DIDEKITE

AKU seorang insan.. seperti juga orang lain yang ingin menjadi seperti pepatah orang tua-tua dahulu kala.."Kalau tidak boleh menjadi garam yang memasinkan ikan..... JANGAN pula menjadi lalat yang membusukkan ikan.."



Search This Blog

Thursday, February 18, 2010

CERITA MINGGU INI





*I awake all filled with you... YOUR image allow my seases no rest............*

9-10 Februari 2010..

Kerap ku terima call dari BM.... dan aku pasti semua itu akan berjalan dengan lancar.. mungkin 12 Februari ini dia akan sampai ke BJ...Yang seperti jangkaan ku dia call jam 7.00 malam pada hari itu... sedangkan aku telah terima berita dari sana... perjalanan itu sia-sia kerana ramai yang bercuti raya.. so mungkin rancangan asal tidak berjalan seperti dirancang.....

Abang Razak call ingin bertemu dengan kami.... 17 Februari.. kami meluangkan masa bertiga.. berbual hampir 2 1/2 jam... bercerita..cerita dan cerita..... Aku memerhatikan Abang Razak yang tidak berkelip-kelip memandang aku.... Ah.. atau aku yang prasan..... Tapi tidak.. ku rasa mata aku tidak buta tentang semua itu.... Tapi aku tiada ada apa2 dengan dia... sebab aku sudah punya DIA.... ha..ha.... sorry la... aku terlebih suda...

Cuti raya cina ku habiskan dengan berjalan-jalan ke Nilai 3.. yang hanya 10 minit perjalanan dari rumahku..... Ku tempah kain langsir untuk rumahku yang telah 3 tahun ku diami... tiada pernah berlangsir... kerana aku ini seorang yang tidak sihat... tidak tahan dengan habuk yang terkumpul.... terutama kain langsir... memandangkan rumahku telah bertinted jadi aku tidak mengambil berat tentang kain langsir ini... di malam hari ku hanya guna bidai saja... Tetapi memandangkan anak dara ku semakin membesar dan ramai jiran-jiran di depan rumah telah makin ramai penghuni... ku terpaksa mencari kain langsir ini.......

Tangga rumahku yang sentiasa buruk pandangannya telah ku tutup menjadi stor.. biarpun simple tidak mengapa... cukup sekadar mendapat pandangan yang menyedapkan mata sudah cukup bagiku.... Di setiap penjuru kaki anak-anak tangga itu ku aturkan anak2 dan ibu itik kesayangan ku... harap panjang umur dia di situ.... kerana telah banyak kali ku alihkan kerana ia sentiasa menjadi KEGERAMAN anak-anak jiranku...Aku juga telah menutup sedikit lagi dinding luar rumahku memandangkan sebelum ini tempias hujan telah menyebabkan ruang rehat di luar rumahku... dibanjiri air dan menyebabkan kerusi meja semakin mereput.... Ala... ada sedikit sebanyak duit simpananku ku gunakan untuk semua itu tidak menjadi salah kan bang..... he..he....

Petang rabu adik sudah kebisingan dengan masalah basikal buruknya....... Tayarnya yang botak dan bocor... Ku ke kedai basikal Uncle berdekatan pejabat pos..... Dan sempat juga menyambar pump basikal untuk kemudahan mereka..... Harga basikal baru yang ku lihat mungkin mampu dibeli dengan duit raya mereka... insyallah... ku tunggu basikal adik menjadi arwah... Basikal abang telah 2 bulan menjadi arwah... So tunggulah dengan sabar kedatangan basikal baru itu tau........

Oh lupa nak ku ceritakan.. cuti raya cina ni.. mak dan abah mengambil kesempatan berkunjung ke rumah along di Jitra... Noni pula ke Johor bersama dengan Nasir.. Adik bongsuku Mira bertemu pula dengan Firdaus.. malangnya berita yang kami semua terima dia keguguran dalam usia kandungannya 9 minggu..... Tak apa lah..Mak Chuk... sudah tiada rezeki..... mungkin di lain kali... insyallah..

No comments: