DIDEKITE

AKU seorang insan.. seperti juga orang lain yang ingin menjadi seperti pepatah orang tua-tua dahulu kala.."Kalau tidak boleh menjadi garam yang memasinkan ikan..... JANGAN pula menjadi lalat yang membusukkan ikan.."



Search This Blog

Monday, March 8, 2010

MENGONG PART 2

*I awake all filled with you... YOUR image allow my seases no rest............*

8 Mac 2010 ISNIN

Pagi-pagi 7.15 AKU dah sampai ofis.. mengejar sistem supaya dapat ku bukak di awal pagi dan mungkin mudah untuk aku membuat kerja-kerja yang tertangguh.. bukan kerana AKU seorang yang malas.. seorang yang asyik nak berfesbuk.. tapi kerana sistem kewangan saga telah di tamatkan lesennya.. sekarang guna ikut laman web biasa... jadi sistem semakin lembab dan mengong.. AKU jugak semakin mengong.. bengang dan bengang.. dengan beberapa orang pemohon yang poyo sudah mula menanya RO atau PO.... hisssss... seorang AKU sudah mula bengang.... Mahu ku lempar juga PC ni kat muka dia orang.. cewah.. AKU sudah mula berlagak cam orang tak cukup akal.. ha..ha.. Baik ku pujuk hati aku melayari fesbuk.. lantak la.. bukan salah aku tau.. kalau AKU berfesbuk waktu kerja..!!!!!

Tengahari seperti biasa tiada istilah rehat untuk seorang AKU... rutin mengambil dan menghantar 4 orang buah hati ku di waktu yang berbeza amat memenatkan seorang AKU tapi AKU sudah lali dengan rutin hidup itu.. setiap tahun bukan saja sama malahan bertambah ha..ha..ha....

Kemudian tiba-tiba motor kesayangan seorang AKU tidak boleh dihidupkan.. aduh.. AKU tidak suka guna starter kaki.. senang dan mudah dengan starter tangan... Jadi AKU ingat plug sudah perlu untuk diganti.. rupanya.. bateri jugak perlu diganti.. Kopak duit seorang AKU sebanyak RM 70 untuk kedua barang itu..... kepala AKU sudah mengong... Masa ke pejabat sudah lambat... dan AKU terus ke bank untuk menyimpan sedikit wang dari tabungan.... Aduh mak.. Nombor yang aku dapat 2069.. No yang tertera di skrin.. 2049... Aku cuma tunggu tidak sampai 10 minit... dan AKU mengebas punggung terus berlalu masuk ofis kerana seorang AKU tidak sanggup lagi menunggu dan menunggu....

No comments: