DIDEKITE

AKU seorang insan.. seperti juga orang lain yang ingin menjadi seperti pepatah orang tua-tua dahulu kala.."Kalau tidak boleh menjadi garam yang memasinkan ikan..... JANGAN pula menjadi lalat yang membusukkan ikan.."



Search This Blog

Thursday, December 27, 2007

ABANG ADIB BERSUNAT






Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Pagi Sabtu 6 Disember ... bangun saja dari tidur..Aku lihat si Adik matanya merah dan bertahi..... Aku terus bawa ke klinik.. si Abang pun nak mengikut jugak... Di klinik ada 5 orang peserta yang menunggu untuk 'disembelih'.... Si abang melihat dengan perasaan teruja... Masuk saja ke bilik doktor.... si adik terus di rawat oleh Dr. Tengku.. belum sempat adik selesai di check matanya.. si abang dah tanya ngan dr.... "Dr... abang nak sunat boleh tak"... kami memang dan mesra dengan dr tengku.... tekezut jugat orang tua tu.. dia tanya.... mai sini.. dr..nak nenguk burung...oooo boleh...datang balik kul 12.30 nanti.. kamu no.last...

Balik kelam kabut aku menelefon ayahnya.. tak dapat pulak nak balik.. so tok jin dan mak uda tolong hantar.... Abah suruh dia mandi...biar lama sikit.... Dalam bersiap tu... si ayahpun sampai....... Ke klinik ... dalam jam 1.45 abang pun dah jadi budak besar...... langsung tak nangis dan perasaan takut.....

Aku pantangkan makan minumnya.... melasak jugak.... pandai bubuh tisu kat benda tu bagi lembut supaya senang nak tanggal alat tara klamp tu.... Empat hari kemudian..alat tu ditanggalkan kat klinik yang sama.... Sakit sampai menangis si abang..kesian aku nenguk... So berpantang balik..... dua minggu... alhamdulilah beransur baik......

Dah besar anak aku.... berani sungguh..tak sangka aku... baru darjah satu.... tapi nakalnya... tuhan saja yang tahu.......

Tuesday, December 25, 2007

PINDAH RUMAH

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Hari ini 24 Disember.. abang dapat cek dari jualan rumahnya.... si pembeli Cikgu... dah sibuk suruh kami keluar.. balik dari jumpa peguam... abang suruh aku berkemas.. Nasib baiklah sepanjang tahun ni aku dah mula packing barang sedikit demi sedikit.. so tak lah teruk aku nak mengemas barang. Nak jadikan ceita pula kunci rumah baru kami telah dapat awal bulan Julai lagi... So mana barang yang tak pakai telah ku angkut menggunakan kereta....dan van company...

Semua barang yang lain telah ku angkut ke rumah baru.. ku tinggallkan pakaian sedikit buat kami sekeluarga menumpang di rumah mak sementara menunggu rumah kami siap diubahsuai. Dan kami tumpang dulu barang yang besar di pondok belakang rumah rumah..... sebab rumah baru tak dapat nak tampung barang kami... memandangkan nanti barang tersebut akan rosak atau dipenuhi habuk kesan dari ubahsuai ........ lagipun pekerja indon yang kami upah tu..menumpang di rumah baru tersebut kerana tidak sanggup berulang.
Mulai 28 Disember rumah tersebut telah mula diubahsuai..... Aku harap cepatlah siap..... jadi cepat aku berkemas rumah sebelum sistem kewangan mula sibuk kembali.... Sudah tentu aku susah nak cuti.......

Monday, December 17, 2007

PERGINYA AZERI 13/8/1969 - 16/12/2007

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Hari ini saudara seusiaku meninggalkan dunia yang fana ini.... Tinggallah isteri bersama 3 orang anak yang sedang membesar....seusia 12 tahun...... 11 tahun dan 6 tahun.... seorang lelaki dan 2 orang perempuan.....

Dia telah lama menderita sakit kanser mata..telinga dan hidung..... puas berubat secara moden dan tradisional......

Pagi Ahad.... 16/12/2007..selang empat hari aku menyambung hari jadiku yang ke 38 tahun..... pagi tu Abang sibuk menguruskan rumah baru kami.... mengupah Indon memasang tiles di dua buah bilik tidur...... jam 8.30 pagi kami mendapat perkhabaran sedih itu... Aku call Abang yang berada di BSP... suruh balik ambil kami dan hantar ke Beranang...... Lebih kurang jam 11.30 kami sampai.... Jenazah selesai diuruskan jam 2.30 petang.... Keluarganya di Trengganu.. mak arwah merupakan mak saudara kepada mak..... sampai lewat malam...... tak berkesempatan bertemu dengan arwah.. Sebelum ni maknya sempat menjaga beliau hampir 2 bulan.. dan baru saja pulang ke Trengganu 2 hari yang lalu..... Dalam pada itu... Abang 'lari' sekejab ke rumah baru menguruskan makan minum Indon dan menghantar mereka pulang.. dan mengambil kami semula di rumah keluarga isteri arwah lebih kurang menjelang asar.......

Moga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah... ALFATIHAH.....

Wednesday, December 12, 2007

HAPPY BESDEY IBU

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Alhamdulillah... di usia ini aku masih lagi menyedut udara di bumi Allah yang maha pengasih dan penyayang ini.... syukur ke hadrat ilahi kerana masih di beri rezeki melihat anak-anakku membesar di depan mata..... meniti impian untuk hidup gembira di rumah baru... syukur... alhamdulillah.. usiaku di panjang...jodohku dipanjangkan.... dan dikurniakan kesihatan yang baik hingga akhir hayatku...... amin....

Saturday, November 17, 2007

ABANG SYAM SAKIT

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Minggu ni sungguh kelam kabut.... Along call kata Abang Syam sakit... tetiba mata mejadi gelap gelita.. bawak pi hospital..... gula tinggi..darah naik...... bawak pi Hospital Jitra.. suruh balik.. kata tak ada apa.. lepas tu melarat..terus bawak ke Alor Star Medical Centre.... jantung pun problem... Dalam pada tu... mak dan abah bertolak naik bas..... seminggu mak di sana... dan bawa berubat jugak dengan ustaz dan perubatan tradisional... katanya ada juga benda yang tersangkut..... 5 hari selepas tu.. matanya kembali nampak normal.... Tapi badannya masih lemah lagi..... Seminggu kemudian dia baru dibenarkan balik..... Dan mak dan abah pun balik dengan senang hati.... Harap dia sihat hendaknya...... Kalau lah terjadi benda buruk..kesian kat Along.. dah lah tak kerja...... Nasib baik Allah masih mengasihi mereka sekeluarga......AMIN

Thursday, November 8, 2007

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....


PERGINYA KESAYANG IBU!

Tidak tertanggung rasa rindu ini pada Ona....
08-11-2007 10:25:19 AM Oleh ZIEMAN
PERGINYA Ayuna Mustapha Kamal, anakanda kesayangan penerbit filem Yong Rahimah Johari atau Kak Yong (gambar) di usia yang begitu muda. Lewat jam 10.22 malam hari Rabu, 7 November bersamaan 26 Shawal, Ayuna atau panggilan manjanya, Ona telah pergi mengadap illahi.Setelahbertarung selama lebih tiga minggu berada dalam koma di Wad ICU, PusatPerubatan Universiti Malaya, semuanya berakhir sebaik sahaja Kak Yongdan keluarga berada di sisi Ona dan mengajarnya bersyahadah pada malam tadi.
Niathati nak lihat anaknya dewasa hanya tinggal satu impian saja kini.Begitulah perjanjian di Luh Mahfuz dan kehendak illahi. Tanpa didugadan dalam sekelip mata sahaja semua kebahagiaan diragut. Permata hati yang genap berusia 15 tahun dijemput mengadap Allah.Perjalananhidup anak gadis dan puteri sulung Kak Yong cukup menghibakan. Belumpun puas bermanja dan membelai puteri kesayangan, semuanya habisdirentap dan terhenti nokhtah hidup Ona.Ona telah menghembuskannafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sisikeluarganya setelah tiga minggu lebih berada dalam keadaan koma.Allahyarham telahdimasukkan ke Wad ICU, PPUM tiga minggu lepas setelah koma akibatterjatuh dari tingkat 13 kondominium di Taman Desa, Jalan Klang Lama.Meskipun bibirnya berkata dia redha dengan pemergian Ona, hati ibu mana yang tidak akan luluh bila anak yang pergi dulu.Ketikadimasukkan ke Wad ICU, Allahyarham sudah menjalani pembedahan kecemasanselama lima jam yang dilakukan bertujuan membuang darah beku dari dalamtubuh selain membabitkan bahagian anggota tubuhnya yang cedera.Difahamkanbahawa bahagian jantung, hati, limpa dan buah pinggangnya mengalamikecederaan serius akibat kesan hentakan ketika jatuh. Pembedahan keduajuga telah dijalankan bagi membuang satu daripada buah pinggangnya."BilaAllahyarham menunjukkan perubahan positif dan menggerakkan tangannyasetelah dua pembedahan itu, Kak Yong rasa macam satu keajaiban telahberlaku. Tapi akhirnya dia pergi juga. Allah lebih menyayanginya,"kata Kak Yong cuba menahan sebak di dada. Ona yang baru sajamenduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) adalahanak sulung dari dua beradik hasil perkongsian hidup Kak Yong denganbekas suami, pelakon TV/filem Mustapha Kamal. Seorang lagi anak KakYong dengan Mustapha adalah Ayuni yang berusia 13 tahun."Sebagaiorang Islam, Kak Yong kena redha. Di saat-saat akhir, Ona tetap membawakebahagiaan pada akak. Dia anak yang baik, jarang dia menyusahkanakak," suara Kak Yong terhenti bagai cuba mengingati urutanperistiwa sedih yang menimpa arwah.Menurut Kak Yong, di malamterakhir hayat Ona, ada semacam perasaan sayu berbekas di hatinya.Semua keluarga telah berkumpul di sis arwah sejak jam 6 petang semalam."Lamaakak menetap wajah Ona. Akak dapat rasa yang dia akan tinggalkanakak. Dari riak hati akak yang tak sedap malam tu, akak dah dapatagak. Pihak hospital pun banyak memberi ruang supaya kami sekeluargadapat bersama Ona.
"Ada tanda-tanda dia hendak pergi. Badandia dingin dan sedikit biru. Akak peluk Ona kuat-kuat dan rasa rindusangat-sangat malam tu. Akak bisikkan kalimah syahadah di telinganya,"kata Kak Yong lagi."Ibu mana yang tidak sayu hati, biladiberitahu Ona sudah tiada. Akak kucup dahi dia lama-lama. Masa tufikiran akak mcam kosong. Sedih, sayu, hiba silih berganti. Wajah Onatak dapat akak lupa. "Itulah yang akan menjadi tangkal bagiakak pengubat rindu selama-lamanya. Akak nampak ada setitik airmatanyamengalir di penjuru matanya sebelum nafasnya berhenti....,"tersekat-sekat suara Kak Yong meneruskan perbualan. Lemah longlai seluruh anggota tubuh Kak Yong ketika dia terpaksa mengiringi jenazah pulang ke rumah."Rasa badan akak melayang-layang. Terlalu pilu bila teringat gelak tawa, manjanya dan panggilannya."Onalahanak, Onalah kawan. Kami berkongsi banyak perkara bersama. Beratsungguh dugaan ini.
Tidak termampu rasanya hendak meneruskan kehidupanini kalau diikutkan hati," kata Kak Yong dalam nada yang cukup sayu.Lembaransedih dan menyayat hati bagaikan pengorbanan yang tidak bertepi buatKak Yong yang terpaksa cekal menghadapi hari-hari seterusnya."Ketikaakak mandi dan kafankan Ona, Allah saja yang tahu bagaimana hati akakrasa di siat-siat waktu itu. Saat perpisahan itulah yang akanmenghantui akak sampai bila-bila....," jelas Kak Yong dalam senduberpanjangan."Terbayang-bayang wajah Ona. Kak Yong terkenangsaat-saat bersama dia. Tidak tertanggung rasa rindu ini pada Ona....,"jelas Kak Yong sambil mengesat airmatanya.Jenazah Allahyarham Ona telah dibawa ke Masjid Bukit Indah dan disemadikan di Tanah Perkuburan Masjid Indah pagi tadi. Al-Fatihah untuk Ayuna Mustapha Kamal (1992-2007)

Sunday, October 28, 2007

DUGAAN BESAR BUAT ANGKASAWAN NEGARA

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

‘Kematian adik dugaan Tuhan’

