Thursday, February 18, 2010
CERITA MINGGU INI
*I awake all filled with you... YOUR image allow my seases no rest............*
9-10 Februari 2010..
Kerap ku terima call dari BM.... dan aku pasti semua itu akan berjalan dengan lancar.. mungkin 12 Februari ini dia akan sampai ke BJ...Yang seperti jangkaan ku dia call jam 7.00 malam pada hari itu... sedangkan aku telah terima berita dari sana... perjalanan itu sia-sia kerana ramai yang bercuti raya.. so mungkin rancangan asal tidak berjalan seperti dirancang.....
Abang Razak call ingin bertemu dengan kami.... 17 Februari.. kami meluangkan masa bertiga.. berbual hampir 2 1/2 jam... bercerita..cerita dan cerita..... Aku memerhatikan Abang Razak yang tidak berkelip-kelip memandang aku.... Ah.. atau aku yang prasan..... Tapi tidak.. ku rasa mata aku tidak buta tentang semua itu.... Tapi aku tiada ada apa2 dengan dia... sebab aku sudah punya DIA.... ha..ha.... sorry la... aku terlebih suda...
Cuti raya cina ku habiskan dengan berjalan-jalan ke Nilai 3.. yang hanya 10 minit perjalanan dari rumahku..... Ku tempah kain langsir untuk rumahku yang telah 3 tahun ku diami... tiada pernah berlangsir... kerana aku ini seorang yang tidak sihat... tidak tahan dengan habuk yang terkumpul.... terutama kain langsir... memandangkan rumahku telah bertinted jadi aku tidak mengambil berat tentang kain langsir ini... di malam hari ku hanya guna bidai saja... Tetapi memandangkan anak dara ku semakin membesar dan ramai jiran-jiran di depan rumah telah makin ramai penghuni... ku terpaksa mencari kain langsir ini.......
Tangga rumahku yang sentiasa buruk pandangannya telah ku tutup menjadi stor.. biarpun simple tidak mengapa... cukup sekadar mendapat pandangan yang menyedapkan mata sudah cukup bagiku.... Di setiap penjuru kaki anak-anak tangga itu ku aturkan anak2 dan ibu itik kesayangan ku... harap panjang umur dia di situ.... kerana telah banyak kali ku alihkan kerana ia sentiasa menjadi KEGERAMAN anak-anak jiranku...Aku juga telah menutup sedikit lagi dinding luar rumahku memandangkan sebelum ini tempias hujan telah menyebabkan ruang rehat di luar rumahku... dibanjiri air dan menyebabkan kerusi meja semakin mereput.... Ala... ada sedikit sebanyak duit simpananku ku gunakan untuk semua itu tidak menjadi salah kan bang..... he..he....
Petang rabu adik sudah kebisingan dengan masalah basikal buruknya....... Tayarnya yang botak dan bocor... Ku ke kedai basikal Uncle berdekatan pejabat pos..... Dan sempat juga menyambar pump basikal untuk kemudahan mereka..... Harga basikal baru yang ku lihat mungkin mampu dibeli dengan duit raya mereka... insyallah... ku tunggu basikal adik menjadi arwah... Basikal abang telah 2 bulan menjadi arwah... So tunggulah dengan sabar kedatangan basikal baru itu tau........
Oh lupa nak ku ceritakan.. cuti raya cina ni.. mak dan abah mengambil kesempatan berkunjung ke rumah along di Jitra... Noni pula ke Johor bersama dengan Nasir.. Adik bongsuku Mira bertemu pula dengan Firdaus.. malangnya berita yang kami semua terima dia keguguran dalam usia kandungannya 9 minggu..... Tak apa lah..Mak Chuk... sudah tiada rezeki..... mungkin di lain kali... insyallah..
Sunday, February 7, 2010
6 FEBRUARI 2010
*I awake all filled with you... YOUR image allow my seases no rest............*
Jumaat.. 5 Februari 2010..
Aku tidur rumah mak... esok anak2 semua sekolah.... petang dalam kul 3.00 pi kenduri rumah Busu Minah.. ana kawin kali yang ke tiga.. moga bahagia dan panjang jodohnyer kali ini... Aku dan mak tidak pergi menolong pun... sebab bukannya apa... kenduri di rumah kami... anak2nya tiadapun yang datang menolong.. so fare la kan...ha..ha... sesi membalas pulak!!! Adik2 aku yang lain tak datang.. Liza tak balik sebab minggu lepas baru balik... Noni ke Johor dan Mira ada kerja kat Seremban.. abah gi panjat gunung dengan geng2 dier....
Jumaat tu aku sempat mengepos baju melayu yang dah ku ambil dari kedai semalam petang. Aku harap muat dan sesuai dengan dia. Pagi Sabtu tu aku ke kedai Uncle Sam di Seri Serdang.. order dua buah almari baju untuk anak2 aku....
Petang Sabtu selepas amik Angah... terus balik ke rumah.. Disimpang masjid... nak naik bukit tu... kereta perdana depan aku mengundur secara tiba2.. dan aku terpaksa mengundur... kereta myv.. belakang aku rapat sangat.. apa lagi.. terus ku langgar .... rupanyaer cikgu Shafinaz.. cikgu sekolah Izzaty.... kopak la duit aku bulan ni..... bonet depan dia cam terjongket sikit.. lampu depan cam renggang... kereta akunasib baik tak ada apa2..... Tak apa lah apa nak buat..... Terus bagi no. telefon... dan suruh dia call aku nanti....
Terus singgah kedai kereta Mazuan.. tukar minyak hitam dan ketatkan belt air cond... padan la asik bunyi semacam........ rupanya... belt tu longgar....... Lepas tu Uncle Sam call.. kata dah sampai nak turun barang2...
Malam tu pergi rumah Muni Othman... ada buat kenduri kesyukuran..... ramai jugak jemputan. Menunya Nasi Briani Muar.
Hari minggu di sebelah malam... Si Zainal Indon datang.. ukur bawah tangga.. untuk aku buat kabinet... kira ok la harganya... insyallah raya cina nanti dia buat....
Wednesday, February 3, 2010
*I awake all filled with you... YOUR image allow my seases no rest............*
Minggu ini sudah genap 2 bulan aku menghadapi dugaan ini... Aku harap aku tabah dan redha dengan segala-galanya.... aku tahu aku manusia biasa...yang macam orang lain jugak... Ada hati dan perasaan....macam korang jugak...
Cuma mungkin aku punya hati dan jiwa yang kuat.. eh bukan.... Aku kena punya jiwa dan hati yang kuat untuk aku berdiri tegap demi kaki-kaki kecil-kecil anak-anak aku yang aku sayangi sepenuh hati dan jiwa aku..... Demi my SOUL MATE...SOUL BED...dan segala macam soul lagi... Aku yang AKU sekarang ni.... tetap kuat......demi semua orang yang aku sayangi... kerana AKU SAYANG KAMU lebih dari diri aku sendiri......

Tuesday, February 2, 2010
KE SUATU DESTINASI
*I awake all filled with you... YOUR image allow my seases no rest............*
29 Januari 2010.. jam 10.30... Aku sudah brada di dalam bas ekspress... menuju ke utara... sampai k destinasi lebih kurang jam 4.30 pagi... 6.30 mengambil bas terus ke bandar yang dituju... Minum pagi dan terus ke destinasi. Jam 9.30 berjumpa dengan pegawai yang berkenaan lebih kurang 1 jam. Selepas itu sesi pertemuan di atur selama 1 1/2 jam. Jam 12.00 aku sudah keluar dari kawasan itu.. untuk terus ke kompleks yang berdekatan mencari beberapa keperluan. Selsai urusan lebih kurang jam 2.30 aku menghantar barang2 tersebut dan terus bergerak ke pekan untuk membeli tiket pulang ke KL...
3.30 selepas makan tengahari kami di bawa ke Hentian JURU dan dinaikkan bas lebih kurang jam 4.30. Lebih kurang jam 8.30 kami selamat sampai ke bandaraya Kuala Lumpur... Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar...
Keeokkannya aku ke KJ untuk mencari baju melayu putih seperti yang dikehendaki tetapi tidak berjumpa... maklumlah.. bukan waktu perayaan dan warna tersebut bukan pilihan.... Jadi aku terus ke Nagoya membeli kain ela sahaja. Aku hantar ke kedai jahit lah nampaknya.... Rabu nanti siap... Dan aku akan pos sahaja.....

Subscribe to:
Posts (Atom)