Rentung tepi katil
Oleh Wan Noriza Meor Idriswannoriza@nstp.com.my
Ketika kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, ibu mereka tiada di rumah dipercayai keluar bekerja manakala tiga anaknya ditinggal di bilik utama kediaman itu dalam keadaan jeriji pintu depan berkunci.
Tindakan `mengurung’ tiga kanak-kanak terbabit mengundang padah apabila api menjilat rumah itu, dipercayai bermula dari bilik utama tempat tiga beradik itu ditinggalkan.Difahamkan, ibu mangsa yang juga ibu tunggal bersama tiga anaknya itu menyewa bilik tidur utama rumah berkenaan yang hanya dilengkapi satu katil sejak beberapa bulan lalu.Jiran yang menyedari kebakaran itu dikatakan cuba menyelamatkan tiga beradik itu tetapi gagal membuka pintu jeriji yang berkunci.Bagaimanapun, dua abang mangsa bernasib baik apabila keluar dan bergayut melalui lubang bekas penghawa dingin yang terbuka, sebelum seorang pemandu lori yang kebetulan melalui jalan berkenaan menyambut kedua-dua mereka dari bawah.Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Md Ali Ismail, berkata ketiga-tiga kanak-kanak itu ditinggalkan dalam rumah berkunci dari luar dan berjeriji berikutan bilik rumah berkenaan turut disewa beberapa penyewa lain sepanjang tempoh ibunya keluar bekerja sejak pagi.“Pihak bomba sampai di tempat kejadian sejurus menerima panggilan orang ramai dan terpaksa memecahkan jeriji berkenaan untuk memadamkan api.“Selepas api dipadamkan, kami menemui sekujur mayat seorang kanak-kanak melecur teruk di muka, tangan dan kaki di tepi katil,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.Katanya, mangsa dipercayai gagal keluar dari bilik itu kerana tidak mampu memanjat keluar sehingga terperangkap dalam asap sebelum lemas.“Dua abang mangsa bernasib baik kerana berjaya memanjat keluar menerusi lubang tempat penghawa dingin sebelum diselamatkan.“Bomba masih menyiasat punca kebakaran yang dipercayai daripada percikan bunga api berikutan beberapa hari sebelum kejadian ada jiran melihat tiga beradik berkenaan bermain bunga api di bilik itu,” katanya.Ibu mereka yang berusia 37 tahun bekerja sebagai pembantu kedai di kawasan berdekatan dan enggan ditemubual ketika ditemui media. Difahamkan, dia berasal dari Terengganu.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Zulkarnain Abdul Rahman, ketika dihubungi semalam berkata, polis masih menyiasat.
Pilu hati ini membaca kisah paper hari ini..... bayangkan.. si ibu terpaksa bekerja di gerai berdekatan..berapa sen sangat gajinya..yang tak mampu untuk menghantar anaknya ke pengasuh.... cuma dapat menyewa bilik untuk mereka anak beranak.... Kalaulah si suami tidak meninggalkan isteri dan anak2 itu...pasti peristiwa ini tak berlaku.... Tapi ya la.. ini semua ketentuan ilahi........Alfatihah
No comments:
Post a Comment