DIDEKITE

AKU seorang insan.. seperti juga orang lain yang ingin menjadi seperti pepatah orang tua-tua dahulu kala.."Kalau tidak boleh menjadi garam yang memasinkan ikan..... JANGAN pula menjadi lalat yang membusukkan ikan.."



Search This Blog

Wednesday, March 26, 2008

KENANGAN BERSAMA ARWAH


Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....


Hari ini 26 Mac 2008 aku mendapat berita Kak Fauziah Abu Bakar meninggal dunia di HUKM jam 5.00 pagi... akibat kanser tulang.... Aku beberapa kali berkesempatan melawat beliau.... Moga Allah mencucuri rahmat ke atasnya.... Alfatihah

Kisah benar - Bila Hati Sudah Mati

Aku paste kat sini agar kita semua mendapat iktibar dr kisah ini.....Sungguh menyentuh hati...Kisah benar utk dijadikan renungan terutama bg lelaki. Setiap yg Allah swt kurniakan tak kira sempurna atau tidak pada pandangan mata kita, ia adalah anugerah, amanah yg tak terhingga nilainya. Isteri dan anak utk disayang sampai bila2, bukan utk dibuang bila dah "tak berguna"..

Ini cerita pasal rakan baik saya. Wife dia kena barah buah dada....dia dah mula cari spare tayar, dapat lak student ipta..muda lagi. wife dia kena buang sebelah buah dada...kawan saya ni dah geli utk bersama dengan wife nya.Bln 12 tahun lepas kawan saya kawin dengan 2nd wife dia yg baru umur 21 tahun....Masa cuti thaipusam hari tu, kawan saya bawa wife no.2 tinggal dengan wifeno.1 dan yg paling kejam...wife no.1 kena keluar dari bilik master bedroom..untuk kasi laluan kat wife no.2...kejam kejamsaya sampai sekarang tak boleh terima perbuatan kawan baik saya tu yghalau wife no.1 keluar bilik, walaupun tindakan dia kawin tu..saya tak kisahsangat...tapi jauh di sudut hati saya...memang terasa kejam...sebab wifedia masih sakit dan tak terfikir ke dia pengorbanan wife no.1 jaga dia dulu dan 4 orang anaknya.masa thaipusam tu, saya sempat lah cakap dgn dia kat luar rumah, coz kawan saya tu jiran sebelah rumah- we all sama2 beli rumah masa bujang. sayacakap sampai hati dia buat camtu kat wife no.1, kawan saya marah saya balik,hal rumahtangga dia, saya jgn campur..dah kena camtu....saya malas lah nak bertekak...saya ada gak suruh dia asingkan dua dua isteri...dia tak nak...dia katapayah dia nak berulang alik. lantaklah... ..biar tuhan je balas di atasperbuatan kejamnya ke atas wife no.1.kawan saya tu sebaya gan saya umur 35 tahun, wife no.1 kawan saya tu umur39 tahun. Tua dari kawan saya tu.

Masa kawan saya belajar dulu...memula diadengan wife no.1 sebagai kakak dan adik angkat....wife dia dah kerja sebagaioperator kilang...so wife no.1 tu banyak support study kawan sayatu...lepas tu dah jodoh dia orang kawin..mungkin sebab perbezaan umur yg perempuan lebih tua, menyebabkan kawansaya berubah arah.. tak tahu lah saya nak cakap... tapi yg buat sayabengang...ade ke...kawan saya tu....selalu pujuk saya sampai lah nisupaya jadi cam dia...cari no.2... tak sampai hati saya nak duakanisteri tersayang saya tu.saya memula tak tahu gak yg kawan saya tu , bawa wife no.2 dia tinggalsama ngan wife no. 1 masa thaipusam..tapi bila saya dengar kecoh dari rumahsebelah...saya jengoklah... saya nampak kawan saya tengah campak baju2wife no.1 dari balconi....wife saya sampai nangis bila tengok peristiwa tu...kat bawah...saya tengok...anak2 dia yg 4 org tu dgn maid...menangis2pungut baju mak dia...kawan saya menjerit2 dari atas balconi..cakap. .."kau org cakap gan mama kau...kalau nak papa jaga sampai mampus...jgn lawan cakap papa..."tak boleh saya bayangkan macam mana perasaan anak2 dia bila dengar papa dia cakap camtu...anak anak no.1&2 perempuan, 3 & 4 lelaki. saya rasa tujuan utama dia halau wife no.1 dan bagi laluan kat wife no. 2 ialah sebab ada jacuzzi dalam bilik utama tu...so...seronokla h dia berendam & mandi sama2 gan wife no.2 dalam jacuzzi tu. saya ingat lagi..saya dengan kawan saya tu...sama2 pi pilih jacuzzi dan pasang kat bilik masing2 dulu...maaf lama saya nak sambung cerita kawan saya nie.

Ini kerana saya sibukmenguruskan urusan pengebumian, dan kenduri aruah wife no.1 kawan sayatu.aruah baru je meninggal dunia pada hari sabtu 25/1/03...sedangkansuaminya - rakan baik saya tiada di malaysia kerana honeymoon dengan wife no.2 ke France. Rakan saya sudah berlepas pada malam 24/1/03 lagi.apabila saya balik rumah setelah menghantar rakan baik saya ke airportchangi, Maid aruah call mengatakan yg aruah mengalami sesak nafas...sayakelam kabut ke rumah sebelah..utk bawa aruah ke hospital...sebelum aruahpergi kehospital.. .dgn kepayahan aruah mencium dua anak kembarnya(no.3,4) yg berusia 3 tahun yg sedang tidur. aruah juga berpesan kepada 2 anak perempuan ( no 1 dan 2) yg berusia 6 dan 5 tahun supaya menjaga adik-adiknya. Mungkin aruah dah tahu yg dia akan pergiHanya saya dan maid aruah sahaja yg menghantar aruah ke hospital. wifesaya menunggu di rumah rakan saya. beberapa kali masa dalam perjalanan aruah berpesan kat saya supaya tolong tengok2 kan anaknya...Saya masa tu hanya menginggalkan pesanan sms kat rakan saya yg isterisakit kerana rakan saya masih dalam penerbangan. saya juga sempat menelefon abg aruah yg berada di Kluang supaya datang segera .aruah hanya mempunyai dua beradik sahaja, mak& ayah aruah sudah tiada.masa kat hospital, aruah sempat berpesan dengan doktor, jgn lakukanrawatan yg teruk2 kerana dia dah nak pergi...memang sedih masa tu. dah puas saya menangis dua/3 hari ni.masa abg aruah sampai dari kluang ke hospital...aruah masih dalam bilikrawatan....abg aruah terlampau geram bila tahu, adik iparnya pergimelancong. masa tu aruah dah koma dan tak lama lepas tu, aruah pergidengan tenang. dan abg aruah yg membuat keputusan agar jenazah aruah segera di kebumikan tanpa menunggu kepulangan suaminya.saya dengan abg aruah yg sibuk menguruskan urusan utk mengeluarkan jenazah.

Banyak perkara saya pelajari, seperti mendapatkan pengesahan kematian oleh doktor, lepas tu kena buat laporan kematian di balai polis, dan balai polis mengeluarkan sijil kematian dan permit pengebumian , kemudian dengan sijil kematian dan permit pengebumian, kami terpaksa ke hospital utkpengeluaran jenazah dan juga urusan2 lain.Alhamdulilah utk urusan pengembumian jenazah,jawatankuas a masjid telahbanyak membantu saya. semua urusan pengebumian seperti pembelianperalatan, mengali dsbnya diuruskan oleh jawatankuasa masjid. satu malam saya dan abg aruah tidak tidur.dalam pukul 10 lebih 25/1/03 pagi barulah jenazah aruah dapat di bawakerumahnya dan selepas zuhur jenazah aruah selamat di kebumikan.Suami aruah hanya menelefon semasa jenazah aruah di bawa pulang ke rumah dan saya memberikan jaminan bahawa semua urusan akan saya selesaikan dan supaya rakan saya tu meneruskan percutian, dalam kepala saya masa tu tak de fikir utk marahkan rakan saya tu, hanya yg terlintas utk selesaikan urusan pengebumian sahaja.masa jenazah dirumah anak2 aruah yg no.1 dan 2 dah tahu ibunya sudahtiada, tapi yg kembar tu..sibuk tanya kenapa mama tidur kena tutup..sedih sgtsaya. saya hanya berupaya memeluk dua kembar tu supaya senyap...tapi airmata saya meleleh juga.

Saya kenal aruah masa saya form 4 di mrsm, masa tu saya saya dan rakansaya sama2 belajar di mrsm. masa form 4 lah rakan saya menjadi yatim piatu kerana bapanya meninggal dan aruah yg selalu menjadi perangsang kepada rakan saya tu. Lepas spm, we all dapat tawaran ke USA. setiap bulan rakan saya tu mendapat kiriman wang dari aruah kak zai tidak kurang dari $100 USD.masa pengebumian saya antara yg menyambut jenazah dari dalam lubang kubur utk diturunkan ke liang lahad. saya memegang bahagian kepala jenazah, dan saya merasakan bahawa aruah sedang menenung saya, sedih masa tu.Masa urusan pengebumian tu, anak2 aruah yg kembar hanya memandang sahaja.Tetapi bila tanah di kambus, barulah yg kembar tu menangis, tapi dipujuk oleh wife saya.suami aruah akan kembali pada hari rabu 29/1/03. dan sehingga hari ni,setiap malam ke empat2 anak aruah tidur bersama sama saya...mereka rindukan aruah mama mereka, dan juga papa mereka. Boleh dikatakan budak2 tu selalu je mengigau bila tidur panggil mama...mama. ..mama... dan saya terpaksa memujuk dgn mengatakan.. .senyap2 sayang...papa ada...dan saya berharap agar allah..berikan hidayah kat rakan saya tu...supaya dia sedar akan kekejaman dia dan ALFATIHAH lah kiriman kita semua yg masih bernafas dibumi ini untuk arwah kak zai...

Wanita yg baik adalah wanita yg tak kan sanggup melihat wanita lain dihina macam ni..(diambil dari sebuah laman web, penulis asal tidak dinyatakan.. bg mereka yg dah bace, fikir2kan isi tersirat dalam kisah ni................

Berlinang air mata tanpa henti membaca kisah sendu ini.... sekiranya ia terjadi pada diri ini......... masih adakah yang sayang untuk menjaga kita hingga akhir hayat kita..... entahlah...........

Tuesday, March 18, 2008

SYAUQI ACCIDENT 2

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Pagi Sabtu 8 Mac 2008 aku kemas rumah apa yang patut...... kemas dapur..depan dan serah satu gugus kunci pada Along.... Oh ya..si Along ni jiran sebaris rumah yang kebetulan beli rumah di kawasan yang sama. Kebetulan pula beliau merupakan anak kepada Mak Chik Minah..bekas pengasuh si adik. Mak Chik Minah sempat membela adik selama hampir 1 1/2 tahun. Ku titipkan kunci untuk dia siram pokok-pokok bunga kesayanganku......
Selesai menyidai kain di ampaian bawah porch.... mengeluarkan pokok-pokok bunga dalam rumah samada dalam bekas berjeli atau bertanah... ku susun di ruang rehat.... Kami bertolak ke SKCSB2 untuk menunaikan tanggungjawab kepada negara tercinta... Sampai di sana lebih kurang jam 10.00 pagi. Sebelum tu sempat berhenti di Teras Jernang... pekena roti canai selembut tisu di warung tepi jalan tu... sedap gilosssss..... Sampai di tempat mengundi.. suasana tak semeriah mana.... Daftar nama..terus dapatkan nombor tempat mengundi... Dan tanpa berbaris.. aku telah dipanggil masuk.... Acara mengundi selesai tak sampai 5 minit.
Terus ke rumah mak dan mak jugak baru balik dari mengundi bersama abah dan Noni. Kemudian packkan barang mak dalam kereta dan bertolak meninggalkan Along, Abah dan Noni lebih kurang jam 11.30 pagi. Sepanjang perjalanan hujan lebat mengiringi perjalanan kami. Singgah makan tengahari dan sembahyang zhohor di Tapah dan membeli sedikit buah tangan untuk keluarga Along. Hampir 10 kereta yang terlibat dengan kemalangan sepanjang perjalanan kami....... Menakutkan..... Dalam keadaan beginipun masih ramai mementingkan diri.....
Jam 6.30 petang kami sampai di rumah Along. Mereka masih di hospital.... Waktu melawat hanya hingga jam 7.00.. So kami singgah di restoran untuk mengalas perut. Jam 7.30 baru Along sampai dan hujan masih tetap lebat tanpa henti.
Keesokkannya bermula rutin kami melawat Coki di hospital di sebelah tengahari dan petang. 9/3/08 Liza dan keluarga pula selamat sampai. Di ikuti oleh Mira dan Along pada sebelah subuhnya kerana tak sanggup menunggu Noni yang masih belum kesempatan lagi. So Abah dan Noni sampai Subuh 10/3/08 kerana menunggu cukai jalan Noni yang lambat siap....
4 hari di bilik ICU Hospital Sultanah Bahiyah menyaksikan air mata kami yang tak hent mengalir.... melihat keadaannya yang amat menyayukan hati kami seisi keluarga...... Hanya Allah tempat kami memohon melindungi dan memanjangkan umur anak buahku ini.... Selasa petang beliau selamat dikeluarkan dari ICU dan ditempatkan di wad biasa. Dari cerita Kak Longku... si Coki ni baru balik dari menjemput kawan baiknya di stesen bas Alor Star untuk pulang ke rumah di Jitra. Setelah menghantar kawannya dengan selamat dia memandu pulang.. Dalam perjalanan di simpat empat berdepan dengan masjid berkubah hijau.. tak tau aku nama simpang tu... sebelum pekan Jitra.... Jam lebih kurang 2.00 pagi... Satu mamat telah melanggar lampu merah dan melanggar si Coki yang sedang menunggang untuk melintas simpang. Si mamat ni pun di masukkan ke ICU juga .. katanya patah tulang rusuk dan kaki.....
13/3/08 Kami bertolak pulang memandangkan Abang yang tak boleh bercuti lama.... Kami sampai DSP lebih kurang jam 2.00 petang. Mak, Abah, Noni dan Along bertolak selepas Maghrib keesokkannya. Mira adik bongsuku tinggal untuk menjaga Coki di hospital. Dua hari selepas itu Coki dibenarkan pulang. Masih dengan tiub makanan dan Mira diajar untuk menjaga dia di rumah.
Perkembangan setakat hari ini.. mata telah kembali normal seperti sediakala..... lebam birat semua dah beransur hilang..... jalan kena berpapah... berpampers kecuali buang air besar..... Cakap dah boleh beberapa patah perkataan... tapi memori masi kurang lagi..... Keadaan seperti anak berumur 2-3 tahun....... Doktor kata beri masa pada dia untuk berkembang kembali sepenuhnya..... Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui samada beliau akan kembali seperti sedia kala.... Seorang anak yang baik....menjadi pujaan gadis..... orang putih tinggi..... Doaku tetap mengiringi Coki sepanjang masa..........

Friday, March 7, 2008

SYAUQI ACCIDENT

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Pagi ni anak mula start cuti sekolah... hari ini Jumaat mereka tak pi sebab sekolah semua dah start sibuk nak buat persediaan untuk mengundi esok....... Jadi pagi ni bertolak lambat sikit ler dari biasa. Angah dan Along tinggal sebab banyak kerja sekolah. Aku bawak adik dan abang aje ke rumah mak.

Terus ke ofis untuk punch card... dan terus ke rumah mak untuk ambil motor. Aku lihat mak sibuk dok mengoreng nasik. Tiba-tiba dengan telefon berbunyi. Aku angkat dan dengar suara abang syam dok nangis bagi tau coki accident...koma....... rasa nak gugur jantung dibuatnya... tak tau apa punca lagi sebab pihak hospital baru telefon.

Terus bincang dengan mak dan abah..... cadangan tunggu berita selanjutnya. Along kata pagi ni kena opperation buang darah beku. Kami cadang esok bertolak lepas mengundi satu kereta... tinggal along dan angah. Biar mereka naik dengan Mak Uda hari Isnin nanti bersama mak chuk. Sebab Mak Uda ada kursus Sabtu dan Ahad.

Aku doa moga anak buah aku yang sorang ni sihat dan selamat hendaknya.... ya Allah...... perkenankanlah doa hambamu ini.......

Saturday, March 1, 2008

AIR MATA SEORANG IBU



Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....





Ini bos pertama sekali masa aku masuk kerja!!! sebelah tu bos aku yang sekarang




Tempohari 28 Februari aku bertugas menjaga gerai ofis di dewan sempena Pesta Pendidikan.... dari jam 2.00 hingga jam 5.00 petang. Tak ku sangka geraiku bertentangan dengan gerai kak minah......kebetulan time tu time perasmian....
Selesai VC melawat gerai kami.. aku mengambil kesempatan berbual dengan kak minah.... Rupanya semalam genap 40 hari Along pergi.... Berjuraian air matanya menceritakan kesedihan hati.... Teringat katanya... kalau di pagi hari.. sibuk dia memasak bekalan along untuk ke tempat kerja..... keletah anaknya yang manja..taat pada ibu bapa... baik..lembut dan penyayang dan tak tinggal solat.....


Ku lihat kurus dan cengkung kak minah..... Air mata ku pun tak henti mengalir........ Ku kenal kak minah dan keluarga sejak dari aku mula masuk kerja lagi.. masih anak dara lagi..... Dialah guruku yang mengajar aku selok belok kerja...... bagai kakak yang tak pernah jemu memberi tunjuk ajar.... hinggalah kini...... Sabarlah kak..... hanya itu yang mampu ku sebut.........