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
Sheikh Muszaphar membacakan doa di pusara adiknya, Sheikh Mustafa Al Masrie di Makam Haji Said, Seremban, Negeri Sembilan. – Gambar Halim Khalid dan Abd. Razak Aid.
SEREMBAN 28 Okt. – Walaupun terkilan kerana tidak sempat menghadiri pengkebumian adiknya, angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha berharap beliau tabah dan kembali bersemangat untuk menjadi sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia yang meminati bidang angkasa lepas.
Sheikh Muszaphar menyifatkan apa yang berlaku sebagai satu dugaan Allah dan sedar beliau perlu tabah untuk menghadapinya.
“Saya berasa sedih atas apa yang telah berlaku tapi saya yakin ini adalah dugaan Allah, saya harus berasa tabah dan memberi kekuatan kepada keluarga saya lebih-lebih lagi ibu saya.
“Saya berharap semoga saya kuat kembali untuk memberi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia sebagai seorang angkasawan,” katanya.
Komen ringkas itu diberikan angkasawan pertama negara kepada pemberita selepas meluangkan masa kira-kira 15 minit di pusara adiknya, Sheikh Mustafa Shukor Al-Masrie, 32, di Tanah Perkuburan Islam Makam Haji Said, di sini hari ini.
Sheikh Mustafa meninggal dunia pada pukul 6 petang semalam di unit rawatan rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) apabila jatuh pengsan kerana terlanggar tiang dan terhantuk pasu bunga sewaktu memasuki sebuah restoran di Jalan Klang Lama, Ahad lalu.
Allahyarham dikebumikan pukul 2.20 petang ini tanpa kehadiran Sheikh Muszaphar yang pulang dari Moscow, Russia tetapi terkandas di Bangkok apabila jadual penerbangannya ditunda tiga jam.
Bergegas
Sheikh Muszaphar yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 5.10 petang ini bergegas ke Seremban bagi menemui ayahnya, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor dan ahli keluarga terdekat yang menunggu di Masjid Negeri.
Sejurus tiba di pekarangan Masjid Negeri pada pukul 6.28 petang, Sheikh Muszaphar yang berpakaian serba hitam terus bertanyakan mengenai arwah adiknya dan memeluk ayahnya dan bersalaman dengan ahli keluarga terdekat.
Suasana sedih menyelubungi tanah perkuburan apabila Sheikh Muszaphar memeluk erat sambil mententeramkan ibunya Datin Zuraidah Sheikh Ahmad yang menunggu kehadiran beliau di sisi pusara Sheikh Mustafa.
Sementara itu, ketika ditemui di KLIA Sheikh Muszaphar berkata:”Perasaan saya memang begitu sedih, tetapi saya tahu ini adalah ujian daripada Allah dan saya terima.
‘‘Setiap manusia datang daripada Allah dan kembali kepada Allah dan saya kena tabah.’’
Katanya, beliau yang mengakui ‘terasa kosong’ pada saat ini akan menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam bagi mendoakan kesejahteraan Allahyarham.
Sheikh Muszaphar pulang dari Moscow lebih awal daripada yang dijadualkan bagi menghadiri pengebumian Ajil yang meninggal dunia petang semalam, setelah koma hampir seminggu, setelah terlanggar tiang di sebuah restoran di Jalan Klang Lama di ibu negara.
Ketibaannya di KLIA disambut kira-kira 200 orang termasuk ahli Putera UMNO dan penuntut serta kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang turut membawa sepanduk.

PERGINYA ADIK ANGKASAWAN

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Sheikh Muszaphar tak berkesempatan lihat jenazah adik

SEREMBAN 28 Okt. - Angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha tidak dapat melihat untuk kali terakhir wajah adiknya yang meninggal dunia semalam berikutan beliau terlepas penerbangan dari Bangkok ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).
Beliau yang terlepas penerbangan syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH705 dari Bangkok, Thailand pada pukul 11.08 pagi (12.08 tengah hari waktu Malaysia) terpaksa menaiki penerbangan berikutnya.
Adiknya, Sheikh Mustapha Al Masrie selamat dikebumikan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said di sini, pada kira-kira pukul 2.30 petang tadi selepas hujan renyai-renyai tanpa berpeluang menunggu kepulangan abangnya, yang dijangka tiba di KLIA pada pukul 6 petang.
Bapa kepada angkasawan negara, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor berkata, anaknya itu menaiki pesawat dari Rusia ke Bangkok, tetapi di Bangkok, Dr Sheikh Muszaphar mengalami masalah penerbangan dan beliau terus menghubungi Dr Sheikh Muszaphar.
“Dr Sheikh telah memberi lampu hijau supaya urusan pengkebumian diteruskan tanpa beliau.
“Ini memandangkan jenazah terpaksa menunggu selama lebih dari tiga jam dari jadual sepatutnya iaitu selepas solat Zuhur untuk menunggu abangnya pulang,” katanya kepada pemberita selepas urusan pengkebumian anaknya hari ini.
Jenazah Sheikh Mustapha Al Masrie tiba di perkarangan Masjid Negeri pada pukul 12.55 dari rumah keluarganya di Petaling Jaya.
Kira-kira 100 orang termasuk anggota keluarga dan rakan menghadiri pengkebumian Sheikh Mustapha di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said yang terletak kira-kira 1 kilometer dari Masjid Negeri.
Tanah Perkuburan Tuan Haji Said dipilih memandangkan di situ secara tradisi telah menjadi tempat bersemadinya anggota keluarga Allahyarham sejak dari datuknya lagi iaitu Sheikh Ahmad.
Sheikh Ahmad sendiri merupakan seorang tokoh yang pernah berjasa kepada kerabat Diraja Negeri Sembilan sehinggakan sebatang jalan raya di bandar Seremban berhampiran bangunan UMNO dinamakan sempena namanya.
Sementara itu, isteri Allahyarham, Hayati Redha, 29 tahun memberitahu pemberita bahawa beliau bertemu suaminya pada 2002 di sebuah restoran dengan bertukar senyuman sebelum berkawan selama setahun.
“Pada 2003 kami berkahwin dan dikurniakan dua orang anak... saya berasa amat terkejut dengan kematian suami tambahan pula anak sulung iaitu Aiman amat rapat dengan abahnya.
“Aiman kerap kali bertanya selepas suami koma, di mana abah, di mana abah malah masih lagi bertanya tentang suami selepas beliau meninggal dunia,” katanya.
Beliau memberitahu suaminya seorang yang amat gemar membaca dan amat mengkagumi Dr Sheikh Muszaphar sejak dari dahulu lagi dan ditambah pula dengan kejayaan beliau menjadi angkasawan.
“Di sebalik kegembiraan beliau apabila abang menjadi angkasawan, suami sebenar tidak mahu abangnya pergi ke angkasa lepas. Beliau seolah-olah tahu mereka berdua tidak akan dapat berjumpa lagi,” katanya.
Hayati yang bertugas sebagai Eksekutif Akaun memberitahu, suaminya seorang yang cukup gemar membaca dan banyak mengajar beliau.
Sejak bermulanya program angkasawan Malaysia dan abangnya menawarkan diri, suaminya gemar bercerita mengenai angkasa lepas.
Beliau yang cuba menahan sebak memberitahu, jika suaminya masih hidup, mereka suami isteri merancang untuk mendengar cerita pengalaman Dr Sheikh Muszaphar di angkasa lepas.
Allahyarham meninggalkan dua orang anak iaitu Sheikh Aiman Shukor, tiga tahun dan Siti Balkish Shukor, setahun.
Sheikh Mustapha Al Masrie, 32 seorang jurutera awam meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas koma selama seminggu akibat kecederaan di kepala kerana terhantuk pada tiang di sebuah restoran di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada Ahad lepas.
- Bernama

Monday, October 22, 2007

ANGKASAWAN KITA TELAH SELAMAT KEMBALI KE BUMI

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

‘Syukur Sheikh Muszaphar selamat’
Daripada: METRA SYAHRIL MOHAMED

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendengar pengalaman angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor selepas mendarat di Kazakhstan, kelmarin. Turut hadir ialah bapa Sheikh Muszaphar, Datuk Mustapha Shukor (kiri).

MOSCOW 22 Okt. – Kapsul Soyuz TMA-10 yang membawa angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor pulang ke Bumi petang semalam, mengalami sedikit gangguan teknikal yang menyebabkannya tersasar jauh ketika mendarat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun tersasar dan mengalami tekanan yang cukup berat, beliau bersyukur Sheikh Muszaphar dapat kembali dengan selamat.

“Saya difahamkan pendaratan kapsul Soyuz itu tersasar jauh sehingga 600 kilometer berbanding yang ditetapkan sebelum ini. Namun, apa yang penting adalah, beliau berada dalam keadaan selamat,” katanya pada sidang akhbar selepas menyambut kepulangan Sheikh Muszaphar di Lapangan Terbang Chakalovsky, dekat sini, malam tadi.

Sheikh Muszaphar selamat mendarat di Bumi pada pukul 2.37 petang semalam waktu tempatan (6.37 petang waktu Malaysia) selepas melalui perjalanan selama tiga jam 23 minit.
Selain beliau, turut berada dalam kapsul Soyuz TMA-10 adalah dua angkasawan Rusia iaitu Fyodor Yurchikhin dan Oleg Kotov.

Ketiga-tiga angkasawan itu kemudiannya diterbangkan ke Moscow dan tiba di sini pada pukul 10.36 malam waktu tempatan (2.36 pagi waktu Malaysia). Mereka seterusnya dibawa ke Pusat Latihan Kosmonaut Gagarin (GCTC) dan sebaik tiba pada pukul 11.15 malam (3.15 pagi waktu Malaysia) dan disambut dengan kumpulan pancaragam.Sheikh Muszaphar, Yurchikhin dan Kotov kemudiannya dibawa ke dalam GCTC untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dikuarantin. Najib berkata, beliau sendiri telah dapat berjumpa dengan Sheikh Muszaphar dan angkasawan itu memberitahu bahawa kesihatannya adalah baik.
Sheikh Muszaphar, jelasnya, turut menceritakan segala pengalamannya sepanjang berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selama 10 hari itu.

“Ketika perjalanan pulang, kapsul Soyuz itu mengalami sedikit gangguan sehingga menyebabkan beliau menghadapi tekanan, namun Sheikh Muszaphar membuktikan bahawa dirinya cukup cekal.

“Ini membuktikan bahawa beliau sudah membuat persediaan secukupnya dan sememangnya Sheikh Muszaphar seorang yang benar-benar layak untuk bergelar angkasawan,” katanya. Ujar Najib, proses kuarantin terhadap Sheikh Muszaphar berkemungkinan akan berlanjutan sehingga sembilan hari dan selepas itu, wira negara itu akan terus dibawa pulang ke tanah air.
Ditanya mengenai misi seterusnya sama ada Mejar Dr. Faiz Khaleed akan dihantar untuk menyertai misi ke angkasa, beliau berkata:

“Itu tunggu dahulu. Nantilah kita tengok (lihat bagaimana).”

Tuesday, October 16, 2007

JOE LABU VS MENCARI CINTA

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....



BERITA: Faizal@Joe Labi PASSED AWAY kembali ke Rahmatullah
Pada 15 Okt 2007 4.00 pm... Joe Labu meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya (Road Accident).Joe Labi cukup istimewa dan terkenal sebagai seorang yang tenang, peramah dan amat merendah diri. Di dalam kalbunya tidak ada sifat iri hati, angkuh mahupun takbur. Dia mempunyai jiwa yang suka membantu dan sentiasa cuba untuk menceriakan suasana dengan komen2 nya yang melucukan.Dia juga mempunyai azam untuk sentiasa memperbaiki dirinya dan tidak takut dengan kegagalan walaupun jika menghadapi jalan buntu.Rasanya banyak perkara yang ingin dicapai Joe yang tidak kesampaian.It is my sincere belief that Joe is now in the good company of The Prophet, and those who are righteous and humble!May Allah through His Endless Mercy Oceans and Infinite Glory bless Joe Labi's soul and grant him all his wishes. For truly whatever is with Allah is in reality the only thing that matters!May Allah bless all those who remember Joe in their prayers, and forgive me for all my faults.My sincere condolence to Joe's family and friends...
We are all lucky to have crossed path with Joe.Be patient in this moment of sadness and rest assurred that there is great wisdom in all of God's plan and decree..though we may not see it now.For truly Allah is the best of planner!From Him we all came...and to Him we shall all return...Al Fatiha for JoeWassalam.
Azran AhmadProducer MCMon Oct 15 01:25pm PDT
* Maga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh arwah.. alfatihah.... teringat aku akan arwah2 keluarga yang telah pergi meninggal kami..........

ABAH BALIK

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Hari ini 16 Oktober Abah selamat sampai.. Abang dan Jefri serta emak, Coki dan Tongkol pi ambil.... Alhamdulillah.. sihat nampaknya.... Dia belikan Abang batu cincin seperti yang abang hendak.... Jubah untuk cucu2 lelakinya..... Betapa gembiranya kami semua kerana melihat dia kembali ke tanah air.... Dan emak lebih2 gembia lagi.... Macam2 yang mak masak untuk Abah... dan macam2 yang Abah nak makan......

Monday, October 15, 2007

ABAH OH ABAH 4

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Hari ini entah ke barapa kalinya ABAH call lagi...... dia beraya sehari lebih awal dari kita di Malaysia.....Katanya dah boring sangat dah..ibadah dah abis... kengkawan ramai dah balik.... tinggal dia beberapa kerat group yang terakhir.......
Rindunya dah sarat..... rindu kami di sini lagi sarat.......... Katanya..suruh masak nasi minyak dan gulai kambing masa dia balik nanti........ Insyaallah kami kan nanti kepulangan abah dengan penuh pengharapan dan kerinduan......... Moga ABAH selamat sampai ke bumi Malaysia

Sunday, October 14, 2007

RAYA OH RAYA

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Hari ini hari raya....... 13 Oktober 2007... bersamaan dengan hari Sabtu.... Semalam Abang membawa kami semua ke kubur arwah bapanya di Pantai Dalam..... Kesempatan yang ada aku membawa 6 ekor ayam dan 3 kg daging untuk mak mertua ku..... Cadang hati... singgah di flet bawah saja.... hulur saja di pintu lift......Ada cerita kenapa aku tak naik ke rumah....

Ibu mertuaku duduk dengan adik bongsu abang yang baru kahwin beranak satu...... Suami isteri tak bekerja..lulusan UPM.... Akibat teguran abang kepada adik perempuannya ini kepada dua orang kakak kembarnya... yang bermulut LEWER..kata orang jawa..... Si kakak kembar ini telah mengadu dengan si bongsu...Akibatnya...si adik tak mahu mengaku suamiku abangnya... mengharamkan abang pijak ke rumah sewanya yang di diami oleh ibu mertuaku..... Mana suamiku tak marah..... Sekadar berniaga revelll....yang tak tentu pelanggannya... si suami meniaga cd cetak rompak.....Dan mak mertua ada pencen RM500.... + sewa rumah RM350...... tapi tak ada simpanan.... entah ke mana duit tu.....pikir-pikirkan lah.....
Kebetulan tahun ni dia beraya di Perak.... rumah tu adik beradik lain berkumpul...... mak mertua langsung tak lawa... tak berani...dan kamipun faham...... Kakak sulungnya yang duk di Kuantan dan 3 tahun tak balik..tahun ni balik pulak....... Bila beraya di Banting... kami ambil mak mertua di PD.... dan bawa ke Banting... berkumpul di rumah mak saudara yang rapat...... Aku buat sombong aje dengan beruk lewer dua ekoq tu..... Kali ni aku ajar cukup2..... Sebelum ni dah banyak tahun aku mengalah dengan dua ekor beruk tua ni..... Tahun ni..aku pulak nak berkurang ajar...... Puas hati aku....... Petang tu kami pulang dengan mak mertua balik ikut beruk Kuantan.....Dia yang nak....Tak aku lawa mereka semua ke rumah... Kalau tak setiap tahun rumah aku jadi port terakhir....dan kenyang melantak kat rumah..dah ku jamu dengan segala yang ada..memasing berambus balik dengan kenyang dan senang hati..... Tapi tahun ni dan sampai tahun2 selepasnya... hingga hati aku yang sakit ni kembali normal (entah bila!!!!!)... aku bo layan....!
Orang kata...hari raya hari bermaafan...... Aku dah puas bermaafan... tapi lepas tu beruq tu buat hal balik...tahun kemudian mintak maaf lagi...hinggalah seterusnya.... Tapi kali ni hati aku dah keras jitu..... Sorryyyyyyy la..... Panjang nak cerita..perbuatan mereka setiap tahun pada kami.... hasad dengki...semua cukup... Hanya ALLAH saja yang maha mengetahui...
Beraya bersama mak..tanpa ABAH di sisi..saat menyedihkan bagi kami semua...... Syauqi balik...memeriahkan raya walaupun along dan keluarga tiada...... Kami semua tak ke mana... tunggu dengan setia ABAH balik.....

Wednesday, October 10, 2007

ANGKASAWAN PERTAMA

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Malaysia catat sejarah, angkasawan pertama negara berlepas

BAIKONUR (Kazakhstan) 10 Okt. - Malaysia membuka satu episod baru dalam lipatan sejarah negara apabila angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menggunakan roket Soyuz TMA-11 buatan Rusia dari tapak pelancaran Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan tepat pukul 7.21 malam ini (9.21 malam waktu Malaysia).
Kejayaan menghantar angkasawan negara itu menandakan satu lagi pencapaian di peringkat dunia yang mampu diraih oleh rakyat negara ini, selaras dengan usia kemerdekaan negara ke-50 bebas dari penjajahan, pada 31 Ogos lepas.
Selain Dr Sheikh Muszaphar Shukor, misi pesawat angkasa lepas seberat 7,170kg itu disertai Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan, Yuri Malenchenko dari Rusia.
Bukan itu sahaja, Dr Sheikh Muszaphar Shukor juga mencatat sejarah sebagai angkawasan pertama Islam yang bakal menyambut Aidilfitri di angkasa lepas, yang berada pada kedudukan 333km dari muka bumi dengan jangkaan tiba ke ISS selama dua hari.
Beliau berlepas di saat umat Islam berpuasa pada 28 Ramadan.
Di Malaysia, berjuta-juta rakyat menonton pelepasan itu yang disiarkan secara langsung melalui media elektronik khususnya televisyen, di RTM1, TV3 dan Astro 588, dan beberapa skrin yang ditempatkan di lokasi strategik di ibu negara bagi menyaksikan detik-detik kegemilangan itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyaksikan sendiri kejayaan yang dicapai oleh anak muda dari Seremban itu dalam satu majlis khas di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bersama-sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Kong Cho Ha; dan 280 pelajar sekolah.
Sebelum itu, majlis berbuka puasa dan solat tarawih diadakan di situ.
Ketiga-tiga angkasawan itu akan berada di ISS selama 10 hari dengan Dr Sheikh Muszaphar Shukor mengadakan tiga uji kaji membabitkan tiga komponen penting iaitu sel di angkasa, mikrob di angkasa serta pengkristalan protein sebelum pulang ke bumi pada 21 Okt ini.
Yang berada di sini untuk menyaksikan pelepasan angkasawan negara itu ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Jamaludin Jarjis dan kedua-dua ibu bapa Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor dan Datin Zuraida Sheikh Ahmad.
Program angkawasan negara bermula pada 2003 apabila Rusia bersetuju menghantar seorang rakyat Malaysia ke ISS sebagai sebahagian daripada perjanjian pembelian 18 jet pejuang Sukhoi 30-MKM bernilai RM3.42 bilion buatan Russia oleh Malaysia pada 5 Ogos 2003.
Dr Sheikh Muszaphar Shukor dipilih untuk misi ini, namun begitu Agensi Angkasa Persekutuan Rusia (Roskosmos) juga mengiktiraf seorang lagi angkasawan negara, Kapten Dr Faiz Khaleed yang menjadi angkasawan sokongan bagi misi ini.
Roskosmos juga bersetuju semalam bahawa Dr Faiz dihantar menyertai misi angkasa bagi sesi 2008/2009 dan dibenarkan terus menjalani latihan di Pusat Latihan Angkawasan Yuri Gagarin, Star City, Russia.
Pada 13 Oktober 2003, kerajaan secara rasminya membuka peluang kepada rakyat Malaysia menjadi calon angkasawan yang pertama dengan sebanyak 11,267 orang memohon.
Selepas menjalani pelbagai ujian, Dr Faiz dan Dr Sheikh Muszaphar Shukor menjalani latihan di Pusat Latihan Angkasawan Yuri Gagarin sejak September tahun lepas.
Penerokaan manusia ke angkasa lepas bermula pada April 1961 apabila angkawasan pertama Yuri Gagarin dari Rusia membuat pusingan bersejarah mengelilingi bumi dengan masa 108 minit, menggunakan kapal angkasa Vostok 1 seberat lima tan. - Bernama

PENGORBANAN BESAR

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Organ anak saya tidak sia-sia – Yusoff

MOHD. Tajol Rosli Ghazali menyampaikan sumbangan kepada Yusoff Hassan sambil diperhatikan isterinya, Sapiah Hamzah keluarga remaja Melayu yang menderma jantung untuk Tee Hui Yee di Hotel Legend, Kuala Lumpur, semalam. – Gambar ROY AZIS ABD. AZIZ.

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Keluarga penderma jantung pertama kepada Tee Hui Yee yakin pengorbanan anaknya, Allahyarham Nur Mohammad Sahiduzzaman Yusoff, 15, tidak sia-sia walaupun organ berkenaan tidak sesuai untuk gadis tersebut.
Bapa Allahyarham, Yusoff Hassan berkata, ini kerana tiga lagi organ anaknya iaitu paru-paru, hati dan buah pinggang berjaya dipindahkan kepada pesakit yang memerlukan dan serasi dengan tubuh pesakit itu.
‘‘Saya reda walaupun jantung anak saya yang didermakan kepada Tee Hui Yee tidak sesuai dengannya.
‘‘Apalah daya saya untuk menolak perkara itu daripada berlaku. Saya cuma mahu membantu gadis itu selepas dimaklumkan oleh seorang doktor di Ipoh bahawa anak saya sudah tidak ada harapan untuk hidup lagi.
‘‘Sesungguhnya saya ikhlas dan tanpa mengambil masa yang lama, saya dan isteri terus bersetuju untuk mendermakan organ tersebut,’’ katanya ketika ditemui di Hotel Legend di sini hari ini.
Sebelum itu, beliau dan isteri, Sapiah Hamzah, menerima sumbangan sebanyak RM10,000 sebagai tanda penghargaan daripada Barisan Nasional (BN) Negeri Perak yang disampaikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali.

Yusoff berkata, keputusan untuk mendermakan organ anaknya itu merupakan satu tanggungjawab untuk membantu mereka yang memerlukan dan merupakan satu inisiatif untuk mendorong orang lain mendermakan organ.
Beliau berharap organ-organ lain anaknya yang turut didermakan dapat memberi manfaat kepada penerimanya.

Mengulas mengenai anaknya, Yusoff berkata, Nur Mohamad yang mempunyai tujuh orang adik-beradik berumur antara enam hingga 19 tahun merupakan seorang hafiz al-Quran. Tambahnya, anaknya itu juga telah menghafal lebih 18 juzuk al-Quran selain menjadi imam bagi solat tarawih di Masjid Sungai Tiram, Batu 10 Lekir, Sitiawan di Perak.

Monday, October 8, 2007

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Rentung tepi katil
Oleh Wan Noriza Meor Idriswannoriza@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: “Sarimah...” hanya itu yang mampu diberitahu seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan lima tahun, dipercayai abang kepada kanak-kanak perempuan berusia l8 bulan yang rentung dalam kebakaran rumah mereka, semalam. Ketika kebakaran di tingkat dua rumah kedai di Jalan Gadek, Off Jalan San Peng, di sini, tengah hari semalam, mereka tiga beradik termasuk seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, ditinggalkan dalam rumah itu yang berkunci. Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun itu hanya mampu menyebut nama adik perempuannya, Mas Sarimah Zulkifli, yang ditemui rentung di tepi katil dalam keadaan tertiarap sambil kedua-dua tangannya menutup muka yang hancur, manakala tangan serta kakinya melecur teruk.Difahamkan, dua kanak-kanak lelaki terbabit ditemui dalam keadaan trauma selepas tragedi yang meragut nyawa adik perempuan mereka.
Ketika kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, ibu mereka tiada di rumah dipercayai keluar bekerja manakala tiga anaknya ditinggal di bilik utama kediaman itu dalam keadaan jeriji pintu depan berkunci.

Tindakan `mengurung’ tiga kanak-kanak terbabit mengundang padah apabila api menjilat rumah itu, dipercayai bermula dari bilik utama tempat tiga beradik itu ditinggalkan.Difahamkan, ibu mangsa yang juga ibu tunggal bersama tiga anaknya itu menyewa bilik tidur utama rumah berkenaan yang hanya dilengkapi satu katil sejak beberapa bulan lalu.Jiran yang menyedari kebakaran itu dikatakan cuba menyelamatkan tiga beradik itu tetapi gagal membuka pintu jeriji yang berkunci.Bagaimanapun, dua abang mangsa bernasib baik apabila keluar dan bergayut melalui lubang bekas penghawa dingin yang terbuka, sebelum seorang pemandu lori yang kebetulan melalui jalan berkenaan menyambut kedua-dua mereka dari bawah.Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Md Ali Ismail, berkata ketiga-tiga kanak-kanak itu ditinggalkan dalam rumah berkunci dari luar dan berjeriji berikutan bilik rumah berkenaan turut disewa beberapa penyewa lain sepanjang tempoh ibunya keluar bekerja sejak pagi.“Pihak bomba sampai di tempat kejadian sejurus menerima panggilan orang ramai dan terpaksa memecahkan jeriji berkenaan untuk memadamkan api.“Selepas api dipadamkan, kami menemui sekujur mayat seorang kanak-kanak melecur teruk di muka, tangan dan kaki di tepi katil,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.Katanya, mangsa dipercayai gagal keluar dari bilik itu kerana tidak mampu memanjat keluar sehingga terperangkap dalam asap sebelum lemas.“Dua abang mangsa bernasib baik kerana berjaya memanjat keluar menerusi lubang tempat penghawa dingin sebelum diselamatkan.“Bomba masih menyiasat punca kebakaran yang dipercayai daripada percikan bunga api berikutan beberapa hari sebelum kejadian ada jiran melihat tiga beradik berkenaan bermain bunga api di bilik itu,” katanya.Ibu mereka yang berusia 37 tahun bekerja sebagai pembantu kedai di kawasan berdekatan dan enggan ditemubual ketika ditemui media. Difahamkan, dia berasal dari Terengganu.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Zulkarnain Abdul Rahman, ketika dihubungi semalam berkata, polis masih menyiasat.
Pilu hati ini membaca kisah paper hari ini..... bayangkan.. si ibu terpaksa bekerja di gerai berdekatan..berapa sen sangat gajinya..yang tak mampu untuk menghantar anaknya ke pengasuh.... cuma dapat menyewa bilik untuk mereka anak beranak.... Kalaulah si suami tidak meninggalkan isteri dan anak2 itu...pasti peristiwa ini tak berlaku.... Tapi ya la.. ini semua ketentuan ilahi........Alfatihah

ABAH OH ABAH 3

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Semalam merupakan hari terakhir operasi memasak more di masjid. Lega rasanya... penat 3 minggu dah solosai.... Petang tu lebih kurang jam 4.00 pi.. Jusco.. beli baju dan brang keperluan raya untuk anak dara 2 orang tu... Sekarang ni dah pandai pilih taste sendiri..... tak mahu sebarang.. dah pandai memilik... kopak ayahnya..RM 400.... Apa nak buat..setahun sekali.. kebetulan ada rezeki mereka.... tak apalah.... lagipun mereka pun rajin menolong aku membuat kerja rumah....

Semalam juga liza dan famili balik bawa kuih yang ditempah oleh rerakan pejabat....... reramai kami berbuka rumah mak... berborak sakan.. Sebelum berbuka..Abah call.... cucu yang paling dia sayang si Stonecold (Tongkol)... dapat jugak bercakap dengan dia.... Deman.. batuk.. selsema dan sakit tekak Abah dah sembuh dah....Gembira kami semua mendengarnya terutama mak.. Semalam mak nangis dan sedih bila Abah call tak sembuh lagi...... Tak sabar menunggu kepulangan Abah....

Sepanjang malam hingga ke subuh.... telinga ini tergiang-giang laguArwah Sudirman... AYAH DAN IBU........ itulah permulaan kami..... dapat melihat...bulan dan matahari...... Kata Liza.... Ahhhhhhhh... tolong jangan nyanyi lagu tu..... Air mata aku nak kuar dah..... Tapi ketahuilah sepanjang malam hingga ke pagi..tubir mata ini masa genang dengan air mata...........!!!!!! Abah.. kami semua sayang dan rindukan Abah!!!!!!

Sunday, October 7, 2007

PENGARAH KEHILANGAN IBU TERCINTA

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....


Hari ini 4 September Pengarah kami kehilangan ibu tercinta.. kerana sakit tua..umur ibunya hampir 80 tahun... alfatihah... moga rohnya dicucuri rahmat.....Mengingat­ tentang mati..... aku takut kehilangan..... mampukah aku menghadapi pemergian insan-insan yang aku sayang di muka bumi ini..ya ALLAH.. tabahkan hati ini........!!!!!!

Belum menghadapi kematian insan tersayang.... Aku baru saja mendengar Abah akan menunaikan Umrah bulan puasa nanti dan berhariraya di Mekah.... hati ini begitu hiba dan sayu...... mengenangkan saat pagi raya.. selepas sembahyang raya..abah akan mengetuai kami sekeluarga bertakbir raya dirumah...... dengan penuh linangan air mata mengingati insan yang telah pergi dulu dari kami....... Tapi saat itu...tahun ini mesti tiada...... Kami sekeluarga tak tau macam mana.......tentu sayu dan pilu saat itu..dengan Along sekeluarga yang tak dapat balik beraya kerana akan balik bila cuti panjang bulan disember nanti...... sedihnya......!!!!!!­!

Saturday, October 6, 2007

ALONG DAH SELAMAT SAMPAI

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....


Jam 8.00 Abang call..kata anak kesayangannya dah call..dah sampai di Jeti.... Alhamdulillah..... moga gembira anak ibu kat sana.......Kaya raya dia sekarang ni..ibu..ayah..tok chah..tok jin..mak chuk..bagi duit kat dia.... Apalah yang dibelinya..tak tau lah tu.... suka ati dia la... janji dia bahagia bersama kengkawan......
Aku.................­... terasa kehilangan.... kalau tak..dialah yang suka cari gaduh dengan adik-adik.......

Wednesday, October 3, 2007

ABAH OH ABAH 2

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Hari ni Abah call lagi... lebih kurang jam 6.30 petang.. katanya di sana baru habis waktu zohor...Katanya dia tak sihat..batuk..selsema dan sakit tekak.. panas kat sana..... Mak sempat bercakap dengannya.... gembira mak sebab setiap hari abah call bertanya khabarnya. aku tahu abah di sana pun risaukan kesihatan mak..... Aku harap Abah sentiasa di dalam lindungan ALLAH......

ALONG UPSR & LANGKAWI

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....


3 September.... Ujian Math 1.. BM 1 dn BM 2...... balik dari sekolah.... bila ditanya..senang giler bu..... kakak boleh buat..amboi eksennya anak aku!!!
4 September... Ujian Math 2... susah sikit ..katanya.... ishhssss.... buat aku risau jer...
5 September..... BI 1 & 2.. Sains... ada susah ada senang.... dan MERDEKA......!!!! katanya...
So malam tu 9.30... kami sekeluarga hantar dia ke sekolah...... dia bertolak ke Langkawi....... pergi juga akhirnya..tampa iringan kami sekeluarga..... tak ikut...sebab anak yang dua tu sekolah..nak periksa..... tak apalah... moga anak ku tu selamat pergi dan balik....... Nanti ada rezeki..ke sana jugak aku... Aku teringin sangat ke sana..tak pernah lagi...... Ke Sabah dah dua x.... tapi ke situ tak sampai lagi....!!!!!

KITA TEMPAYAN YANG RETAK

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....


Aku dapat satu email....Kisah tempayan yang retak.....

Ada seorang pengangkat air.. guna dua tempayan..satu retak... satu o.k...sepanjang perjalanan si retak cuma dapat bawa 1/2 tempayan air saja bila sampai ke rumah..... si Tak Retak jadi sombong.... tapi sepanjang laluan si retak..ada pokok bunga segar yang tumbuh dan menjadi hiasan d sepanjang jalan dan di petik..lalu dihias di atas meja tuan rumah..... Si retak sedih kerana terasa kekurangan diri...
Kata si Pengangkat Air...." Setiap diri kita ada kekurangan... namun jika kita mahu dan berusaha tuhan akan menggunakan kekurangan kita untuk menghiasNya di mata tuhan yang bijaksana... Tiada yang terbuang percuma! Jangan takut pada kekurangan diri... Kenalilah kelemahan diri dan kita dapat menjadi sarana keindahan tuhan... Ketahuilah di dalam kelemahan kita... kita menemukan kekuatan kita!!!!!"

Tuesday, October 2, 2007

ABAH OH ABAH!

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Hari ini dah hampir 10 hari Abah menunaikan umrah... mungkin gembira dia disana.. impian dia yang satu.. untuk berpuasa dan beraya di sana tercapai jua..... Hari2 Abah telefon mak..... mungkin abah risau tinggalkan mak dengan kesihatan mak yang tak menentu.... Tak perlu risau... kami adik beradik ada... Aku sekarang ni selalu ambil cuti untuk tolong mak... Kesian kat mak..... Aku kira beruntung kerana adik beradik semua bermuafakat..... ingat mengingati dan sayang menyayangi....... Aku sayang semuanya!!!!!!!!!

Monday, September 24, 2007

RUMAH KERJA MAKIN SEMPIT

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Sep 24, 2007, 9:10 am
Hari ini.. sampai pejabat... rumah kerja kami semua telah dikecilkan... lebih kurang 3 kaki.... sebab tambah lagi partision untuk letak staf baru..... makin sempit jadinya.... Tapi aku tak kisah... janji kerja aku tetap jalan cam biasa... nak menyungut pun buat apa..kita bukan bos.... sekadar staf cabok jer.....

Dan aku dah apply cuti 2 hari... esok selepas Subuh Abah akan bertolak ke Mekah untuk menunaikan umrah dan beraya di sana... insyaallah.. jika tiada aral melintang dan diizinkan olehNYA.. kami akan berjumpa Abah di hari raya ke 5......... banjirlah KLIA esok!!!!!!!!!!!!!!!!­­

RUMAH KERJA MAKIN SEMPIT!

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Hari ini.. sampai pejabat... rumah kerja kami semua telah dikecilkan... lebih kurang 3 kaki.... sebab tambah lagi partision untuk letak staf baru..... makin sempit jadinya.... Tapi aku tak kisah... janji kerja aku tetap jalan cam biasa... nak menyungut pun buat apa..kita bukan bos.... sekadar staf cabok jer.....
Dan aku dah apply cuti 2 hari... esok selepas Subuh Abah akan bertolak ke Mekah untuk menunaikan umrah dan beraya di sana... insyaallah.. jika tiada aral melintang dan diizinkan olehNYA.. kami akan berjumpa Abah di hari raya ke 4......... banjirlah KLIA esok!!!!!!!!!!!!!!!!­

Wednesday, September 19, 2007

HARI PALING KALUT!

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

2 hari ni kalut sungguh kami... dengan keadaan mak yang tak menentu..ulang alik hospital... 2 hospital kami pi.. akhirnya kena pi pakar jugak... Mak relax jer...... kami adik beradik yang serabut perut..... Aku harap mak kembali sihat seperti sedia kala... Kerana aku tak bersedia lagi menghadapi kemungkinan yang SATU ITU!!!!!!!!!
Syauqi....habaq kat mak........ Nanti Mak Ngah call mak hang..!!! Tapi Tok Chah tak bagi habaq..takut mak risau...

Thursday, September 13, 2007

HAYATILAH CERITA INI!!!!

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....


Aku habis kursus jam 1.15.. balik ofis dah... 1.30..so tak sempat nak balik.. Abang saja yang urus anak2..thanzzz abang!!!!... Sementara tunggu giliran nak solat zohor..aku baca email........ mengalir airmata ini........... sesungguh... apa pun terjadi..ingatlah...­.. ibu dan ayah tiada galang gantinya...!!!!!
"Jgn kau sakit hati IBU AYAH, Jgn kecewakan mrka.. Kerdhaan ALLAH x kan hdr tanpa keredhaan Kedua Ibubapa... Ya-ALLAh ampunilah dosaku, Ibubapaku, adik beradik, kaum muslimin & uslimat & org2 yang aku kasihi.. AMIIN YA Rab..."

Kepada yang bermasalah dengan ibu, baca pula cerita saya ini dan bandingkan penderitaan kita serta layanan terhadap ibu kita. Saya dilahirkan sebagai anak kedua dalam tiga orang cahaya mata sepasang suami isteri ber'jenama'. Dilahirkan pada tahun 1968. Berkulit hitam (ala anak mamak gitu). Kebetulan adikku juga perempuan yang mempunyai kulit putih melepak. Seawal usia aku mengenal tanah aku telah dibiarkan bermain di panas bertambah hitamlah kulitku dan bertambahlah kebencian ibu.

Aku dibiarkan bermain dengan abang bersama kawan kawan lelakinya yang lain sedangkan adikku duduk di rumah. Apabila bergaduh akulah yang akan dibelasah teruk, tak cukup dengan caci maki. Hingga kini bekas torehan pembaris yang patah di pipi kananku masih berparut. Ketika tu aku pernah terfikir untuk lari kerana mengikut penilaian ku sendiri aku ni anak pungut kerana perbezaan warna kulit membuatkan aku dibenci oleh ibu. Sedih rasanya.

Ketika makan, aku hanya mendapat kulit ayam, daging yang sipi sipi terlupa di kikis dari tulang, dan dicampakkan saja pinggan ketika menjamu selera. Ketika mengadap rezeki hatiku sentiasa sebak.Hanya hatiku menangis. Ada juga ketikanya aku menjamah nasi dengan berkuahkan air mata. Tak payahlah diceritakan di sini kelak aku sendiri tidak tidur lena apabila mengenangkan.

Semasa peperiksaan penilaian aku pergi tanpa menjamah apa apa makanan dan aku hanya diberikan pensil dua batang, pemadam dan pembaris, pun begitu sebaris gigiku yang cantik ku hadiahkan untuk ibu demi mencium tangannya sebelum menduduki peperiksaan. Aku berjaya menjadi antara 10 terbaik di sekolah. Aku berjaya ditempatkan di asrama penuh. Tetapi disebabkan kenakalanku, aku dibuang. Menyesal betul ketika tu.

Aku kembali semula tinggal bersama ibu dan ayah. Semasa tingkatan 3 aku hanya diberi tuisyen Matematik sahaja sedangkan adikku (tingkatan satu) di beri kesemua matapelajaran dan berhantar berjemput. Sedangkan aku kena tukar dua kali bas baru sampai tempat dituju. Ketika ayah memasuki dewan mengambil keputusan percubaan SRP ayahku diberikan standing ovation kerana anaknya bakal menggegarkan nama
sekolah. Ayahku terpanar sehingga menitiskan air mata semasa menungguku pulang dari sekolah.
Ibuku membungkam kerana adik dan abangku tidak setanding. Tetapi aku tidak pernah mendabik dada. Sekali lagi aku berjaya memasuki asrama penuh. Kali ini aku bertekad untuk menjaga tatasusila. Alhamdulillah aku berjaya juga melanjutkan pelajaran ke luar negara. Seperti biasa aku tetap inginkan bau ibu. Akan ku telefon ibu setiap kali menjelang peperiksaan, minta halalkan makan minum, minta dia menyayangiku walaupun jauuuh di sudut hatinya.

Aku menangis. Aku tahu dia pun begitu. Sekembaliku dari luar negeri aku berkahwin. Bencinya padaku masih belum pudar. Aku ingat lagi kata katanya semasa menghantar ku ke rumah besan, yang tidak terungkap di sini.

Biarlah ia reput bersama kain kafanku namun tidak tergamak ku ceritakan disini.

Semasa ibu nak ke Mekah aku berjengket jengket dari jauh menghantar ibu dengan linangan air mata kerana ibu tidak mahu mendakapku, di dalam hati, biarlah ibu selamat, jangan sampai ibuku terjatuh atau dipijak oleh jemaah lain (ibu pergi ke sana dengan muhrim lain kerana ayahku telah tiada).

Semasa ibu memasuki ruang legar, ibu terjatuh kerana orang terlalu ramai berebut rebut sehinggalah aku mengangkat tangan di tengah-tengah orang ramai sambil berdoa "Ya Allah Ya Tuhanku aku tidak redha ibuku disakiti oleh umat lain semasa dia hilang dari
pandanganku hinggalah ibuku selamat pulang"
"Ya Allah Ya Tuhanku, aku gadaikan segala penderitaanku semasa didalam jagaan ibu dengan kesenangannya menunaikan segala ibadah tanpa ada cacat cela, Aku serahkan ibuku dalam jagaanMu . . .panjang lagi doaku. Kalau tidak kerana anak-anakku menangis mau rasanya aku solat sunat di lapangan terbang itu bermunajat. Alhamdulillah, sekembalinya ibu dari Mekah, aku yang ditujunya.

Diciumnya pipiku ibarat selapang padang pasir pipiku di cium dan dicium.

Katanya beliau hanya teringatkan aku di setiap tempat suci. ALHAMDULILLAH.
Hingga kini hubunganku dengan ibu tidak pernah terjejas. Kadangkala itu terlepas jua namun tidak pernah aku kecil hati.

Ku jaga dengan penuh hati-hati. Ditambah lagi aku sudah punya anak, ku jaga dan semai mereka dengan penuh kasih sayang, yang tiada berbelah bagi. Kalau tajuk asalnya ibu pening dengan perangai anak, kini aku nak menyeru anak yang berpandangan demikian terhadap ibu yang mengandungkan selama 9 bulan, melahirkan kita dengan seribu satu penyiksaan yang bersengkang mata ketika kita demam. Alahai, walau didukung ibu dari sini ke kota Mekahpun belum tentu kita dapat membalas jasa ibu . . .

Bertaubatlah. Sedarlah syurgamu di telapak kaki ibu . ... . Apa yang ingin di kongsi bersama, setiap kali lepas solat berdoalah agar kita dikurniakan hati yang bersih walaupun warna kulit kita lebih gelap dari malam. Hati yang bersih akan terpancar di wajah.

Kerana...cerita begini..dan banyak lagi kisah pengajaran yang lain..... membuat kasihku pada mak dan abah tiada berubah......AKU SAYANG MAK DAN ABAH DUNIA AKHIRAT........!!!!

Wednesday, September 12, 2007

HARI PALING SIBUK!!

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....


Pagi ini aku kena setle cepat kerja2 yang berlambak.. kena hantar Bendahari.....tu pun bergantung pada pengarah.. kalau pengarah tak sign.... abislah aku.... Jam 11.00 nanti ada kursus kewangan hingga 1.00 tengahari... Petang pulak ada meeting dengan Pegawai Tadbir..... esok aku dah cuti dua hari... lewatlah balik ari nampaknya..... Aku tak mahu pembayaran 'hang' dalam try aku.... Tak suka dengar rungutan ... setakat ni alhamdulillah..... Masalah kalau aku cuti 1 hari sekalipun... try aku penuh giler..bila masuk kerja balik...!! WAAAAAAAAAAAAA
Sekarang ni.. bulan puasa aku selalu ambil cuti.. untuk tolong mak masak di masjid... kesian mak.. dah la tak berapa sihat.... Aku harap mak akan kembali seperti sediakala.

Tuesday, September 11, 2007

HARI PALING SIBUK

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Sep 11, 2007, 9:32 am
Pagi ini aku kena setle cepat kerja2 yang berlambak.. kena hantar Bendahari.....tu pun bergantung pada pengarah.. kalau pengarah tak sign.... abislah aku.... Jam 11.00 nanti ada kursus kewangan hingga 1.00 tengahari... Petang pulak ada meeting dengan Pegawai Tadbir..... esok aku dah cuti dua hari... lewatlah balik ari nampaknya..... Aku tak mahu pembayaran 'hang' dalam try aku.... Tak suka dengar rungutan ... setakat ni alhamdulillah..... Masalah kalau aku cuti 1 hari sekalipun... try aku penuh giler..bila masuk kerja balik...!! WAAAAAAAAAAAAA

BAYAR HUTANG!!!!

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....


9 September..Abang dah bayar hutang mak... pinjam masa kami nak beli rumah baru ari tu..untuk bayar duit peguam.... Time kasih mak... dan Abang sedekah kat Abah sedikit duit untuk belanja dia semasa buat Umrah nanti.... moga abah selamat pergi dan balik.... Aku sayangggggggg..... ABAH..!!!! Tentu aku dan adik beradik yang lain rindu separuh mati dengan abah... sunyilah dengan leteran abah marahkan..anak2 aku yang lasak... suruh rajin sembahyang...... itu dan ini.......Abah Oh Abah..... tiada gantinya...!!!!!!! Janganlah air mata ni gugur nanti semasa hantar dia kat airport.... aduh..... dah terbayang dah suasana waktu tu.......

Monday, September 10, 2007

BAYAR HUTANG!!!

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Sep 10, 2007, 9:46 am
9 September..Abang dah bayar hutang mak... pinjam masa kami nak beli rumah baru ari tu..untuk bayar duit peguam.... Time kasih mak... dan Abang sedekah kat Abah sedikit duit untuk belanja dia semasa buat Umrah nanti.... moga abah selamat pergi dan balik.... Aku sayangggggggg..... ABAH..!!!! Tentu aku dan adik beradik yang lain rindu separuh mati dengan abah... sunyilah dengan leteran abah marahkan..anak2 aku yang lasak... suruh rajin sembahyang...... itu dan ini.......Abah Oh Abah..... tiada gantinya...!!!!!!! Janganlah air mata ni gugur nanti semasa hantar dia kat airport.... aduh..... dah terbayang dah suasana waktu tu.......

LAMPU OH LAMPU!!!

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

9 September... selepas zohor.. aku dan abang ke KL.... mencari lampu untuk rumah baru....... Kami ke ALFO..Jalan Ipoh....... beli untuk lampu dapur basah dan kering... porch... hall... dan semua bilik tidur...... serta bilik air..habis RM 1 ribu lebih.... dapat jadi ahli..dapat free lampu meja..... dapat tea set ....... dan aku tengah kecek dengan si Said..penjual tu..untuk dapat mug ALFO...geram aku dengan mug tu..... semua tu dapat minggu depan..sebab stok tak ada..so booking dulu..... Nasib baik masa pergi Sarawak dah banyak beli lampu untuk dinding.... dan tangga.... tinggal beli dimer saja..... So bolehlah aku minta tolong dengan budak ofis untuk pasang bila free nanti..... Sekarang ni kena kumpul duit untuk beli kipas dan aircond.... insyalllah.....sabar­222222. lahh hati...!!!!

Sunday, September 9, 2007

LAMPU OH LAMPU

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Sep 10, 2007, 8:43 am
9 September... selepas zohor.. aku dan abang ke KL.... mencari lampu untuk rumah baru....... Kami ke ALFO..Jalan Ipoh....... beli untuk lampu dapur basah dan kering... porch... hall... dan semua bilik tidur...... serta bilik air..habis RM 1 ribu lebih.... dapat jadi ahli..dapat free lampu meja..... dapat tea set ....... dan aku tengah kecek dengan si Said..penjual tu..untuk dapat mug ALFO...geram aku dengan mug tu..... semua tu dapat minggu depan..sebab stok tak ada..so booking dulu..... Nasib baik masa pergi Sarawak dah banyak beli lampu untuk dinding.... dan tangga.... tinggal beli dimer saja..... So bolehlah aku minta tolong dengan budak ofis untuk pasang bila free nanti..... Sekarang ni kena kumpul duit untuk beli kipas dan aircond.... insyalllah.....sabar­222222. lahh hati...!!!!

ALONG BALIK DARI LANGKAWI

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Pagi 8 September 2007... aku dapat berita dari mak ...Mak Chik Ani atau sekarang ni aku panggil kak ani..(sudah tukar ka)... kira kawan mak aku kerja.... ataupun jiran setaman kami..... meninggal dalam usia 51 tahun... rupanya dia ada sakit jantung..darah tinggi dan sebagainya.....Aku pernah berkursus BTN di Kuala Lipis pada 2004 bersama dia...... yang kelakaunya... time aku pergi tu..ramai pulak mak chik2.. kawan sekerja atau kenalan mak.... yang sama sekursus dengan aku.... Jadi tak kan nak panggil mak chik..walau dari kecik aku dah kenal..terpaksa la tukar ..panggil akak itu..akak ini...... Dan ada yang tak pandai membaca sangat..so time last tu ada peperiksaan.... kenegaraan pulak tu..... aku dah siap..bulatkan soalan kat kertas peperiksaan tu dan tukar kan lah sesama dia orang.... tolong memakchik tu semua... kecian lah kat dia orang... sampai la..ni dia orang ingat jasa aku.... ha..ha... kalau ingat memang lawak...... yang muda2..adalah dua tiga kerat.... yang lain semua baya mak aku....... dah nak pencen.... join pulak dengan klik bomba seluruh kelantan....... dan lain-lain kementerian..... masuk hutan keluar hutan.... tapi bagus..brader bomba ni.... jadi penyelamat kita orang kat dalam hutan......teringat kat mereka semua.. apa khabar agaknya......
Tapi balik dari kursus... aku sedar betapa pentingnya semangat cinta kan negara!!! MERDEKA!!!!!!!!!!

Malam lebih kurang jam 11.50 Along call..dah sampai SKS.... Ayah pi ambil..... sihat dan selamat anak ibu..... Pandai pulak tu.. belikan coklat untuk adik2.... kain batik untuk Tok Chah..... tak beli untuk ibu sebab ibukan tak pandai pakai kain batik!!!!!!!.. katanya.... Belikan aku key chain dan pelekat freezer.... Aku memang minat kumpul key chain..pelekat freezer...mug...sipu­t dan kerangan laut.... Pandai juga anak aku ambil hati aku......
Sempat dia melawat muzeum ikan laut tu..... dapat jumpa orang tertinggi di dunia...... seronok katanya... entah bila aku aka sampai ke sana!!!!!!

Saturday, September 8, 2007

ALONG BALIK DARI LANGKAWI

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....


Pagi 8 September 2007... aku dapat berita dari mak ...Mak Chik Ani atau sekarang ni aku panggil kak ani..(sudah tukar ka)... kira kawan mak aku kerja.... ataupun jiran setaman kami..... meninggal dalam usia 51 tahun... rupanya dia ada sakit jantung..darah tinggi dan sebagainya.....Aku pernah berkursus BTN di Kuala Lipis pada 2004 bersama dia...... yang kelakaunya... time aku pergi tu..ramai pulak mak chik2.. kawan sekerja atau kenalan mak.... yang sama sekursus dengan aku.... Jadi tak kan nak panggil mak chik..walau dari kecik aku dah kenal..terpaksa la tukar ..panggil akak itu..akak ini...... Dan ada yang tak pandai membaca sangat..so time last tu ada peperiksaan.... kenegaraan pulak tu..... aku dah siap..bulatkan soalan kat kertas peperiksaan tu dan tukar kan lah sesama dia orang.... tolong memakchik tu semua... kecian lah kat dia orang... sampai la..ni dia orang ingat jasa aku.... ha..ha... kalau ingat memang lawak...... yang muda2..adalah dua tiga kerat.... yang lain semua baya mak aku....... dah nak pencen.... join pulak dengan klik bomba seluruh kelantan....... dan lain-lain kementerian..... masuk hutan keluar hutan.... tapi bagus..brader bomba ni.... jadi penyelamat kita orang kat dalam hutan......teringat kat mereka semua.. apa khabar agaknya...... Tapi balik dari kursus... aku sedar betapa pentingnya semangat cinta kan negara!!! MERDEKA!!!!!!!!!!

Malam lebih kurang jam 11.50 Along call..dah sampai SKS.... Ayah pi ambil..... sihat dan selamat anak ibu..... Pandai pulak tu.. belikan coklat untuk adik2.... kain batik untuk Tok Chah..... tak beli untuk ibu sebab ibukan tak pandai pakai kain batik!!!!!!!.. katanya.... Belikan aku key chain dan pelekat freezer.... Aku memang minat kumpul key chain..pelekat freezer...mug...sipu­t dan kerangan laut.... Pandai juga anak aku ambil hati aku......

Tuesday, September 4, 2007

RUPANYA ADA DUIT LAGI

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....


Semalam 4 September ......aku shopping hampir 120 ribu..ha percaya tak...... shoping dalam sistem kewangan ler.. dalam masa dua hari..aku boleh settlekan duit tu..habis buat pembelian dan pembayaran tertunggak......ha..­ha... kalau lah duit aku...fuh..memacam boleh buat..tentu bagai syurga rumah baru ku...WOIT...!!! duit kerajaan tu...amanah kena jaga...nak kena serkup BPR ker....

Yang lawaknya..... pihak pengurusan dok sibuk mohon peruntukan tambahan tampa disedari ..dalam sistem ada duit lagi hampir RM 215 ribu.... so banyak ler.. payment yang sangkut...... alih-alih pihak Bendahari kata ada duit..apa lagi... laju jer ler.. Menteri Kewangan buat kerja....ha..ha..law­ak betul.......

Friday, August 31, 2007

MINGGU SAKIT

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....


Minggu ni aku sudah kembali sihat sedikit... cuma masih rasa letih lagi.. hampir 5 kg berat aku turun..deman yang sangat teruk....... dari Jumaat 24 Ogos.. aku dah tumbang tak bangun-bangun dengan tak makan dan tak lalu minum.... tu yang badan jadi kurang air....... Abang...mak ..abah dan adik beradikku risau tenguk aku melepek tak bangun.... memacam makanan yang mak masak..tapi tetap tak leh masuk.... nasib baik aku duduk berdepan dengan rumah mak..... senang sakit pening... mak ada untuk tolong aku tengukkan anak.......dan jaga makan minum menantu kesayangan dia...

Tak tau lah kalau aku pindah jauh esok...... Tu sebab kasih sayangku pada mak dan abah tak bertepi.... dan Abangpun kini lebih sayang mak abah dari mak sendiri...kerana katanya" Kasih mak dan abah awak tak terbanding dengan kasih sayang mak bapak saya"......... Aku harap anak-anakku tak cakap begitu pada menantu aku nanti..........!!!!

Aku MC hingga 30 Ogos... Aku jarang sakit..tapi kalau sakit..memang teruk giler.... Tahun lepas aku sihat walafiat... sehari pun tak MC.... Tahun ni.. bulan ini aku dah mula start MC.... harap lepas ni aku sihat ..... jangan sakit....... tak selesa...... Dan waktu aku sakit... baru ku sedar betapa berharganya kesihatan kita ini.......Aku sekarang kena peluk diri aku setiap hari..kena ucap..Aku sayangggggggggg diri aku dan peluk kuat-kuat!!... sebelum Abang peluk aku dan ucap sayang kat aku setiap pagi..he..he..he!!!!­!!!

Tuesday, August 21, 2007

MUKHSIN

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Anak pemotong rumput

MALAM 4 Ogos lalu, di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, pelakon filem Mukhsin, Mohd. Syafie Naswip diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik pada acara gemilang Festival Filem Malaysia Ke-20 (FFM20). Sejurus itu, seorang kanak-kanak berusia 15 tahun melangkah yakin ke pentas penerima trofinya.Dewan bergema dengan tepukan gemuruh penonton. Turut menyaksikannya, jutaan penonton Astro yang membuat siaran langsungnya. Namun malam itu, nun di sudut hati Syafie, tercalit rasa hiba kerana kejayaan itu tidak dapat dikongsi bersama ibu yang dikasihi.
“Rumah saya tak ada Astro. Saya dah telefon mak, nak beritahu, tapi tak dapat,” adunya tatkala Kak Tim bertanyakan, apa kata ibunya tentang kemenangannya.Memang sejak dari awal, kanak-kanak ini menarik perhatian Kak Tim. Walaupun Finas menyediakan bas untuk membawa delegasi festival itu ke Pulau Pinang, tapi pelakon kanak-kanak lain, datang bersama anggota keluarga masing-masing. Cuma Syafie yang Kak Tim perhatikan, bersendirian. “Saya nak juga bawa emak. Tapi dia orang kata kena bayar,” jelas Syafie selamba.“Bapa kerja apa?” Tanya Kak Tim. “Pemotong rumput. Kadang-kadang cat rumah orang juga,” tulus dan bersahaja dia menjawab.“Tak sekolah?” Tanya Kak Tim lagi. “Sekolah di Gombak. Tahun ini ambil PMR. Sebab itu hampir saja saya tidak dapat ikut festival ni. Cikgu tak beri. Dia kata asyik shooting saja. Dia bimbang, nanti saya tak dapat fokus PMR. “Tapi saya merayu. Keluarga saya orang susah dan saya anak tunggal. Shooting pun dapat duit. Hari tu, saya berlakon empat drama, dapat duit. Boleh juga bantu keluarga,” kata Syafie.
“Berlakon filem Mukhsin dulu tu, saya dapat RM10,000. Saya bagi emak RM500 dan ayah RM500. Selebihnya saya simpan. Saya nak jadi jurukamera filem. Nanti kalau nak ambil kursus tu tentu kena pakai banyak duit. Nasiblah akhirnya cikgu izinkan saya ke festival.”Begitu cerita Syafie panjang lebar, lalu tersenyum menyerlahkan lesung pipit di pipi kiri dan kanannya.Dan pada pagi delegasi berkumpul di Finas untuk berangkat ke Pulau Pinang, Syafie merupakan orang pertama sampai di Finas. “Saya tak tahu pukul berapa bas nak bertolak. Orang kata pagi. Jadi saya tunggu ajalah. Nasib Finas sediakan nasi lemak.”Rupanya ada yang cerita pada Kak Tim, semasa rombongan berhenti makan tengahari di Tapah, Perak, Syafie tidak turut serta.“Dia tertinggal duit,” bisik sumber.Kasihan. Tapi kanak-kanak itu ada harga diri. Dia tidak kelihatan sewaktu orang sibuk menjamu selera di kawasan Rawat dan Rehat Tapah itu. Entah di mana dia menyembunyikan diri.“Tak apa. Saya dah biasa macam tu,” kata Syafie selamba disaat Kak Tim tanyakan kenapa tak beritahu masalahnya. “Tapi sekarang saya dah ada duit. Nek Mah (Rosminah Sidek) bagi. Masa sampai di lobby hotel, tiba-tiba Nek Mah bagi saya RM50.”
Sekali lagi kanak-kanak ini menyerlahkan lesung pipitnya. Dan sewaktu perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. ketika bas singgah di Hentian Sungai Perak, Kak Tim tengok Syafie membeli sebiji limau bali.“Duit yang Nek Mah bagi, masih ada baki. Limau ni saya beli untuk mak. Buah tangan,” katanya tersenyum. Sampai di Finas, Syafie dijemput ayahnya. Dia bukan saja membawa pulang trofi dan buah limau untuk ibunya. Tapi wang hadiah kemenangannya sebanyak RM10,000.Itulah Mohd. Syafie Naswip, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik FFM20 yang cuba mencari pengalaman sebagai pelakon untuk menjadi jurukamera filem bagi merubah kehidupan keluarganya!
p/s: wuuu...sedih baca citer ni...apa2pun aku tabik spring ar kat budak ni...x berlagak,jujur je...pastu pandai cari duit bantu family...kesian dia xde duit nak makan tghari...nasib baik nek mah bg duit...huhu...berbaloi dia gi festival tu sbb dia menang..tetibe aku jadi peminat nombor 1 mukhsin...wish u luck mukhsin... Rasa-rasanyer...anak aku yang no. 3 ni ...si Adib... ada iras dier...he..he.....

Thursday, August 16, 2007

KECURIAN

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Sejak Abang menjadi Pegawai Operasi di salah sebuah syarikat kawalan terkemuka..... hari ini beliau diduga dengan satu kes kecurian.....

Siang hari pulak tu..... si Pak Guard yang mengawal kawasan kilang ni ambil sambil lewa saja..... biarkan orang luar masuk tanpa pas dan tahan kad pengenalan.... so apa lagi... 2 ekoq hindu ni.... dah kebas satu set komputer.... lebih kurang RM 5,000 harganya dan bawak keluar dengan muka selambur jer........
Jam 5 abang dipanggil oleh Pengurus Kilang... mengadap bersama Managernya untuk selesaikan kes... sampai pihak kilang nak terminate kontrak.... pujuk-punya pujuk...dia setuju ganti rugi.......
Tu la satunya.... kalau kita guna rakyat kita..... rasa kurang tanggungjawab dan buat kerja sambil lewa...... tapi kalau di gaji dengan warga asing terutama Pakistan atau lain-lain..mereka buat kerja dengan tekun dan teliti.... tapi kerajaan kita telah keluarkan statement...tak bagi warga asing menjadi pengawal keselamatan...........Apa boleh buat.... lebih kurang jam 11.00 malam baru abang sampai dengan muka yang toye giler..... kesian aku tenguk........
Sup ayam aku panaskan bersama sepinggan nasi dan satu mug milo kurang manis menjadi hidangan malamnya......... "Laparlah yang...dari tengahari abang tak makan apa......"... Tak apalah bang...... ni dugaan ...sabarlah bebanyak...... Cuma aku minta abang lebih cool.... jangan naik angin dengan pengawal tu...!!!!! sebab abang ni BARAN jugak orangnya....!!!!

Wednesday, August 15, 2007

PERGI KAWAN LAMA 2

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Hari ini.. lewat petang ku terima berita kematian kawan sekolah..kawan sepermainan semasa kecil dulu.. Alias Ibrahim.... yang kami panggil "YEH" ajer....... habis sekolah dia bawak lori..kemudian berkahwin dan ada modal sikit..beli lori dan buat lori sewa....... dah dengan cerita..ada penyakit barah tulang......... dengar cerita isteri tak berapa jaga..... Aku tak faham kekadang manusia ni.... si suami dah terlantar sakit..... si isteri terpaksa kerja..syarikat swasta pulak..... untuk sara dan biayai rawatan suami..... apa lagi pengorbanan yang hendak dia buat... kalau jaga suami 24 jam.... sapa nak sara hidup mereka sekeluarga...... saudara mara dan adik beradik setakat 2-3 hari boleh la....
Kita tak hadapi dan tak mengadapnya.... cakap boleh lah.......
Sama kes macam sepupu aku...lelaki..barah otak.... dah kena berhenti kerja..dulu kerja kilang.... lepas tu kereta nak kena tarik... adik beradik isteri dan anak buah tolong bayarkan tiap bulan... adik beradik dia sendiri tahu kutuk jer...... Si isteri kerja kerajaan.... buat OT sampai malam... duit isteri tiap bulan dia kontrol... isteri pi buat OT... cemburu.. suruh usung anak yang kecil bawak ke ofis sekali...... bila isteri teragak nak makan atau beli apa2..takat tenguk atau telan air liur jer la.... duit takde.. si suami kontrol..... so camner......? Kalau aku..... GOOD BYE la my darling..... Aku pulang kat mak dio.... buek poning kepalo den yo!!!!!!
Aku berharap semoga roh si YEH dicucuri rahmat... dan moga isterinya tabah menghadapi tohmahan masyarakat....... Aku benar2 simpati dengan isterinya..........
Setakat ni.. aku telah kehilangan rakan sekolah dan rakan karib... Nor Alam....Luekimia.... Asmadi...accident semasa jadi student UPM.. depan masjid UPM.. balik sembahyang Jumaat.... Abdul Halim.....accident di KL... Mas Idayu.......meninggal kemalangan jalanraya balik berkursus ... cikgu sekolah...tinggal 4 orang nak sebaya anak2 aku... dah kini si YEH..... ALFATIHAH....
Beliau dikebumikan di Perkuburan UPM... mandi pun di Masjid UPM... kalau ku tahu... aku pi ke sana..... maafkan aku YEH........

PEGAWAI TADBIR BARU

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....





Sejak sebulan yang lalu ITMA telah kehilangan pegawai tadbirnya sebab Puan Hanita Tajuddin sambung belajar buat Master.



Hari ini kami akan terima pegawai tadbir baru..Encik Jamsari Tamsir...... so o.k.. tak o.k...kita tenguklah nanti... setahu aku di ITMA ni dah biasa dengan pegawai tadbir perempuan.... banyak jugak desas-desus tak puas hati di kalangan stafnya.. tak taulah aku..sebab aku baru join di sini.... bagi aku.... o.k jer dengan aku sepanjang beberapa bulan aku di sini....



Bagi aku kalau kita diarahkan membuat sesuatu kerja dan kerja itu berjalan dengan baik..tak kan lah bos kita nak bambu kita.. tak yah pakai aircond nak membodek....... semua tu hipokrito belaka..... bagi aku... bagi kerja..aku siapkan... jangan kacau aku sudah... sebab aku tak kacau orang........

Thursday, July 26, 2007

SARAWAK DAN WEEDING FARA@DIL

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....





Jam 4 pagi aku dah bangun.... siap semua hal rumah tangga sebelum bertolak ke Sarawak.... sambil kejutkan anak-anak..... bersiap... Jam 5.00 Adikku Noni menghantar kami sekeluarga ke LCCT..... 7.10 tepat... flight bergerak menuju ke destinasi... Tepat jam 8.55 kami sampai di Lapangan terbang Kuching. Ambil teksi..... nama pemandu teksi tu Mr. Sidhu John... bebangsa Dayak..bagus orangnya. Terus hantar kami ke hotel.. Holiday Inn.... nak check in terlalu awal.. so letak barang..dan Uncle Sidhu terus bawak kami ke SATOK..... jalan-jalan di Pasar Satok... mencari Ikan Terubuk..... aku beli untuk buah tangan keluarga.... kemudian mencari sedikit buah-buah dan makanan untuk makan di hotel nanti. Terus kami menuju ke Kompleks berdekatan... untuk makan tengahari dan menghabiskan masa di sana. Tepat jam 1.30 tengahari kami bertolak ke hotel dan terus check in.



Petang tu anak-anak menghabiskan masa di kolam renang. Jam 5.00 petang kami berjalan ke Water Front.... cuci mata dulu...... kemudian merentas Sungai Sarawak ke Barok Village.... untuk makan malam..dan berkenalan rapat dengan pemiliknya.. Encik Sofian... yang kedainya pernah masuk dalam rancangan 'Jalan-Jalan Cari Makan'.. Ramah dan baik orangnya.



Keesokkannya kami menghabiskan masa berjalan di deretan kedai Waterfont mencari apa-apa yang patut....... Jam 12.00 kami bersiap ke Hilton..untuk menghadiri kenduri kawin si Fara dan Fadhil..... Hampir jam 2.00 selesai acara.. kami balik ke Hotel... dan bersiap berjalan lagi ke Water front... apa lagi..shoping...ler......Angah tinggal untuk jaga adik2 yang tidur kepenatan. Along yang mengikut kami berdua.



Keesokkannya kami deal dengan Uncle Sidhu.... ke Semanggol.. tengul ORANG MONYET.... rezeki anak-anak dapat tenguk dari dekat.... kemudian ke Jong'S Crocodile.... tenguk buaya... dari telur hinggalah moyang buaya...... kemudian ke CAT MUSEUM..... terus ke SATOK.. makan tengahari di Dayang Corner..... makan tengahari di sana dan sempat kami membungkus MEE KOLOK dan LAKSA SARAWAK untuk makan di hotel....... tapi kami semua mengemari mee kolok.... sedap gilors........... Petang tu kami bertiga bersama Angah ke Water Front... Abang teringin sangat dengan Lampu ukiran dari Kalimantan tu... bila tanya yang kecil jer hampir RM240.. so kami terus menyemberang sungai berjumpa Encik Sofian sambil menapau makan malam. Dan Sofian berjanji untuk mengambil abang keesokkannya untuk sama-sama pi beli barang tersebut.




Keesokkannya Abang dijemput menaiki keretanya ke Water Front..... lampu yang paling besar..harganya RM320.... Si Sofian dapat tawar dengan harga RM 180..... alhamdulillah..rezeki kami.....Lebih kurang jam 11.30 abang balik bersama barang-barang yang dia impikan...... Kemudian kami berkemas untuk check out. Kami tinggalkan barang-barang di bilik simpanan dan terus mengambil teksi ke Satok...ke Restoran Dayang Corner untuk makan tengahari di sana. Aku sempat membungkus Mee Kolok untuk bagi mak rasa..... Dan kami menghabiskan masa di Kompleks yang berdekatan untuk ke sekian kalinya.. Jam 4.00 kami bertolak balik ke Hotel.. anak-anak sempat berendam di kolam untuk terakhir kalinya..... Jam 5.00 kami bertolak ke Airport.... bersama barang yang sarat marat.......




Di LCCT..Noni yang setia telah menunggu kami.... Alhamdulillah.... semua gembira...... dan terima kasih mak uda kerana banyak membantu kami sekeluarga........ Dan terima kasih Sofian..jasamu tetap kami kenang hingga akhir hayat..... Kami pasti akan ke sana lagi.... kerana ada misi yang belum selesai!!!!!!!!!!

Wednesday, July 25, 2007

BERJALAN KE SARAWAK

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....


20 Julai yang lalu.. kami sekeluarga ke Sarawak..... Abang belanja anak-anak sambil tu sebenarnya..kami menerima jemputan dari ofis aku ke majlis kahwin ...pasangan pengantin ni dua-dua staf tempat lama aku..... Dia buat kenduri di Hilton..kami tinggal di Holiday Inn.. so tak la jauh sangat....
Sakan sungguh kami berjalan..ke Jong Croccodile..tenguk buaya di ternak..... ke Orang Utan.... Muzium Kucing...... anak-anak semua gembira.... termasuk Abang... banyak lampu antik yang abang beli... memang minat dia..... Aku..ni masuk kali kedua ke sini......dulu tahun 2002..berkursus....d­uk di Harbor View...
Di sini kami sempat berkenalan dengan Abang Sofian..pemilik Barok Village..kedai makan di seberang Sungai Sarawak....Dia banyak tolong kami beli barang ..dapat harga tempatan yang jauh lari harganya...separuh harga kami dapat.... Janji Abang.. Nak datang lagi sebab ada banyak barang yang nak di beli lagi... Kalau macam tu kena kumpul duit satu guni ni kalau nak kemari...Insyallah!!­!!

Tuesday, July 3, 2007

TEAM BUILDING ITMA

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....







Hari ini kami bertolak ke Eco Resort... naik bas dari ITMA..... jam 3.00 petang.. Lebih kurang jam 5 petang kami sampai..... Sampai di sana kami terus diberi taklimat ringkas dan senarai bilik serta kumpulan.



Aku sebilik dengan Kak Nom, Amalina, Kak Ina dan .......... Malam tu kami di beri taklimat dan ceramah ringkas. Kami diminta memberi nama kumpulan dan dibekalkan dengan satu plastik berisi sekeping ubat nyamuk..... dan 1 benda yang kununnya dianggap sebagai 'ASET' pejabat yang diamanahkan untuk kita menjaganya dengan baik... Yang perlu dibawa ke sana kemari.....Benda yang kami dapat ialah TALI IKAT LEMBU SATU GULUNG..!! Dalam duk sibuk kumpulan kami membuat lakaran nama kumpulan dan sebagainya.... Ubat nyamuk yang kami longgok di belakang meja.. dicuri dek malaun sapa tah.... Alamatnya di akhir sesi kami kena denda dengan diberi ubat nyamuk lagi sebanyak 3 bungkus tambahan setiap orang.... Adus..... mati la.....


Keesokkan pagi..kena senam robik.. bersarapan..... kemudian.. naik jambatan gantung yang mengayatkan semua orang........ sayup jer..... tuhan saja yang tahu...... Kemudian naik flying fox..... best giler yang ni...... Seterusnya acara yang paling manarik sekali.... acara dalam air... setiap kumpulan diminta untuk membina rakit... Kami ada 4 kumpulan ..dan setiap kumpulan ada 8 orang ahli...... Jadi 2 kumpulan bertarung naik rakit seramai 4 orang setiap rakit pergi ke seberang hantar ASET tu.. dan berpatah balik...... Rakan yang 4 orang tadi... naik rakit tu dan ambil balik ASET yang kami tinggal tu...... Berlakulah insiden yang melucukan......ada rakit terbalik.. nak pecah...nak terburai.... Dayung dah ler satu jer.. yang lain guna tangan..guna kaki.... lawak sungguh....!!!!! Sebelah petang pulak acara... merentas halangan....... macam-macam halangan perlu ditempuh.....hinggalah merangkak kat air yang lecek busuk bawah kawat........nak muntah bau lumpur tu...!!!!


Malam tu pula acara... masuk hutang...... longgok satu tempat..diberi sebatang lilin....... dan dinyalakan setiap seorang..Setiap 5 minit dilepaskan setiap seorang untuk balik ke kem...Sampai disimpang mana-mana... kami di sergah..dan ditakutkan dek malaun dan hantu-hantu ITMA ni... kurang asam betul..!!!!!!! Seram sejuk jugaklah dibuatnya....


Keesokkannya... acara masuk hutan.... setiap kumpulan dilepaskan dengan satu senarai petunjuk.... untuk macari 'bekalan makanan'.... dan kena berjaga-jaga kerana kami akan diserang 2 x.... satu dengan bunkusan cencalok.. dan satu lagi dengan bungkusan budu........ Disinilah kerjasama diperlukan.... Dengan hutan yang mencabar.... naik turun... tinggi rendah...dengan tanah yang licin.. sebab subuh tu hujan..... dengan pacat....... Bagi mengelakkan pacat.. Aku sarung stokin bola abang hingga paras lutut!!!!!! Akhirnya selepas mengelak dari bom-bom bucuk tu... selamat jugak kami sampai...... Sampai di Kem.... aku check cepat-cepat kaki aku.. takut 'kawan' baik ikut sekali!!!!!!!... Ada jugak kengkawan yang bawak balik benda tu.. terjerit-jerit jugak lah!!!!!..... Selepas zohor kami bertolak balik.........ke Serdang......


Sebulanlah tak abih cerita ni...... bila tenguk gambar dan video rakaman setiap acara..... pecah peut gelak..satu bab ke satu bab... apapun happy ending........ STAF ITMA TEH BEST!!!!!!!!!!

Saturday, May 26, 2007

ENIVESERI

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Hari ini sibuk menolong mak memasak untuk kenduri kak minah.... Esok dia nak pi meminang untuk anak lelakinya.... hai tak lama lagi bermenantu ler kak minah dan bang rahim.....

Esok pulak... 27 Mei 2007 anniversary kami yang ke 13 tahun.... moga dipanjang kan jodoh dan dimurahkan rezeki serta bahagia bersama keluarga tercinta....
Dan hari ini juga adik sepupu aku...si rudy bernikah dengan orang Alor Star..... so 9 Jun nanti akan dilangsungkan di Banting.. Aku tak ada ... masih di Sabah... so Selamat Pengantin Baru ler TITIT ..!!

Thursday, May 24, 2007

SETTLE HAL RUMAH ABANG

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Hari ini aku cuti..bersama abang ke Maybank... untuk selesaikan baki pinjaman rumah melalui pengeluaran kwsp... so adalah untung sikit..sebab..rumah tu dalam proses jualan.. nanti adalah lebihan baki...dan bolehlah aku repair rumah baru lepas bayar hutang.....alhamdulillah.... seharian jugaklah.... mulanya tak boleh selesai sebab dokumen kurang lengkap... nasib baik aku merayu... sebab abang susah nak cuti.. so dapat jugaklah.. itupun puas ke cawangan sana sini dapatkan dokumen yang asal.. Nasib baik naik motor.. kalau naik kereta..tentu tak siap.... Dan selepas selesai.. kami ke Pantai Dalam untuk ke rumah mak mertua tanya samada mak sanggup tak menjaga anak-anak sepanjang aku ke Sabah nanti.... Selepas berhenti makan tengahari... kami ke sana.. alhamdulillah... mak sanggup.. lagipun budak cuti sekolah.. risau jugak aku..aku Kalau tak ada orang tua di rumah untuk melihat anak-anakku yang tengah nakal tu.. mak aku pulak bukannya tak sanggup... takut si kecil tu tak mau ke rumah mak kalau adik beradik lain ada dirumah..... takut bergaduh sesama sendiri..lebih baik ajak mak mertua ku ke rumah ku untuk selesaikan masalah tu.... So selesai 2 masalah serentak.... syukur.....

Wednesday, May 23, 2007

KURSUS KE SABAH LAGI

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....


Hari ini...pagi lagi aku telah dapat berita yang paling gumbira..... Aku akan ke SABAH lagi.... berkursus... Citernya gini... Dalam duk sibuk pindah pejabat baru... aku dapat tawaran kursus... permohonan aku semasa di Ig lagi.... so aku dengan perasaan tidak ada keyakinan langsung..tunjukkan pada BOS di pejabat baru..untuk kelulusan.. tak sangka...LULUS!!!!!!!!.. Alhamdulillah.... Aku ke sana pada 6 - 10 Jun 2007..... Bolehlah aku memborong ikan keropok minat abang...... kraftangan..kristal... keronsang.... dan memacam lagi..... Bila lagi nak ke sana...

Kata kakak2 kat sini...aku ni beruntung kerana senang betul dapat kelulusan dari BOS.. sedangkan aku baru 2 minggu menjadi staf ITMA...... Mereka kat sini dah bagai nak rak minta tak pernah lulus....sampai ada yang kecik ati..... Entahlah... Aku pun tak kenal rapat lagi dengan bos ni...bercakap pun jarang-jarang...menegur aku pun baru sekali dua..... his...heran jugak aku bagaimana boleh terlulus pulak...... mungkin rezeki aku..... berbaik dengan orang.... ni la yang Allah bagi.... syukur.... merasa lagi aku berjalan ke sana..mungkin kali ni saja... Nak pergi dengan duit sendiri belum tentu l;agi!!!!!!!!!!!

Tuesday, May 22, 2007

DURIAN RUNTUH

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Gaji pokok semasa asas kenaikan: KSN

Oleh Wan Hazmir Bakar

PUTRAJAYA: Kenaikan gaji kakitangan awam yang diumumkan kelmarin, dikira berdasarkan gaji pokok semasa mengikut gred masing-masing, bukannya berdasarkan gaji pokok permulaan, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.Beliau memberi contoh, kakitangan dalam Kumpulan Sokongan II yang menikmati gaji pokok semasa RM1,000 sebulan, akan menerima RM1,350 berdasarkan kenaikan gaji 35 peratus bagi kumpulan itu.
Mohd Sidek memberi penjelasan itu bagi mengulas kekeliruan sesetengah kakitangan awam berhubung formula pengiraan gaji baru itu, sama ada berdasarkan gaji pokok permulaan atau semasa.Pada sidang akhbar di sini, semalam, Mohd Sidek juga menjelaskan 557,033 pesara kerajaan termasuk anggota polis dan tentera akan menikmati kenaikan pencen pada kadar sama dengan kenaikan gaji kakitangan yang sedang berkhidmat.Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengumumkan kenaikan gaji kakitangan awam antara 7.5 peratus hingga 35 peratus, manakala Bantuan Sara Hidup atau Cola dinaikkan 100 peratus, berkuat kuasa 1 Julai ini.
Anggota polis dan tentera pula mendapat tambahan 20 peratus lagi daripada peratusan kenaikan gaji yang diumumkan itu, menjadikan peningkatan antara sembilan hingga 42 peratus. Kenaikan itu turut membabitkan pencen pesara kerajaan, tetapi peratusannya tidak diumumkan.Mohd Sidek berkata, pesara awam juga akan menerima kenaikan antara 7.5 peratus hingga 35 peratus, manakala pesara polis dan tentera antara sembilan hingga 42 peratus. Katanya, Akta Penyelarasan Pencen 1980 menetapkan pencen diselaraskan setiap kali gaji kakitangan awam disemak dan pengiraan kenaikan itu juga berdasarkan pencen semasa. Kenaikan gaji itu juga membabitkan kakitangan peringkat negeri dan kerajaan tempatan. "Apabila pekeliling mengenainya dikeluarkan, kerajaan negeri juga akan mengguna pakai," katanya.
Bagaimanapun, apabila ditanya apakah ada kenaikan gaji bagi menteri dan timbalan menteri, Mohd Sidek berkata kenaikan gaji yang diumumkan Perdana Menteri kelmarin hanya membabitkan pegawai dan kakitangan kerajaan.Pada sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam itu, beliau berkata, kenaikan gaji itu sewajarnya menjadi motivasi tambahan untuk kakitangan awam berusaha lebih gigih.“Kenaikan gaji yang diberikan itu besar dan kakitangan awam seharusnya bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan. Perasaan terima kasih ini perlu diterjemahkan mereka dengan meningkatkan produktiviti dan kualiti bekerja untuk memperbaiki lagi sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan,” katanya.
Ditanya apakah dengan kenaikan gaji itu kakitangan awam wajar berhenti melakukan kerja sambilan, Mohd Sidek berkata: "Itu adalah janji Cuepacs. Presidennya, Omar Osman sudah menyatakannya dan semalam beliau mengulanginya. Saya kira sekarang ini beliau kena memberitahu semua kakitangan supaya bekerja lebih keras.”Beliau berkata, rakyat sebagai pelanggan berhak menuntut perkhidmatan awam yang baik dan boleh mengemukakan aduan terus kepadanya menerusi emel di alamat sidek@pmo.gov.my.
Alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah..... rezeki anak-anak... lepas lah... duit tol dan minyak untuk rumah baru nanti............

Saturday, May 12, 2007

HARI IBU


















Hari ini Sabtu 12 Mei 2007..hari jadi Abang ADIB... moga panjang umur dan dimurahkan rezeki anak ibu yang sorang ni... pandai belajar dan menjadi manusia yang berjaya dan anak yang soleh.......ari tu Ayah dah beli dua buah basikal..... satu untuk Abang dan satu untuk Adik... Si Adiklah beruntung..sebab dapat hadiah segera..harijadi lambat lagi...bulan depan.. tapi kalau beli satu mesti berebut.. so terpaksa ler beli dua sekali gus........


Ini basikal adik... ada tambahan roda spare... sebab adik tak pandai balance lagi.....







Lebih kurang jam 11.00 Arip anak kak Liliy (kakak abang) amik aku... untuk ke rumahnya..sebab kak liliy buat kenduri untuk si Fadhil... dapat sambung belajar ke Jepun... 5 tahun..tapi kena duk di UTM kat Jalan Semarak 2 tahun...baru ke sana..atas tajaan JPA... syukur alhamdulillah.... Dia dapat 10 A1..... Moga ada anak-anakku yang mengikut jejak langkah abang sepupunya ini..... Tengahari menjamu kengkawan si Fadhil..Nasi Ayam..... Malam pula doa selamat..... ramai jugak jemputan.....


So ... kesempatan berkumpul di rumah mak sedara sebelah ayah..... Ayah belikan sebijik kek buat Abang dan dikongsi bersama Neneknya..sempena HARI IBU.......BERKONGSI juga bersama ibu-ibu yang tercinta.... ibu yatie..ibu lily..ibu tuah..ibu yanie...dan ibu zura..he..he....... Selamat hari ibu semua...... moga gembira selalu menjadi ibu kepada anak-anak kita....


BUAT MAK YANG PALING AKU SAYANG DALAM DUNIA INI.... TIADA KATA INDAH YANG DAPAT AKU UCAPKAN..... HANYA SATU......"KITA SAYANG....................................................................GGGGGGGG KAT MAK DUNIA DAN AKHIRAT...!!!!!!!

Lepas Maghrib Abang pun sampai bersama Along.... (Along ikut Ayah sebab dia ada kelas tuisyen)....Lebih kurang jam 12.00 malam..setelah selesai mengemas lebih kurang.... kami bertolak balik...... dngan badan yang letih sungguh dan dengan kepalaku yang sakit sangat..agaknya aku makan pulut kuning kut........Sampai rumah..kemas lebih kurang terus..bummmm.......esok kena bangun awal sebab nak tolong mak masak daging kambing qiqah.... cucu kawan abah kat masjid upm ngan ada order nasi bungkus untuk kekanak tadika yang bersukan ....... aduh..letihnya.... apa nak buat.......

Tuesday, May 8, 2007

BERPINDAH LAGI


Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....



Ini meja kerja aku... dari pintu masuk... no 3 ..belakang sekali.... syok duk belakang ni..kita tau orang depan kita buat apa..kalau nak jadi bizibodi ler.... Aku?.... takat ni tak ada masa senggang lagi..... tengah banyak belajar....supaya cepat pandai dan naik pangkat lagi..he..he..he...




Tepi tingkap ada cermin.... boleh juga aku berkebun.... masa amik gambar ni..waktu baru 9.00 pagi...... hari ni sepanjang hari hujan... cuaca pun gelap ajer...



Hari ini JUMAAT 4 Mei 2007.... aku berpindah ke ITMA secara rasminya........ alhamdulillah aku rasa... hati ini cukup sejuk dan gembira.... walaupun aku terpaksa buat kerja-kerja kewangan..kerja yang tak pernah aku buat sepanjang perkhidmatan 17 tahun di sini... dan ini merupakan tempat bertugas aku yang ke lima.. sebelum ni staf kontrak di Pejabat Ladang.... kini TPU...selama 2 tahun.. kemudian dapat tetap di Matrikulasi sebagai typist.. selama 8 tahun... dan Matrikulasi diambilalih kerajaan..dan ditutup..so berpindah ke IBS..duk sana selama 3 tahun...naik jawatan kerani..terus ke IG..4 tahun..dan kini di sini pula.....


Ini hasil kerja yang ditinggalkan dek Wan Juki....yang sebelum ni tidak berfail... dan aku telah masukkan dalam fail ..kerja-kerja nya dari tahun 2003 lagi... dah 20 buah fail..masih tak cukup2 jugak!!!!!!... Sebelum ni dia longgok bawak meja.... dalam seminggu dua ni..mungkin tempat aku clear kut.... Aku sumbat dalam kotak dulu..supaya tak nampak semak!!!!

Baru 2 minggu di sini aku dah rasa keserasiannya.... dan aku dah mula paham dengan kerja-kerja kewangan ni..bukanlah susah sangat..janji kalau kita beri tumpuan dan tidak suka menangguhkan kerja pasti akan memudahkan semua urusan. Alhamdulillah setakat ni kerja-kerja aku 'o.k' saja oleh pihak Zon... syukran22222.... Thanks a lot buat CIK SAL yang banyak memberi tunjuk ajar buat aku yang buta kewangan ini........... Hati yang luka ini telah mula terubat............

Thanks Sal.... akak doakan moga Sal cepat dapat jodoh dengan orang yang baik2.... hanyal ALLAH saja yang dapat membalas segala budi baik Sal pada akak...... Kau tetap dihati.....

Aku berharap akan dapat kerjasama yang baik dari kawan-kawan di sini...dan alhamdulillah.... aku bukanlah orang senior..ramai lagi yang lebih senior di sini.. so senang banget ler......Susahlah bekerja dengan bebudak hingusan ni..banyak songeh dan suka cara hal orang..tak macet!!!!!




















So..kita tenguk ler..cam maner....nak puji lelebih kang..ader yang jeles lak....