DIDEKITE

AKU seorang insan.. seperti juga orang lain yang ingin menjadi seperti pepatah orang tua-tua dahulu kala.."Kalau tidak boleh menjadi garam yang memasinkan ikan..... JANGAN pula menjadi lalat yang membusukkan ikan.."



Search This Blog

Friday, April 13, 2007

JAMUAN PERPISAHAN

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan....







As.... pegawai ISO..aku..kak normah dan kak zarah...serta kak ani



Hari ini merupakan jamuan perpisahan buat aku..kak Zarah dan Kak Normah...... sepatutnya ini hari terakhir kami bertiga...minggu depan..Kak Zarah dan Kak Normah ke Bahagian Antarabangsa... pejabatnya di bangunan lama IG... dan aku ke ITMA..... Memandangkan budak ITMA si Wan Juki... masih ada kerja lagi..so dia mohon tangguh....dan aku pun kekal lagi di sini hingga 3 Mei..dan mengambil kesempatan untuk belajar buat kewangan dengan Sal..kerana aku di ITMA akan buat kerja-kerja kewangan.....Wan Juki ni aku kenal dari Matriks lagi..dia belajar di Matriks..kantoi..jadi kerani kontrak di IBS...dapat tetap terus ke ITMA..... so senanglah nak berurusan....entahlah...!!!



Pelukan akhir dari Bos yang amat memahami diri aku... Aku bersyukur..pemergian aku ke ITMA dilepaskan dengan rela walaupun IG tengah sibuk nak mencapai ISO tak sampai 2 bulan....aku tau..ada orang yang lebih hebat dari aku untuk mencapai ISO ..insyaallah... dan ini adalah Bos perempuan yang pertama... Aku rasa tak semua bos perempuan tak best....!!!!


Merebas juga air mata kami bertiga di waktu jamuan tersebut.... sedih dan sayu bergabung menjadi satu....... Betapa.... selama 3 tahun aku di sini...kenangan bersama warga IG tidak mungkin aku lupakan.... Semasa 8 tahun di Matrikulasi.... kami semua berpisah kerana kementerian mahu mengambil alih semua Matrikulasi. Kemudian aku ditukarkan ke IBS... 4 tahun adalah merupakan pengalaman yang banyak meninggalkan kenangan pahit manis.....Menjadi PA kepada Pengarah dan Timbalan sebelum PA tetap sampai.... banyak menimba pengalaman walaupun kerja-kerja tersebut aku telah buat semasa di Matriks lagi....



Terima kasih Dr..kerana memberi Anugerah Khidmat Cemerlang padaku....dan kerana ini aku mendapat ramai KAWAN HIPOKRIT....!!!!! Tak apa..ALLAH tahu bagaimana aku bekerja..!!!!!




Di tahun akhir... aku dinaikkan pangkat ke Pembantu Tadbir dan dipindahkan ke IG.... 30 April 2007 ...genaplah tiga tahun aku di IG....... pejabat yang paling mewah dengan segalanya ...di sinilah..... Membuat kerja-kerja pengkeranian dan operasi.... membuat aku ramai mengenali orang luar........ dan pelbagai kerja rencam yang lain.....








3 Mei ini aku akan melangkah menjadi penghuni ITMA membuat kerja-kerja kewangan..... inilah satu-satunya kerja yang belum pernah aku buat lagi.... Aku berharap agar kerja ini boleh aku lakukan sebaik mungkin dan aku telah bersedia untuk menyahut cabaran ini.... Moga Allah melindungi dan memberkhati diri ini.....AMIN.....

No comments: