Thursday, January 28, 2010
LONG JOURNEY
Malam ini 28 Januari 2010...aku akan brutal.. mengembara ke satu destinasi......Harap aku selamat sampai dan mencapai tujuan yang satu itu... Terima kasih NANA atas bantuanmu serta adikku yang tersayang... Moga ALLAH akan membalas jasa kamu .....
DISUDUT KAMAR HATIKU (Jamal Abdillah)
Resah hatiku...merinduimu..
Terbayang-bayang renung senyuman dan tawamu..
Baru semalam.. rasanya bagai setahun..
Pemergianmu tidak tertanggung...
Indah suasana.. kita bersama
Siang dan malam seolah di alam syurga...
Cintamu itu cinta yang setulus jiwa..
Dimana ku cari gantinya..
Telah ku lupa detik hitam selamanya..
Yang menodai cinta kita..
Tidak terdaya menahan takdirnya...
Engkau abadi di dalam dada...
Sepi dunia di dalam riuh rendahnya..
Pedih jiwaku kesalan tiada terhingga
Kau satu dalam berjuta.....
Kepada tuhan.. tempat ku taruh harapan..
Engkau selamanya.. dalam bahagia..
Cintamu itu biar ku kenanginya......
Biar onak.. duri.. atau badai melanda dalam hidupku.... namun kesetiaan ku padamu tetap utuh... bak tembok cina......
Wednesday, January 27, 2010
DESA PUTRA: KURSUS MEMBUDAYAKAN INTEGRITI 21-22 JAN 2010
*I awake all filled with you... YOUR image allow my seases no rest............*
Monday, January 25, 2010
MAK MASUK WAD 25 JAN 2010
Hari 25 Januari 2010...selesai urusan menghantar anak2...ke sekolah.. Aku terus ke rumah mak... menemani Noni dan mak ke Hospital Kajang. Mak hari ini dimasukkan ke wad kerana bleeding yang teruk. Telah lama dia mengidap penyakit ni. Dr pun x dapat nak cari punca2 nya....
Selesai urusan aku ajak Noni p MPKJ.. bayar cukai pintu untuk setahun... dapatlah satu mug MPKJ... ha.. ha......
Kemudian ke Pejabat Tanah di Bangi... bayar cukai tanah pulak....
Minggu ni aku kena settle semua perkara... tutup akaun kad kredit aku.... Tamat riwayat itu.. Aku sudah nekad tidak mahu menggunakannya lagi... Nyusahkan hidup aku.... Lebih baik guna cash.. Lagipun aku jarang guna kad tu.....Aku lebih pandai berbelanja guna cash.... Kemudian settlekan bil-bil elektrik dan air serta Indah Water.... Astro... lagi apa ya....
Oh ya.. lupa aku.. barang dapurpun dah banyak yang kehabisan.... wokay... nanti aku singgah supermarket.. cari barang2 keperluan..... insyallah... semua settle jugak akhirnya..... Oh.. aku suda lupa... Aku perlu ganti cermin mata aku!!!!!
Friday, January 22, 2010
AKU GEMBIRA
Hari ini jam 4.59... msg.. itu ku terima.. Alhamdulillah syukur.. rezeki anak-anak mungkin..... Dan aku juga sudah pasrah.... Aku sudah tidak boleh mengharap orang... Orang mungkin sibuk dengan hal mereka sendiri... Mulai hari ini aku kena berdiri dia atas dua kakiku dengan berpegang pada kekuatan kaki-kaki kecil anak-anak yang aku sayang.... Aku kena berhenti mencari satu dahan berpaut...... Kerana dahan itu juga perlu berpaut pada yang lain...
Buat anak-anak.... Ibu akan tetap teguh berdiri.... dengan kekuatan hati dan jiwa yang tidak berbelah bagi demi kamu semua.. Kerana apa... kerana ibu sayang sangat-sangat pada kamu semua... Apa yang penting... Apa yang ibu mahukan dalam hidup hanya kamu semua berjaya hingga sampai ke puncak.... dengan imej yang baik serta iman yang teguh kerana itulah nilai diri yang tidak mungkin dapat kita beli dengan wang ringgit sayang...............
Wednesday, January 20, 2010
KURSUS MEMBUDAYAKAN INTEGRITI 21-22 JAN 2010
Hari ini.. Khamis.. AKU menghadiri kursus Membudayakan Integriti 21 - 22 Jan 2010.... lanjutan dari Kursus Pengurusan Integriti yang ku hadiri tahun lepas..... Sesungguhnya memang sedikit mengantuk mendengar ceramah awal dari Pengawai SPRM... tetapi ilmu yang dicurahkan amat bererti dan menjadi panduan seorang AKU untuk meneruskan kerjaya.....
Kata-kata keramat yang ku ingat...
"Kalau kita menjadi ibu atau bapa... jadi yang boleh buat role model untuk anak2.... lebih kuat dan tabah... Kalau anak2 lebih kuat dari kita.. Kita mesti lebih..lebih... kuat lagi dari mereka.....supaya mereka akan membesar menjadi seorang yang berintegriti....."
Banyak pengetahuan yang aku dapat.... ya kerajaan kita tidak ada yang telus.... banyak kes yang ada dan berlaku untuk menyelamatkan jerung-jerung yang sedang menganga kelaparan dan kelemasan...... Apa yang perlu kita ingat.. sebagai orang bawahan.... kita perlu tahu diri.. jaga diri... dan ingat setiap perbuatan kita baik atau buruk ada pencatatnya.... DIARI HIDUP itu akan dibuka akhirnya......
Hari ini AKU juga masih menunggu berita dari NANA yang tak kunjung tiba.... Sakitkah dia.... Yang ku dengar LALING NANA yang tidak sihat.... Kerana ada perkara penting yang ku perlu tahu dari dia...... Ya seorang AKU perlu menjadi orang yang lebih sabar lagi......
Sakit belakang ini telah kembali semula... AKU sudah mula rasa kurang selesa di sebelah kanan badan AKU..... Sakit yang benar-benar membuat aku rasa layu..... AKU tidak suka menelan ubat..... Selagi boleh ku tanggung sakit ini... Akan tetap ku tanggung..... Balik nanti aku perlu cari 'KOYOK'....... Mungkin itu boleh mengurangkan sakit belakang AKU... Ya mana tahu.....
Tuesday, January 19, 2010
YANG SEBENARNYA...
2010 TAHUN CABARAN
Tahun lalu pengakhir cerita hidupku... Aku lalui sejarah gembira.... Adikku selamat dinikahkan bersama pujaan hatinya....
Tahun itu juga aku lalui sejarah luka.......... Apakah cerita luka itu.......... Aku tidak perlu cerita.... kerana cerita luka itu akan melemahkan jiwa seorang AKU...... mengaibkan diri seorang AKU.... membuat air mata seorang AKU tidak akan berhenti mengalir laju......
AKU yang ku gelar AKU ini seorang ibu pada 2 pasang anak-anak yang menjadi tunggak kekuatan jiwa seorang AKU.....
AKU seorang IBU ini harus bangkit dari sejarah silam yang merenyukkan hati seorang AKU.... dan AKU tahu AKU ini masih kuat untuk.. berdiri.. untuk bangun... meredah onak dan duri.. bah kan mengejar sejalur pelangi yang entah bila akan menjelma....
Namun seorang AKU ini akan tetap menunggu PELANGI itu!!!!!!!!!!!!!!!!!
KAWIN MAK CHUK 19 DISEMBER 2009
ABANGKU.. yang sentiasa tidak melepaskan peluang... lagu AZURA wajib.... ho..ho...
Cendol menu wajib tiap majlis kawin umah mak..
Si bujang kami..
Kak Pah dan Shila....
Kumpulan BALE-BALE
Kadi Jais yang nikahkan adik aku..
Muffin yang dibuat oleh Liza.. adik keempat aku..
Tempahan khas dari Jitra oleh Along...
2010 YANG TELAH MENJELMA
Sudah lama aku tidak menulis di ruang ini....... Banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang beberapa bulan ini yang buat aku benar-benar tidak bermaya untuk meneruskan blog aku ni.....
Namun apa yang pasti.... Aku perlu bangkit demi kasih sayang aku pada anak-anak.... Mereka sekarang adalah kekuatan aku......jiwa aku...... nyawa aku........
Mulai sekarang... aku akan cuba terus menulis.. dan terus menulis... untuk meluahkan apa yang berbuku di hati.. pasal aku.. diri aku.. anak aku.. kerja aku.. keliling aku.... apa saja pasal aku....boleh x......
Saturday, January 16, 2010
BERITA 16 JANUARI 2010 (SABTU)
Hari ini 16 Jan 2010.. Sabtu... jam 10.00 pagi sedang ku sibuk mengajar adik membaca... ku terima sampul putih nipis dari posmen.... Surat yang ku tunggu dengan penuh debaran.... Isi kandungannya amat AKU mengerti....
Dan aku kini meniti hari untuk ke sana.....
Khamis dan Jumaat 21-22 Jan 2010 aku ada Kursus Membudayakan Integriti..... tapi surat itu mengatakan boleh pergi selepas 2 minggu dari tarikh surat......
Malangnya.... minggu hadapan.. 28-29 Jan 2010... semua cuti di tempat aku dibekukan kerana ada Audit APA.... macamana ni.... Aku perlu fikirkan sesuatu.... Masa semakin suntuk.....
Dalam pada kalut ini aku sudah membuat satu keputusan yang bakal menyelesaikan banyak perkara..... Biarpun benda itu akan memakan tahun untuk menghabiskannya tapi ia boleh mengembirakan hidup aku di kala ini.... Memberi ruang untuk aku bernafas dengan selega-lega pabila aku di timpa masalah......
Ku tahu Allah yang memberi jalan permudah di kala aku ditimpa kesusahan dan musibah... Aku tahu doa seorang AKU ini sentiasa dikabul olehNYA..... Aku tahu kebaikan aku selalu dibayar dengan cash....
YA ALLAH YA RAHMAN..YA RAHIM.....
Ku bermohon padaMU YA ALLAH.... permudahkan urusanku yang satu ini.... moga keputusan yang bakal ku terima nanti akan memberi rahmat buat DIA dan AKU serta anak-anak... AKU telah terlalu banyak ditimpa musibah...... KAU bahagiakan diriku ini dengan berita yang menyenangkan buat DIA dan AKU.....
Ku tahu KAU MAHA MENDENGAR... MAHA KASIH.... MAHA BELAS pada hambaMU ini.... Sesungguhnya... berita gembira itu nanti bakal membuat aku menjalani hidup dengan lebih tenang dan lebih tabah...... Ku tahu AKU bukan manusia yang kuat dan tabah menempuh dugaan demi dugaan..... Tapi AKU sebagai hambaMU yang kerdil lagi hina ini.. tetap berserah dengan apa saja keputusan.. samada berpihak pada DIA atau tidak................AMIN.....
I am happy with what I am.... Who I am... I don't care what other's think about me........ right NANA?.....