30 pagi aku..ida dan sal ke TH Bangi untuk urusan peribadi di sana..kemudian aku singgah di PKNS Bangi bayar duit penyelenggaraan rumah sewaku.... Lebih kurang jam 11.50 kami sampai kat ofis...
Tak lama kemudian..anak-anak sampai..berjalan kaki dari sekolah ke ofis...2 minit perjalanan.....laluan tikus ler..... Lepas tu..aku cari kunci motor yang aku tinggal kat atas meja..dah HILANG.... adus..dahlah kat situ tergantung road tax motor..kunci rumah..kunci ofis..... nak bagi comfirm..telefon pulak TH dan PKNS Bangi..tak ader jugak..Tapi memang sah aku tak bawak!!!!!... saja nak sedapkan hati.....
Akhirnya balik rumah Ida hantar..... bersama anak-anak..lepas tu ambil kunci pendua... Masalah timbul..roadtax motor..adus.....
So Selasa ni Abang janji nak buat balik.... Sebab Isnin aku kena buat report polis dulu........ Apa nak buat........
Doa aku siang malam sepanjang 3 hari 2 malam kehilangan.... kiranya ada ORANG yang cuba sabotaj aku...aku doakan moga ALLAH tunjukkanlah petunjuk kepada orang itu....... secepat mungkin...... kerana DOA orang yang terinaya dah tentu dikabul ALLAH... Amin.....
Aku rasa aku tak pernah niaya orang..mahupun kawan-kawan pejabat..tak pernah cari gaduh atau dengki khianat...tapi kalau orang nak khianat atau dengki hati dengan aku..aku tak tau lah.... Sembahyang hajat dari Abah dan Mak ku ucapkan ribuan terima kasih.... pertolongan kengkawan yang baik semasa aku susah Ida..Farah..Sal..... kan ku kenang hingga ke liang lahat.... Tak apalah.... aku tak akan berdendam..cuma aku berdoa..moga dia diberi petunjuk dan hidayah........Betul kata ABANG... aku terlalu baik dengan orang....... membantu orang hingga diri sendiri susah....... Kini aku kena belajar berubah sikap..kena pentingkan diri sendiri..jaga hati sendiri dulu.... entahlah boleh ker.........susah nak ubah sebab dah sebati........

Monday, September 4, 2006

PERGINYA CROCODILE HUNTER


Tengahari tadi berita menyiarkan cerita dibawah....... inilah rancangan yang menjadi minat anak-anak ibu..terutama adik dan abang....... sampai sanggup tak makan..... nak tenguk citer-citer pasal binantang ni....... kesian dia........ ajalnya sampai ditangan binatang jugak......

Crocodile Hunter’ mati disengat pari

MELBOURNE 4 Sept. – Steve Irwin ‘The Crocodile Hunter’, yang dikenali ramai di seluruh dunia melalui siri dokumentari berkaitan hidupan liar, meninggal dunia hari ini akibat disengat seekor ikan pari di kawasan Great Barrier Reef.

Irwin, 44, dipercayai menemui ajal kerana jantungnya tertusuk duri ikan itu ketika melakukan penggambaran bagi satu siri televisyen di Batt Reef, berhampiran Low Isles, kira-kira 32 batu nautika dari Port Douglas, di utara Queensland.

Jurucakap perkhidmatan ambulans Queensland berkata, sebuah helikopter melakukan penerbangan kecemasan ke sebuah pulau di kawasan itu pada kira-kira pukul 11 pagi ini.
Katanya, walaupun seorang doktor dan anggota paramedik memberi rawatan yang sewajarnya, namun mereka gagal menyelamatkan nyawa penangkap buaya itu.

Irwin disahkan meninggal dunia di pulau berkenaan dan mayatnya diterbangkan ke Cairns.
Profesor Geoff Jones dari Jabatan Biologi Samudera, James Cook University berkata, kejadian itu adalah sesuatu yang luar biasa dan ada kemungkinan Irwin meninggal dunia akibat tusukan duri ikan itu.

“Ia umpama ditikam dengan bayonet. Jika ia dibiarkan di situ, mangsa tidak akan mati, tapi jika ia ditarik, disurung dan ditarik berkali-kali, saya rasa mangsa akan mati akibat kehilangan banyak darah,” katanya.

Irwin terkenal di seluruh dunia kerana minat dan kebolehannya menjinakkan haiwan ganas.
Mendiang juga pernah berlakon dalam beberapa filem dan bertanggungjawab memajukan sebuah taman hidupan liar di Zoo Australia, di utara Brisbane, yang diasaskan ibu bapanya Bob dan Lyn Irwin.

Irwin dan isterinya Terri mempunyai sepasang cahaya mata, Bindi Sue Irwin, 8, dan Robert (Bob) Clarence Irwin, 3. Nahas itu berlaku ketika Irwin sekeluarga melakukan pengembaraan di Tasmania.

– Bernama

Saturday, September 2, 2006

MESIN BASUH




Hujung Ogos lepas mesin basuh aku dah tak berpusing untuk mengering..nak hantar repair kena..hampir RM 300......adus..dah ler selalu hujan... alamatnya..berlonggok ler kain aku kat jemuran bawah atap...Pantang aku kain berlonggok ni...his tak suka ler..nampak semak..... So aku kecek ngan abang nak beli mesin basuh baru.... kalau yang kecik 7 kg ni satu hari 3-4 kali sehari aku mesin kain....alamatnya aku kena beli saiz besau ni...Mesin tu banyak kenangan nya...tu mesin aku yang ke dua...sehari Tongkol dilahirkan..abang beli baru sebab mesin lama 9kg yang aku gunakan sejak kawin hingga ari tu..motornya rosak..dari repair banyak duit..terus beli baru.....
So..jalan-jalan ke JUSCO..aku terpandang ler...benda yang menarik perhatian ku...13 kg kau!!!!!.. selimut TOTO pun boleh muat..ngalah kedai dobi ni.... harganya RM 1,799.00.... tolak diskaun..jadi RM 1,700.00.... jadik!!!!... dua hari lepas tu sampai kat rumah mak..sebab aku kerja.... berpoloh gak ler nak ngangkat bawak balik rumah....... tapi memang BERBALOI.... satu hari sekali mesin jer.... TOTO Tongkol pun dah bau wangi......he..he...... nak tumpang mai ler....!!!!!