DIDEKITE

AKU seorang insan.. seperti juga orang lain yang ingin menjadi seperti pepatah orang tua-tua dahulu kala.."Kalau tidak boleh menjadi garam yang memasinkan ikan..... JANGAN pula menjadi lalat yang membusukkan ikan.."



Search This Blog

Monday, October 30, 2006

SYAWAL TIBA JUA














24 Oktober 2006..... syawal tiba jua..walaupun dalam kesederhanaan.... tahun ni tak berapa meriah..kerana Along sekeluarga tak balik kerana anaknya yang sulung akan menghadapi peperiksaan SPM selepas raya ni...... mungkin cuti sekolah hujung tahun ni dia akan bercuti di sini....
Rutin raya aku seperti tahun yang sebelumnya..... beraya bersama mak ngan abah sebelah paginya..dan terus ke Banting.... berjumpa saudara mara mak mertua..di sana jua pertemuan adik beradik sebelah abang.... hujung maghrib...kami bersama empat buah kereta sampai ke rumah aku.... Dan terus ku jamu dengan nasi dan lauk yang alar kadar.... lewat malam...masing-masing kembali ke rumah masing-masing.......
Esoknya raya kedua..... kami adik beradik termasuk mak dan abah ke kampung abah..... berjumpa saudara mara sebelah abah pula.... lewat malam baru pulang...... Dan hari ketiga aku telah kembali bekerja termasuk abang...... Kerana banyak kerja-kerja berkaitan ISO yang perlu aku siapkan menjelang Audit Kecukupan pada 6 Oktober ini.........
Mingu seterusnya berjalan ke rumah sepupu yang lain...... dan raya terus raya..rumah terbuka....emmm gemuk balik ler......his.....payah cam ni...he..he.....

No comments: