DIDEKITE

AKU seorang insan.. seperti juga orang lain yang ingin menjadi seperti pepatah orang tua-tua dahulu kala.."Kalau tidak boleh menjadi garam yang memasinkan ikan..... JANGAN pula menjadi lalat yang membusukkan ikan.."



Search This Blog

Sunday, October 28, 2007

DUGAAN BESAR BUAT ANGKASAWAN NEGARA

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

‘Kematian adik dugaan Tuhan’

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
Sheikh Muszaphar membacakan doa di pusara adiknya, Sheikh Mustafa Al Masrie di Makam Haji Said, Seremban, Negeri Sembilan. – Gambar Halim Khalid dan Abd. Razak Aid.
SEREMBAN 28 Okt. – Walaupun terkilan kerana tidak sempat menghadiri pengkebumian adiknya, angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha berharap beliau tabah dan kembali bersemangat untuk menjadi sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia yang meminati bidang angkasa lepas.
Sheikh Muszaphar menyifatkan apa yang berlaku sebagai satu dugaan Allah dan sedar beliau perlu tabah untuk menghadapinya.
“Saya berasa sedih atas apa yang telah berlaku tapi saya yakin ini adalah dugaan Allah, saya harus berasa tabah dan memberi kekuatan kepada keluarga saya lebih-lebih lagi ibu saya.
“Saya berharap semoga saya kuat kembali untuk memberi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia sebagai seorang angkasawan,” katanya.
Komen ringkas itu diberikan angkasawan pertama negara kepada pemberita selepas meluangkan masa kira-kira 15 minit di pusara adiknya, Sheikh Mustafa Shukor Al-Masrie, 32, di Tanah Perkuburan Islam Makam Haji Said, di sini hari ini.
Sheikh Mustafa meninggal dunia pada pukul 6 petang semalam di unit rawatan rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) apabila jatuh pengsan kerana terlanggar tiang dan terhantuk pasu bunga sewaktu memasuki sebuah restoran di Jalan Klang Lama, Ahad lalu.
Allahyarham dikebumikan pukul 2.20 petang ini tanpa kehadiran Sheikh Muszaphar yang pulang dari Moscow, Russia tetapi terkandas di Bangkok apabila jadual penerbangannya ditunda tiga jam.
Bergegas
Sheikh Muszaphar yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 5.10 petang ini bergegas ke Seremban bagi menemui ayahnya, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor dan ahli keluarga terdekat yang menunggu di Masjid Negeri.
Sejurus tiba di pekarangan Masjid Negeri pada pukul 6.28 petang, Sheikh Muszaphar yang berpakaian serba hitam terus bertanyakan mengenai arwah adiknya dan memeluk ayahnya dan bersalaman dengan ahli keluarga terdekat.
Suasana sedih menyelubungi tanah perkuburan apabila Sheikh Muszaphar memeluk erat sambil mententeramkan ibunya Datin Zuraidah Sheikh Ahmad yang menunggu kehadiran beliau di sisi pusara Sheikh Mustafa.
Sementara itu, ketika ditemui di KLIA Sheikh Muszaphar berkata:”Perasaan saya memang begitu sedih, tetapi saya tahu ini adalah ujian daripada Allah dan saya terima.
‘‘Setiap manusia datang daripada Allah dan kembali kepada Allah dan saya kena tabah.’’
Katanya, beliau yang mengakui ‘terasa kosong’ pada saat ini akan menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam bagi mendoakan kesejahteraan Allahyarham.
Sheikh Muszaphar pulang dari Moscow lebih awal daripada yang dijadualkan bagi menghadiri pengebumian Ajil yang meninggal dunia petang semalam, setelah koma hampir seminggu, setelah terlanggar tiang di sebuah restoran di Jalan Klang Lama di ibu negara.
Ketibaannya di KLIA disambut kira-kira 200 orang termasuk ahli Putera UMNO dan penuntut serta kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang turut membawa sepanduk.

PERGINYA ADIK ANGKASAWAN

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Sheikh Muszaphar tak berkesempatan lihat jenazah adik

SEREMBAN 28 Okt. - Angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha tidak dapat melihat untuk kali terakhir wajah adiknya yang meninggal dunia semalam berikutan beliau terlepas penerbangan dari Bangkok ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).
Beliau yang terlepas penerbangan syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH705 dari Bangkok, Thailand pada pukul 11.08 pagi (12.08 tengah hari waktu Malaysia) terpaksa menaiki penerbangan berikutnya.
Adiknya, Sheikh Mustapha Al Masrie selamat dikebumikan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said di sini, pada kira-kira pukul 2.30 petang tadi selepas hujan renyai-renyai tanpa berpeluang menunggu kepulangan abangnya, yang dijangka tiba di KLIA pada pukul 6 petang.
Bapa kepada angkasawan negara, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor berkata, anaknya itu menaiki pesawat dari Rusia ke Bangkok, tetapi di Bangkok, Dr Sheikh Muszaphar mengalami masalah penerbangan dan beliau terus menghubungi Dr Sheikh Muszaphar.
“Dr Sheikh telah memberi lampu hijau supaya urusan pengkebumian diteruskan tanpa beliau.
“Ini memandangkan jenazah terpaksa menunggu selama lebih dari tiga jam dari jadual sepatutnya iaitu selepas solat Zuhur untuk menunggu abangnya pulang,” katanya kepada pemberita selepas urusan pengkebumian anaknya hari ini.
Jenazah Sheikh Mustapha Al Masrie tiba di perkarangan Masjid Negeri pada pukul 12.55 dari rumah keluarganya di Petaling Jaya.
Kira-kira 100 orang termasuk anggota keluarga dan rakan menghadiri pengkebumian Sheikh Mustapha di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said yang terletak kira-kira 1 kilometer dari Masjid Negeri.
Tanah Perkuburan Tuan Haji Said dipilih memandangkan di situ secara tradisi telah menjadi tempat bersemadinya anggota keluarga Allahyarham sejak dari datuknya lagi iaitu Sheikh Ahmad.
Sheikh Ahmad sendiri merupakan seorang tokoh yang pernah berjasa kepada kerabat Diraja Negeri Sembilan sehinggakan sebatang jalan raya di bandar Seremban berhampiran bangunan UMNO dinamakan sempena namanya.
Sementara itu, isteri Allahyarham, Hayati Redha, 29 tahun memberitahu pemberita bahawa beliau bertemu suaminya pada 2002 di sebuah restoran dengan bertukar senyuman sebelum berkawan selama setahun.
“Pada 2003 kami berkahwin dan dikurniakan dua orang anak... saya berasa amat terkejut dengan kematian suami tambahan pula anak sulung iaitu Aiman amat rapat dengan abahnya.
“Aiman kerap kali bertanya selepas suami koma, di mana abah, di mana abah malah masih lagi bertanya tentang suami selepas beliau meninggal dunia,” katanya.
Beliau memberitahu suaminya seorang yang amat gemar membaca dan amat mengkagumi Dr Sheikh Muszaphar sejak dari dahulu lagi dan ditambah pula dengan kejayaan beliau menjadi angkasawan.
“Di sebalik kegembiraan beliau apabila abang menjadi angkasawan, suami sebenar tidak mahu abangnya pergi ke angkasa lepas. Beliau seolah-olah tahu mereka berdua tidak akan dapat berjumpa lagi,” katanya.
Hayati yang bertugas sebagai Eksekutif Akaun memberitahu, suaminya seorang yang cukup gemar membaca dan banyak mengajar beliau.
Sejak bermulanya program angkasawan Malaysia dan abangnya menawarkan diri, suaminya gemar bercerita mengenai angkasa lepas.
Beliau yang cuba menahan sebak memberitahu, jika suaminya masih hidup, mereka suami isteri merancang untuk mendengar cerita pengalaman Dr Sheikh Muszaphar di angkasa lepas.
Allahyarham meninggalkan dua orang anak iaitu Sheikh Aiman Shukor, tiga tahun dan Siti Balkish Shukor, setahun.
Sheikh Mustapha Al Masrie, 32 seorang jurutera awam meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas koma selama seminggu akibat kecederaan di kepala kerana terhantuk pada tiang di sebuah restoran di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada Ahad lepas.
- Bernama

Monday, October 22, 2007

ANGKASAWAN KITA TELAH SELAMAT KEMBALI KE BUMI

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

‘Syukur Sheikh Muszaphar selamat’
Daripada: METRA SYAHRIL MOHAMED

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendengar pengalaman angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor selepas mendarat di Kazakhstan, kelmarin. Turut hadir ialah bapa Sheikh Muszaphar, Datuk Mustapha Shukor (kiri).

MOSCOW 22 Okt. – Kapsul Soyuz TMA-10 yang membawa angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor pulang ke Bumi petang semalam, mengalami sedikit gangguan teknikal yang menyebabkannya tersasar jauh ketika mendarat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun tersasar dan mengalami tekanan yang cukup berat, beliau bersyukur Sheikh Muszaphar dapat kembali dengan selamat.

“Saya difahamkan pendaratan kapsul Soyuz itu tersasar jauh sehingga 600 kilometer berbanding yang ditetapkan sebelum ini. Namun, apa yang penting adalah, beliau berada dalam keadaan selamat,” katanya pada sidang akhbar selepas menyambut kepulangan Sheikh Muszaphar di Lapangan Terbang Chakalovsky, dekat sini, malam tadi.

Sheikh Muszaphar selamat mendarat di Bumi pada pukul 2.37 petang semalam waktu tempatan (6.37 petang waktu Malaysia) selepas melalui perjalanan selama tiga jam 23 minit.
Selain beliau, turut berada dalam kapsul Soyuz TMA-10 adalah dua angkasawan Rusia iaitu Fyodor Yurchikhin dan Oleg Kotov.

Ketiga-tiga angkasawan itu kemudiannya diterbangkan ke Moscow dan tiba di sini pada pukul 10.36 malam waktu tempatan (2.36 pagi waktu Malaysia). Mereka seterusnya dibawa ke Pusat Latihan Kosmonaut Gagarin (GCTC) dan sebaik tiba pada pukul 11.15 malam (3.15 pagi waktu Malaysia) dan disambut dengan kumpulan pancaragam.Sheikh Muszaphar, Yurchikhin dan Kotov kemudiannya dibawa ke dalam GCTC untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dikuarantin. Najib berkata, beliau sendiri telah dapat berjumpa dengan Sheikh Muszaphar dan angkasawan itu memberitahu bahawa kesihatannya adalah baik.
Sheikh Muszaphar, jelasnya, turut menceritakan segala pengalamannya sepanjang berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selama 10 hari itu.

“Ketika perjalanan pulang, kapsul Soyuz itu mengalami sedikit gangguan sehingga menyebabkan beliau menghadapi tekanan, namun Sheikh Muszaphar membuktikan bahawa dirinya cukup cekal.

“Ini membuktikan bahawa beliau sudah membuat persediaan secukupnya dan sememangnya Sheikh Muszaphar seorang yang benar-benar layak untuk bergelar angkasawan,” katanya. Ujar Najib, proses kuarantin terhadap Sheikh Muszaphar berkemungkinan akan berlanjutan sehingga sembilan hari dan selepas itu, wira negara itu akan terus dibawa pulang ke tanah air.
Ditanya mengenai misi seterusnya sama ada Mejar Dr. Faiz Khaleed akan dihantar untuk menyertai misi ke angkasa, beliau berkata:

“Itu tunggu dahulu. Nantilah kita tengok (lihat bagaimana).”

Tuesday, October 16, 2007

JOE LABU VS MENCARI CINTA

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....



BERITA: Faizal@Joe Labi PASSED AWAY kembali ke Rahmatullah
Pada 15 Okt 2007 4.00 pm... Joe Labu meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya (Road Accident).Joe Labi cukup istimewa dan terkenal sebagai seorang yang tenang, peramah dan amat merendah diri. Di dalam kalbunya tidak ada sifat iri hati, angkuh mahupun takbur. Dia mempunyai jiwa yang suka membantu dan sentiasa cuba untuk menceriakan suasana dengan komen2 nya yang melucukan.Dia juga mempunyai azam untuk sentiasa memperbaiki dirinya dan tidak takut dengan kegagalan walaupun jika menghadapi jalan buntu.Rasanya banyak perkara yang ingin dicapai Joe yang tidak kesampaian.It is my sincere belief that Joe is now in the good company of The Prophet, and those who are righteous and humble!May Allah through His Endless Mercy Oceans and Infinite Glory bless Joe Labi's soul and grant him all his wishes. For truly whatever is with Allah is in reality the only thing that matters!May Allah bless all those who remember Joe in their prayers, and forgive me for all my faults.My sincere condolence to Joe's family and friends...
We are all lucky to have crossed path with Joe.Be patient in this moment of sadness and rest assurred that there is great wisdom in all of God's plan and decree..though we may not see it now.For truly Allah is the best of planner!From Him we all came...and to Him we shall all return...Al Fatiha for JoeWassalam.
Azran AhmadProducer MCMon Oct 15 01:25pm PDT
* Maga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh arwah.. alfatihah.... teringat aku akan arwah2 keluarga yang telah pergi meninggal kami..........

ABAH BALIK

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Hari ini 16 Oktober Abah selamat sampai.. Abang dan Jefri serta emak, Coki dan Tongkol pi ambil.... Alhamdulillah.. sihat nampaknya.... Dia belikan Abang batu cincin seperti yang abang hendak.... Jubah untuk cucu2 lelakinya..... Betapa gembiranya kami semua kerana melihat dia kembali ke tanah air.... Dan emak lebih2 gembia lagi.... Macam2 yang mak masak untuk Abah... dan macam2 yang Abah nak makan......

Monday, October 15, 2007

ABAH OH ABAH 4

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Hari ini entah ke barapa kalinya ABAH call lagi...... dia beraya sehari lebih awal dari kita di Malaysia.....Katanya dah boring sangat dah..ibadah dah abis... kengkawan ramai dah balik.... tinggal dia beberapa kerat group yang terakhir.......
Rindunya dah sarat..... rindu kami di sini lagi sarat.......... Katanya..suruh masak nasi minyak dan gulai kambing masa dia balik nanti........ Insyaallah kami kan nanti kepulangan abah dengan penuh pengharapan dan kerinduan......... Moga ABAH selamat sampai ke bumi Malaysia

Sunday, October 14, 2007

RAYA OH RAYA

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Hari ini hari raya....... 13 Oktober 2007... bersamaan dengan hari Sabtu.... Semalam Abang membawa kami semua ke kubur arwah bapanya di Pantai Dalam..... Kesempatan yang ada aku membawa 6 ekor ayam dan 3 kg daging untuk mak mertua ku..... Cadang hati... singgah di flet bawah saja.... hulur saja di pintu lift......Ada cerita kenapa aku tak naik ke rumah....

Ibu mertuaku duduk dengan adik bongsu abang yang baru kahwin beranak satu...... Suami isteri tak bekerja..lulusan UPM.... Akibat teguran abang kepada adik perempuannya ini kepada dua orang kakak kembarnya... yang bermulut LEWER..kata orang jawa..... Si kakak kembar ini telah mengadu dengan si bongsu...Akibatnya...si adik tak mahu mengaku suamiku abangnya... mengharamkan abang pijak ke rumah sewanya yang di diami oleh ibu mertuaku..... Mana suamiku tak marah..... Sekadar berniaga revelll....yang tak tentu pelanggannya... si suami meniaga cd cetak rompak.....Dan mak mertua ada pencen RM500.... + sewa rumah RM350...... tapi tak ada simpanan.... entah ke mana duit tu.....pikir-pikirkan lah.....
Kebetulan tahun ni dia beraya di Perak.... rumah tu adik beradik lain berkumpul...... mak mertua langsung tak lawa... tak berani...dan kamipun faham...... Kakak sulungnya yang duk di Kuantan dan 3 tahun tak balik..tahun ni balik pulak....... Bila beraya di Banting... kami ambil mak mertua di PD.... dan bawa ke Banting... berkumpul di rumah mak saudara yang rapat...... Aku buat sombong aje dengan beruk lewer dua ekoq tu..... Kali ni aku ajar cukup2..... Sebelum ni dah banyak tahun aku mengalah dengan dua ekor beruk tua ni..... Tahun ni..aku pulak nak berkurang ajar...... Puas hati aku....... Petang tu kami pulang dengan mak mertua balik ikut beruk Kuantan.....Dia yang nak....Tak aku lawa mereka semua ke rumah... Kalau tak setiap tahun rumah aku jadi port terakhir....dan kenyang melantak kat rumah..dah ku jamu dengan segala yang ada..memasing berambus balik dengan kenyang dan senang hati..... Tapi tahun ni dan sampai tahun2 selepasnya... hingga hati aku yang sakit ni kembali normal (entah bila!!!!!)... aku bo layan....!
Orang kata...hari raya hari bermaafan...... Aku dah puas bermaafan... tapi lepas tu beruq tu buat hal balik...tahun kemudian mintak maaf lagi...hinggalah seterusnya.... Tapi kali ni hati aku dah keras jitu..... Sorryyyyyyy la..... Panjang nak cerita..perbuatan mereka setiap tahun pada kami.... hasad dengki...semua cukup... Hanya ALLAH saja yang maha mengetahui...
Beraya bersama mak..tanpa ABAH di sisi..saat menyedihkan bagi kami semua...... Syauqi balik...memeriahkan raya walaupun along dan keluarga tiada...... Kami semua tak ke mana... tunggu dengan setia ABAH balik.....

Wednesday, October 10, 2007

ANGKASAWAN PERTAMA

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Malaysia catat sejarah, angkasawan pertama negara berlepas

BAIKONUR (Kazakhstan) 10 Okt. - Malaysia membuka satu episod baru dalam lipatan sejarah negara apabila angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menggunakan roket Soyuz TMA-11 buatan Rusia dari tapak pelancaran Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan tepat pukul 7.21 malam ini (9.21 malam waktu Malaysia).
Kejayaan menghantar angkasawan negara itu menandakan satu lagi pencapaian di peringkat dunia yang mampu diraih oleh rakyat negara ini, selaras dengan usia kemerdekaan negara ke-50 bebas dari penjajahan, pada 31 Ogos lepas.
Selain Dr Sheikh Muszaphar Shukor, misi pesawat angkasa lepas seberat 7,170kg itu disertai Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan, Yuri Malenchenko dari Rusia.
Bukan itu sahaja, Dr Sheikh Muszaphar Shukor juga mencatat sejarah sebagai angkawasan pertama Islam yang bakal menyambut Aidilfitri di angkasa lepas, yang berada pada kedudukan 333km dari muka bumi dengan jangkaan tiba ke ISS selama dua hari.
Beliau berlepas di saat umat Islam berpuasa pada 28 Ramadan.
Di Malaysia, berjuta-juta rakyat menonton pelepasan itu yang disiarkan secara langsung melalui media elektronik khususnya televisyen, di RTM1, TV3 dan Astro 588, dan beberapa skrin yang ditempatkan di lokasi strategik di ibu negara bagi menyaksikan detik-detik kegemilangan itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyaksikan sendiri kejayaan yang dicapai oleh anak muda dari Seremban itu dalam satu majlis khas di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bersama-sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Kong Cho Ha; dan 280 pelajar sekolah.
Sebelum itu, majlis berbuka puasa dan solat tarawih diadakan di situ.
Ketiga-tiga angkasawan itu akan berada di ISS selama 10 hari dengan Dr Sheikh Muszaphar Shukor mengadakan tiga uji kaji membabitkan tiga komponen penting iaitu sel di angkasa, mikrob di angkasa serta pengkristalan protein sebelum pulang ke bumi pada 21 Okt ini.
Yang berada di sini untuk menyaksikan pelepasan angkasawan negara itu ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Jamaludin Jarjis dan kedua-dua ibu bapa Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor dan Datin Zuraida Sheikh Ahmad.
Program angkawasan negara bermula pada 2003 apabila Rusia bersetuju menghantar seorang rakyat Malaysia ke ISS sebagai sebahagian daripada perjanjian pembelian 18 jet pejuang Sukhoi 30-MKM bernilai RM3.42 bilion buatan Russia oleh Malaysia pada 5 Ogos 2003.
Dr Sheikh Muszaphar Shukor dipilih untuk misi ini, namun begitu Agensi Angkasa Persekutuan Rusia (Roskosmos) juga mengiktiraf seorang lagi angkasawan negara, Kapten Dr Faiz Khaleed yang menjadi angkasawan sokongan bagi misi ini.
Roskosmos juga bersetuju semalam bahawa Dr Faiz dihantar menyertai misi angkasa bagi sesi 2008/2009 dan dibenarkan terus menjalani latihan di Pusat Latihan Angkawasan Yuri Gagarin, Star City, Russia.
Pada 13 Oktober 2003, kerajaan secara rasminya membuka peluang kepada rakyat Malaysia menjadi calon angkasawan yang pertama dengan sebanyak 11,267 orang memohon.
Selepas menjalani pelbagai ujian, Dr Faiz dan Dr Sheikh Muszaphar Shukor menjalani latihan di Pusat Latihan Angkasawan Yuri Gagarin sejak September tahun lepas.
Penerokaan manusia ke angkasa lepas bermula pada April 1961 apabila angkawasan pertama Yuri Gagarin dari Rusia membuat pusingan bersejarah mengelilingi bumi dengan masa 108 minit, menggunakan kapal angkasa Vostok 1 seberat lima tan. - Bernama

PENGORBANAN BESAR

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Organ anak saya tidak sia-sia – Yusoff

MOHD. Tajol Rosli Ghazali menyampaikan sumbangan kepada Yusoff Hassan sambil diperhatikan isterinya, Sapiah Hamzah keluarga remaja Melayu yang menderma jantung untuk Tee Hui Yee di Hotel Legend, Kuala Lumpur, semalam. – Gambar ROY AZIS ABD. AZIZ.

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Keluarga penderma jantung pertama kepada Tee Hui Yee yakin pengorbanan anaknya, Allahyarham Nur Mohammad Sahiduzzaman Yusoff, 15, tidak sia-sia walaupun organ berkenaan tidak sesuai untuk gadis tersebut.
Bapa Allahyarham, Yusoff Hassan berkata, ini kerana tiga lagi organ anaknya iaitu paru-paru, hati dan buah pinggang berjaya dipindahkan kepada pesakit yang memerlukan dan serasi dengan tubuh pesakit itu.
‘‘Saya reda walaupun jantung anak saya yang didermakan kepada Tee Hui Yee tidak sesuai dengannya.
‘‘Apalah daya saya untuk menolak perkara itu daripada berlaku. Saya cuma mahu membantu gadis itu selepas dimaklumkan oleh seorang doktor di Ipoh bahawa anak saya sudah tidak ada harapan untuk hidup lagi.
‘‘Sesungguhnya saya ikhlas dan tanpa mengambil masa yang lama, saya dan isteri terus bersetuju untuk mendermakan organ tersebut,’’ katanya ketika ditemui di Hotel Legend di sini hari ini.
Sebelum itu, beliau dan isteri, Sapiah Hamzah, menerima sumbangan sebanyak RM10,000 sebagai tanda penghargaan daripada Barisan Nasional (BN) Negeri Perak yang disampaikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali.

Yusoff berkata, keputusan untuk mendermakan organ anaknya itu merupakan satu tanggungjawab untuk membantu mereka yang memerlukan dan merupakan satu inisiatif untuk mendorong orang lain mendermakan organ.
Beliau berharap organ-organ lain anaknya yang turut didermakan dapat memberi manfaat kepada penerimanya.

Mengulas mengenai anaknya, Yusoff berkata, Nur Mohamad yang mempunyai tujuh orang adik-beradik berumur antara enam hingga 19 tahun merupakan seorang hafiz al-Quran. Tambahnya, anaknya itu juga telah menghafal lebih 18 juzuk al-Quran selain menjadi imam bagi solat tarawih di Masjid Sungai Tiram, Batu 10 Lekir, Sitiawan di Perak.

Monday, October 8, 2007

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Rentung tepi katil
Oleh Wan Noriza Meor Idriswannoriza@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: “Sarimah...” hanya itu yang mampu diberitahu seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan lima tahun, dipercayai abang kepada kanak-kanak perempuan berusia l8 bulan yang rentung dalam kebakaran rumah mereka, semalam. Ketika kebakaran di tingkat dua rumah kedai di Jalan Gadek, Off Jalan San Peng, di sini, tengah hari semalam, mereka tiga beradik termasuk seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, ditinggalkan dalam rumah itu yang berkunci. Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun itu hanya mampu menyebut nama adik perempuannya, Mas Sarimah Zulkifli, yang ditemui rentung di tepi katil dalam keadaan tertiarap sambil kedua-dua tangannya menutup muka yang hancur, manakala tangan serta kakinya melecur teruk.Difahamkan, dua kanak-kanak lelaki terbabit ditemui dalam keadaan trauma selepas tragedi yang meragut nyawa adik perempuan mereka.
Ketika kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, ibu mereka tiada di rumah dipercayai keluar bekerja manakala tiga anaknya ditinggal di bilik utama kediaman itu dalam keadaan jeriji pintu depan berkunci.

Tindakan `mengurung’ tiga kanak-kanak terbabit mengundang padah apabila api menjilat rumah itu, dipercayai bermula dari bilik utama tempat tiga beradik itu ditinggalkan.Difahamkan, ibu mangsa yang juga ibu tunggal bersama tiga anaknya itu menyewa bilik tidur utama rumah berkenaan yang hanya dilengkapi satu katil sejak beberapa bulan lalu.Jiran yang menyedari kebakaran itu dikatakan cuba menyelamatkan tiga beradik itu tetapi gagal membuka pintu jeriji yang berkunci.Bagaimanapun, dua abang mangsa bernasib baik apabila keluar dan bergayut melalui lubang bekas penghawa dingin yang terbuka, sebelum seorang pemandu lori yang kebetulan melalui jalan berkenaan menyambut kedua-dua mereka dari bawah.Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Md Ali Ismail, berkata ketiga-tiga kanak-kanak itu ditinggalkan dalam rumah berkunci dari luar dan berjeriji berikutan bilik rumah berkenaan turut disewa beberapa penyewa lain sepanjang tempoh ibunya keluar bekerja sejak pagi.“Pihak bomba sampai di tempat kejadian sejurus menerima panggilan orang ramai dan terpaksa memecahkan jeriji berkenaan untuk memadamkan api.“Selepas api dipadamkan, kami menemui sekujur mayat seorang kanak-kanak melecur teruk di muka, tangan dan kaki di tepi katil,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.Katanya, mangsa dipercayai gagal keluar dari bilik itu kerana tidak mampu memanjat keluar sehingga terperangkap dalam asap sebelum lemas.“Dua abang mangsa bernasib baik kerana berjaya memanjat keluar menerusi lubang tempat penghawa dingin sebelum diselamatkan.“Bomba masih menyiasat punca kebakaran yang dipercayai daripada percikan bunga api berikutan beberapa hari sebelum kejadian ada jiran melihat tiga beradik berkenaan bermain bunga api di bilik itu,” katanya.Ibu mereka yang berusia 37 tahun bekerja sebagai pembantu kedai di kawasan berdekatan dan enggan ditemubual ketika ditemui media. Difahamkan, dia berasal dari Terengganu.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Zulkarnain Abdul Rahman, ketika dihubungi semalam berkata, polis masih menyiasat.
Pilu hati ini membaca kisah paper hari ini..... bayangkan.. si ibu terpaksa bekerja di gerai berdekatan..berapa sen sangat gajinya..yang tak mampu untuk menghantar anaknya ke pengasuh.... cuma dapat menyewa bilik untuk mereka anak beranak.... Kalaulah si suami tidak meninggalkan isteri dan anak2 itu...pasti peristiwa ini tak berlaku.... Tapi ya la.. ini semua ketentuan ilahi........Alfatihah

ABAH OH ABAH 3

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Semalam merupakan hari terakhir operasi memasak more di masjid. Lega rasanya... penat 3 minggu dah solosai.... Petang tu lebih kurang jam 4.00 pi.. Jusco.. beli baju dan brang keperluan raya untuk anak dara 2 orang tu... Sekarang ni dah pandai pilih taste sendiri..... tak mahu sebarang.. dah pandai memilik... kopak ayahnya..RM 400.... Apa nak buat..setahun sekali.. kebetulan ada rezeki mereka.... tak apalah.... lagipun mereka pun rajin menolong aku membuat kerja rumah....

Semalam juga liza dan famili balik bawa kuih yang ditempah oleh rerakan pejabat....... reramai kami berbuka rumah mak... berborak sakan.. Sebelum berbuka..Abah call.... cucu yang paling dia sayang si Stonecold (Tongkol)... dapat jugak bercakap dengan dia.... Deman.. batuk.. selsema dan sakit tekak Abah dah sembuh dah....Gembira kami semua mendengarnya terutama mak.. Semalam mak nangis dan sedih bila Abah call tak sembuh lagi...... Tak sabar menunggu kepulangan Abah....

Sepanjang malam hingga ke subuh.... telinga ini tergiang-giang laguArwah Sudirman... AYAH DAN IBU........ itulah permulaan kami..... dapat melihat...bulan dan matahari...... Kata Liza.... Ahhhhhhhh... tolong jangan nyanyi lagu tu..... Air mata aku nak kuar dah..... Tapi ketahuilah sepanjang malam hingga ke pagi..tubir mata ini masa genang dengan air mata...........!!!!!! Abah.. kami semua sayang dan rindukan Abah!!!!!!

Sunday, October 7, 2007

PENGARAH KEHILANGAN IBU TERCINTA

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....


Hari ini 4 September Pengarah kami kehilangan ibu tercinta.. kerana sakit tua..umur ibunya hampir 80 tahun... alfatihah... moga rohnya dicucuri rahmat.....Mengingat­ tentang mati..... aku takut kehilangan..... mampukah aku menghadapi pemergian insan-insan yang aku sayang di muka bumi ini..ya ALLAH.. tabahkan hati ini........!!!!!!

Belum menghadapi kematian insan tersayang.... Aku baru saja mendengar Abah akan menunaikan Umrah bulan puasa nanti dan berhariraya di Mekah.... hati ini begitu hiba dan sayu...... mengenangkan saat pagi raya.. selepas sembahyang raya..abah akan mengetuai kami sekeluarga bertakbir raya dirumah...... dengan penuh linangan air mata mengingati insan yang telah pergi dulu dari kami....... Tapi saat itu...tahun ini mesti tiada...... Kami sekeluarga tak tau macam mana.......tentu sayu dan pilu saat itu..dengan Along sekeluarga yang tak dapat balik beraya kerana akan balik bila cuti panjang bulan disember nanti...... sedihnya......!!!!!!­!

Saturday, October 6, 2007

ALONG DAH SELAMAT SAMPAI

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....


Jam 8.00 Abang call..kata anak kesayangannya dah call..dah sampai di Jeti.... Alhamdulillah..... moga gembira anak ibu kat sana.......Kaya raya dia sekarang ni..ibu..ayah..tok chah..tok jin..mak chuk..bagi duit kat dia.... Apalah yang dibelinya..tak tau lah tu.... suka ati dia la... janji dia bahagia bersama kengkawan......
Aku.................­... terasa kehilangan.... kalau tak..dialah yang suka cari gaduh dengan adik-adik.......

Wednesday, October 3, 2007

ABAH OH ABAH 2

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Hari ni Abah call lagi... lebih kurang jam 6.30 petang.. katanya di sana baru habis waktu zohor...Katanya dia tak sihat..batuk..selsema dan sakit tekak.. panas kat sana..... Mak sempat bercakap dengannya.... gembira mak sebab setiap hari abah call bertanya khabarnya. aku tahu abah di sana pun risaukan kesihatan mak..... Aku harap Abah sentiasa di dalam lindungan ALLAH......

ALONG UPSR & LANGKAWI

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....


3 September.... Ujian Math 1.. BM 1 dn BM 2...... balik dari sekolah.... bila ditanya..senang giler bu..... kakak boleh buat..amboi eksennya anak aku!!!
4 September... Ujian Math 2... susah sikit ..katanya.... ishhssss.... buat aku risau jer...
5 September..... BI 1 & 2.. Sains... ada susah ada senang.... dan MERDEKA......!!!! katanya...
So malam tu 9.30... kami sekeluarga hantar dia ke sekolah...... dia bertolak ke Langkawi....... pergi juga akhirnya..tampa iringan kami sekeluarga..... tak ikut...sebab anak yang dua tu sekolah..nak periksa..... tak apalah... moga anak ku tu selamat pergi dan balik....... Nanti ada rezeki..ke sana jugak aku... Aku teringin sangat ke sana..tak pernah lagi...... Ke Sabah dah dua x.... tapi ke situ tak sampai lagi....!!!!!

KITA TEMPAYAN YANG RETAK

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....


Aku dapat satu email....Kisah tempayan yang retak.....

Ada seorang pengangkat air.. guna dua tempayan..satu retak... satu o.k...sepanjang perjalanan si retak cuma dapat bawa 1/2 tempayan air saja bila sampai ke rumah..... si Tak Retak jadi sombong.... tapi sepanjang laluan si retak..ada pokok bunga segar yang tumbuh dan menjadi hiasan d sepanjang jalan dan di petik..lalu dihias di atas meja tuan rumah..... Si retak sedih kerana terasa kekurangan diri...
Kata si Pengangkat Air...." Setiap diri kita ada kekurangan... namun jika kita mahu dan berusaha tuhan akan menggunakan kekurangan kita untuk menghiasNya di mata tuhan yang bijaksana... Tiada yang terbuang percuma! Jangan takut pada kekurangan diri... Kenalilah kelemahan diri dan kita dapat menjadi sarana keindahan tuhan... Ketahuilah di dalam kelemahan kita... kita menemukan kekuatan kita!!!!!"

Tuesday, October 2, 2007

ABAH OH ABAH!

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Hari ini dah hampir 10 hari Abah menunaikan umrah... mungkin gembira dia disana.. impian dia yang satu.. untuk berpuasa dan beraya di sana tercapai jua..... Hari2 Abah telefon mak..... mungkin abah risau tinggalkan mak dengan kesihatan mak yang tak menentu.... Tak perlu risau... kami adik beradik ada... Aku sekarang ni selalu ambil cuti untuk tolong mak... Kesian kat mak..... Aku kira beruntung kerana adik beradik semua bermuafakat..... ingat mengingati dan sayang menyayangi....... Aku sayang semuanya!!!!!!!!!