DIDEKITE

AKU seorang insan.. seperti juga orang lain yang ingin menjadi seperti pepatah orang tua-tua dahulu kala.."Kalau tidak boleh menjadi garam yang memasinkan ikan..... JANGAN pula menjadi lalat yang membusukkan ikan.."



Search This Blog

Wednesday, January 20, 2010

KURSUS MEMBUDAYAKAN INTEGRITI 21-22 JAN 2010

*I awake all filled with you... YOUR image allow my seases no rest............*

Hari ini.. Khamis.. AKU menghadiri kursus Membudayakan Integriti 21 - 22 Jan 2010.... lanjutan dari Kursus Pengurusan Integriti yang ku hadiri tahun lepas..... Sesungguhnya memang sedikit mengantuk mendengar ceramah awal dari Pengawai SPRM... tetapi ilmu yang dicurahkan amat bererti dan menjadi panduan seorang AKU untuk meneruskan kerjaya.....

Kata-kata keramat yang ku ingat...

"Kalau kita menjadi ibu atau bapa... jadi yang boleh buat role model untuk anak2.... lebih kuat dan tabah... Kalau anak2 lebih kuat dari kita.. Kita mesti lebih..lebih... kuat lagi dari mereka.....supaya mereka akan membesar menjadi seorang yang berintegriti....."

Banyak pengetahuan yang aku dapat.... ya kerajaan kita tidak ada yang telus.... banyak kes yang ada dan berlaku untuk menyelamatkan jerung-jerung yang sedang menganga kelaparan dan kelemasan...... Apa yang perlu kita ingat.. sebagai orang bawahan.... kita perlu tahu diri.. jaga diri... dan ingat setiap perbuatan kita baik atau buruk ada pencatatnya.... DIARI HIDUP itu akan dibuka akhirnya......

Hari ini AKU juga masih menunggu berita dari NANA yang tak kunjung tiba.... Sakitkah dia.... Yang ku dengar LALING NANA yang tidak sihat.... Kerana ada perkara penting yang ku perlu tahu dari dia...... Ya seorang AKU perlu menjadi orang yang lebih sabar lagi......

Sakit belakang ini telah kembali semula... AKU sudah mula rasa kurang selesa di sebelah kanan badan AKU..... Sakit yang benar-benar membuat aku rasa layu..... AKU tidak suka menelan ubat..... Selagi boleh ku tanggung sakit ini... Akan tetap ku tanggung..... Balik nanti aku perlu cari 'KOYOK'....... Mungkin itu boleh mengurangkan sakit belakang AKU... Ya mana tahu.....

No comments: