DIDEKITE

AKU seorang insan.. seperti juga orang lain yang ingin menjadi seperti pepatah orang tua-tua dahulu kala.."Kalau tidak boleh menjadi garam yang memasinkan ikan..... JANGAN pula menjadi lalat yang membusukkan ikan.."



Search This Blog

Tuesday, December 25, 2007

PINDAH RUMAH

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Hari ini 24 Disember.. abang dapat cek dari jualan rumahnya.... si pembeli Cikgu... dah sibuk suruh kami keluar.. balik dari jumpa peguam... abang suruh aku berkemas.. Nasib baiklah sepanjang tahun ni aku dah mula packing barang sedikit demi sedikit.. so tak lah teruk aku nak mengemas barang. Nak jadikan ceita pula kunci rumah baru kami telah dapat awal bulan Julai lagi... So mana barang yang tak pakai telah ku angkut menggunakan kereta....dan van company...

Semua barang yang lain telah ku angkut ke rumah baru.. ku tinggallkan pakaian sedikit buat kami sekeluarga menumpang di rumah mak sementara menunggu rumah kami siap diubahsuai. Dan kami tumpang dulu barang yang besar di pondok belakang rumah rumah..... sebab rumah baru tak dapat nak tampung barang kami... memandangkan nanti barang tersebut akan rosak atau dipenuhi habuk kesan dari ubahsuai ........ lagipun pekerja indon yang kami upah tu..menumpang di rumah baru tersebut kerana tidak sanggup berulang.
Mulai 28 Disember rumah tersebut telah mula diubahsuai..... Aku harap cepatlah siap..... jadi cepat aku berkemas rumah sebelum sistem kewangan mula sibuk kembali.... Sudah tentu aku susah nak cuti.......

No comments: