DIDEKITE

AKU seorang insan.. seperti juga orang lain yang ingin menjadi seperti pepatah orang tua-tua dahulu kala.."Kalau tidak boleh menjadi garam yang memasinkan ikan..... JANGAN pula menjadi lalat yang membusukkan ikan.."



Search This Blog

Tuesday, March 18, 2008

SYAUQI ACCIDENT 2

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Pagi Sabtu 8 Mac 2008 aku kemas rumah apa yang patut...... kemas dapur..depan dan serah satu gugus kunci pada Along.... Oh ya..si Along ni jiran sebaris rumah yang kebetulan beli rumah di kawasan yang sama. Kebetulan pula beliau merupakan anak kepada Mak Chik Minah..bekas pengasuh si adik. Mak Chik Minah sempat membela adik selama hampir 1 1/2 tahun. Ku titipkan kunci untuk dia siram pokok-pokok bunga kesayanganku......
Selesai menyidai kain di ampaian bawah porch.... mengeluarkan pokok-pokok bunga dalam rumah samada dalam bekas berjeli atau bertanah... ku susun di ruang rehat.... Kami bertolak ke SKCSB2 untuk menunaikan tanggungjawab kepada negara tercinta... Sampai di sana lebih kurang jam 10.00 pagi. Sebelum tu sempat berhenti di Teras Jernang... pekena roti canai selembut tisu di warung tepi jalan tu... sedap gilosssss..... Sampai di tempat mengundi.. suasana tak semeriah mana.... Daftar nama..terus dapatkan nombor tempat mengundi... Dan tanpa berbaris.. aku telah dipanggil masuk.... Acara mengundi selesai tak sampai 5 minit.
Terus ke rumah mak dan mak jugak baru balik dari mengundi bersama abah dan Noni. Kemudian packkan barang mak dalam kereta dan bertolak meninggalkan Along, Abah dan Noni lebih kurang jam 11.30 pagi. Sepanjang perjalanan hujan lebat mengiringi perjalanan kami. Singgah makan tengahari dan sembahyang zhohor di Tapah dan membeli sedikit buah tangan untuk keluarga Along. Hampir 10 kereta yang terlibat dengan kemalangan sepanjang perjalanan kami....... Menakutkan..... Dalam keadaan beginipun masih ramai mementingkan diri.....
Jam 6.30 petang kami sampai di rumah Along. Mereka masih di hospital.... Waktu melawat hanya hingga jam 7.00.. So kami singgah di restoran untuk mengalas perut. Jam 7.30 baru Along sampai dan hujan masih tetap lebat tanpa henti.
Keesokkannya bermula rutin kami melawat Coki di hospital di sebelah tengahari dan petang. 9/3/08 Liza dan keluarga pula selamat sampai. Di ikuti oleh Mira dan Along pada sebelah subuhnya kerana tak sanggup menunggu Noni yang masih belum kesempatan lagi. So Abah dan Noni sampai Subuh 10/3/08 kerana menunggu cukai jalan Noni yang lambat siap....
4 hari di bilik ICU Hospital Sultanah Bahiyah menyaksikan air mata kami yang tak hent mengalir.... melihat keadaannya yang amat menyayukan hati kami seisi keluarga...... Hanya Allah tempat kami memohon melindungi dan memanjangkan umur anak buahku ini.... Selasa petang beliau selamat dikeluarkan dari ICU dan ditempatkan di wad biasa. Dari cerita Kak Longku... si Coki ni baru balik dari menjemput kawan baiknya di stesen bas Alor Star untuk pulang ke rumah di Jitra. Setelah menghantar kawannya dengan selamat dia memandu pulang.. Dalam perjalanan di simpat empat berdepan dengan masjid berkubah hijau.. tak tau aku nama simpang tu... sebelum pekan Jitra.... Jam lebih kurang 2.00 pagi... Satu mamat telah melanggar lampu merah dan melanggar si Coki yang sedang menunggang untuk melintas simpang. Si mamat ni pun di masukkan ke ICU juga .. katanya patah tulang rusuk dan kaki.....
13/3/08 Kami bertolak pulang memandangkan Abang yang tak boleh bercuti lama.... Kami sampai DSP lebih kurang jam 2.00 petang. Mak, Abah, Noni dan Along bertolak selepas Maghrib keesokkannya. Mira adik bongsuku tinggal untuk menjaga Coki di hospital. Dua hari selepas itu Coki dibenarkan pulang. Masih dengan tiub makanan dan Mira diajar untuk menjaga dia di rumah.
Perkembangan setakat hari ini.. mata telah kembali normal seperti sediakala..... lebam birat semua dah beransur hilang..... jalan kena berpapah... berpampers kecuali buang air besar..... Cakap dah boleh beberapa patah perkataan... tapi memori masi kurang lagi..... Keadaan seperti anak berumur 2-3 tahun....... Doktor kata beri masa pada dia untuk berkembang kembali sepenuhnya..... Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui samada beliau akan kembali seperti sedia kala.... Seorang anak yang baik....menjadi pujaan gadis..... orang putih tinggi..... Doaku tetap mengiringi Coki sepanjang masa..........

No comments: