DIDEKITE

AKU seorang insan.. seperti juga orang lain yang ingin menjadi seperti pepatah orang tua-tua dahulu kala.."Kalau tidak boleh menjadi garam yang memasinkan ikan..... JANGAN pula menjadi lalat yang membusukkan ikan.."



Search This Blog

Monday, September 4, 2006

PERGINYA CROCODILE HUNTER


Tengahari tadi berita menyiarkan cerita dibawah....... inilah rancangan yang menjadi minat anak-anak ibu..terutama adik dan abang....... sampai sanggup tak makan..... nak tenguk citer-citer pasal binantang ni....... kesian dia........ ajalnya sampai ditangan binatang jugak......

Crocodile Hunter’ mati disengat pari

MELBOURNE 4 Sept. – Steve Irwin ‘The Crocodile Hunter’, yang dikenali ramai di seluruh dunia melalui siri dokumentari berkaitan hidupan liar, meninggal dunia hari ini akibat disengat seekor ikan pari di kawasan Great Barrier Reef.

Irwin, 44, dipercayai menemui ajal kerana jantungnya tertusuk duri ikan itu ketika melakukan penggambaran bagi satu siri televisyen di Batt Reef, berhampiran Low Isles, kira-kira 32 batu nautika dari Port Douglas, di utara Queensland.

Jurucakap perkhidmatan ambulans Queensland berkata, sebuah helikopter melakukan penerbangan kecemasan ke sebuah pulau di kawasan itu pada kira-kira pukul 11 pagi ini.
Katanya, walaupun seorang doktor dan anggota paramedik memberi rawatan yang sewajarnya, namun mereka gagal menyelamatkan nyawa penangkap buaya itu.

Irwin disahkan meninggal dunia di pulau berkenaan dan mayatnya diterbangkan ke Cairns.
Profesor Geoff Jones dari Jabatan Biologi Samudera, James Cook University berkata, kejadian itu adalah sesuatu yang luar biasa dan ada kemungkinan Irwin meninggal dunia akibat tusukan duri ikan itu.

“Ia umpama ditikam dengan bayonet. Jika ia dibiarkan di situ, mangsa tidak akan mati, tapi jika ia ditarik, disurung dan ditarik berkali-kali, saya rasa mangsa akan mati akibat kehilangan banyak darah,” katanya.

Irwin terkenal di seluruh dunia kerana minat dan kebolehannya menjinakkan haiwan ganas.
Mendiang juga pernah berlakon dalam beberapa filem dan bertanggungjawab memajukan sebuah taman hidupan liar di Zoo Australia, di utara Brisbane, yang diasaskan ibu bapanya Bob dan Lyn Irwin.

Irwin dan isterinya Terri mempunyai sepasang cahaya mata, Bindi Sue Irwin, 8, dan Robert (Bob) Clarence Irwin, 3. Nahas itu berlaku ketika Irwin sekeluarga melakukan pengembaraan di Tasmania.

– Bernama

No comments: