DIDEKITE

AKU seorang insan.. seperti juga orang lain yang ingin menjadi seperti pepatah orang tua-tua dahulu kala.."Kalau tidak boleh menjadi garam yang memasinkan ikan..... JANGAN pula menjadi lalat yang membusukkan ikan.."



Search This Blog

Tuesday, May 22, 2007

DURIAN RUNTUH

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Gaji pokok semasa asas kenaikan: KSN

Oleh Wan Hazmir Bakar

PUTRAJAYA: Kenaikan gaji kakitangan awam yang diumumkan kelmarin, dikira berdasarkan gaji pokok semasa mengikut gred masing-masing, bukannya berdasarkan gaji pokok permulaan, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.Beliau memberi contoh, kakitangan dalam Kumpulan Sokongan II yang menikmati gaji pokok semasa RM1,000 sebulan, akan menerima RM1,350 berdasarkan kenaikan gaji 35 peratus bagi kumpulan itu.
Mohd Sidek memberi penjelasan itu bagi mengulas kekeliruan sesetengah kakitangan awam berhubung formula pengiraan gaji baru itu, sama ada berdasarkan gaji pokok permulaan atau semasa.Pada sidang akhbar di sini, semalam, Mohd Sidek juga menjelaskan 557,033 pesara kerajaan termasuk anggota polis dan tentera akan menikmati kenaikan pencen pada kadar sama dengan kenaikan gaji kakitangan yang sedang berkhidmat.Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengumumkan kenaikan gaji kakitangan awam antara 7.5 peratus hingga 35 peratus, manakala Bantuan Sara Hidup atau Cola dinaikkan 100 peratus, berkuat kuasa 1 Julai ini.
Anggota polis dan tentera pula mendapat tambahan 20 peratus lagi daripada peratusan kenaikan gaji yang diumumkan itu, menjadikan peningkatan antara sembilan hingga 42 peratus. Kenaikan itu turut membabitkan pencen pesara kerajaan, tetapi peratusannya tidak diumumkan.Mohd Sidek berkata, pesara awam juga akan menerima kenaikan antara 7.5 peratus hingga 35 peratus, manakala pesara polis dan tentera antara sembilan hingga 42 peratus. Katanya, Akta Penyelarasan Pencen 1980 menetapkan pencen diselaraskan setiap kali gaji kakitangan awam disemak dan pengiraan kenaikan itu juga berdasarkan pencen semasa. Kenaikan gaji itu juga membabitkan kakitangan peringkat negeri dan kerajaan tempatan. "Apabila pekeliling mengenainya dikeluarkan, kerajaan negeri juga akan mengguna pakai," katanya.
Bagaimanapun, apabila ditanya apakah ada kenaikan gaji bagi menteri dan timbalan menteri, Mohd Sidek berkata kenaikan gaji yang diumumkan Perdana Menteri kelmarin hanya membabitkan pegawai dan kakitangan kerajaan.Pada sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam itu, beliau berkata, kenaikan gaji itu sewajarnya menjadi motivasi tambahan untuk kakitangan awam berusaha lebih gigih.“Kenaikan gaji yang diberikan itu besar dan kakitangan awam seharusnya bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan. Perasaan terima kasih ini perlu diterjemahkan mereka dengan meningkatkan produktiviti dan kualiti bekerja untuk memperbaiki lagi sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan,” katanya.
Ditanya apakah dengan kenaikan gaji itu kakitangan awam wajar berhenti melakukan kerja sambilan, Mohd Sidek berkata: "Itu adalah janji Cuepacs. Presidennya, Omar Osman sudah menyatakannya dan semalam beliau mengulanginya. Saya kira sekarang ini beliau kena memberitahu semua kakitangan supaya bekerja lebih keras.”Beliau berkata, rakyat sebagai pelanggan berhak menuntut perkhidmatan awam yang baik dan boleh mengemukakan aduan terus kepadanya menerusi emel di alamat sidek@pmo.gov.my.
Alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah..... rezeki anak-anak... lepas lah... duit tol dan minyak untuk rumah baru nanti............

No comments: