DIDEKITE

AKU seorang insan.. seperti juga orang lain yang ingin menjadi seperti pepatah orang tua-tua dahulu kala.."Kalau tidak boleh menjadi garam yang memasinkan ikan..... JANGAN pula menjadi lalat yang membusukkan ikan.."



Search This Blog

Friday, March 7, 2008

SYAUQI ACCIDENT

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Pagi ni anak mula start cuti sekolah... hari ini Jumaat mereka tak pi sebab sekolah semua dah start sibuk nak buat persediaan untuk mengundi esok....... Jadi pagi ni bertolak lambat sikit ler dari biasa. Angah dan Along tinggal sebab banyak kerja sekolah. Aku bawak adik dan abang aje ke rumah mak.

Terus ke ofis untuk punch card... dan terus ke rumah mak untuk ambil motor. Aku lihat mak sibuk dok mengoreng nasik. Tiba-tiba dengan telefon berbunyi. Aku angkat dan dengar suara abang syam dok nangis bagi tau coki accident...koma....... rasa nak gugur jantung dibuatnya... tak tau apa punca lagi sebab pihak hospital baru telefon.

Terus bincang dengan mak dan abah..... cadangan tunggu berita selanjutnya. Along kata pagi ni kena opperation buang darah beku. Kami cadang esok bertolak lepas mengundi satu kereta... tinggal along dan angah. Biar mereka naik dengan Mak Uda hari Isnin nanti bersama mak chuk. Sebab Mak Uda ada kursus Sabtu dan Ahad.

Aku doa moga anak buah aku yang sorang ni sihat dan selamat hendaknya.... ya Allah...... perkenankanlah doa hambamu ini.......

No comments: