DIDEKITE

AKU seorang insan.. seperti juga orang lain yang ingin menjadi seperti pepatah orang tua-tua dahulu kala.."Kalau tidak boleh menjadi garam yang memasinkan ikan..... JANGAN pula menjadi lalat yang membusukkan ikan.."



Search This Blog

Wednesday, October 10, 2007

PENGORBANAN BESAR

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Organ anak saya tidak sia-sia – Yusoff

MOHD. Tajol Rosli Ghazali menyampaikan sumbangan kepada Yusoff Hassan sambil diperhatikan isterinya, Sapiah Hamzah keluarga remaja Melayu yang menderma jantung untuk Tee Hui Yee di Hotel Legend, Kuala Lumpur, semalam. – Gambar ROY AZIS ABD. AZIZ.

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Keluarga penderma jantung pertama kepada Tee Hui Yee yakin pengorbanan anaknya, Allahyarham Nur Mohammad Sahiduzzaman Yusoff, 15, tidak sia-sia walaupun organ berkenaan tidak sesuai untuk gadis tersebut.
Bapa Allahyarham, Yusoff Hassan berkata, ini kerana tiga lagi organ anaknya iaitu paru-paru, hati dan buah pinggang berjaya dipindahkan kepada pesakit yang memerlukan dan serasi dengan tubuh pesakit itu.
‘‘Saya reda walaupun jantung anak saya yang didermakan kepada Tee Hui Yee tidak sesuai dengannya.
‘‘Apalah daya saya untuk menolak perkara itu daripada berlaku. Saya cuma mahu membantu gadis itu selepas dimaklumkan oleh seorang doktor di Ipoh bahawa anak saya sudah tidak ada harapan untuk hidup lagi.
‘‘Sesungguhnya saya ikhlas dan tanpa mengambil masa yang lama, saya dan isteri terus bersetuju untuk mendermakan organ tersebut,’’ katanya ketika ditemui di Hotel Legend di sini hari ini.
Sebelum itu, beliau dan isteri, Sapiah Hamzah, menerima sumbangan sebanyak RM10,000 sebagai tanda penghargaan daripada Barisan Nasional (BN) Negeri Perak yang disampaikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali.

Yusoff berkata, keputusan untuk mendermakan organ anaknya itu merupakan satu tanggungjawab untuk membantu mereka yang memerlukan dan merupakan satu inisiatif untuk mendorong orang lain mendermakan organ.
Beliau berharap organ-organ lain anaknya yang turut didermakan dapat memberi manfaat kepada penerimanya.

Mengulas mengenai anaknya, Yusoff berkata, Nur Mohamad yang mempunyai tujuh orang adik-beradik berumur antara enam hingga 19 tahun merupakan seorang hafiz al-Quran. Tambahnya, anaknya itu juga telah menghafal lebih 18 juzuk al-Quran selain menjadi imam bagi solat tarawih di Masjid Sungai Tiram, Batu 10 Lekir, Sitiawan di Perak.

No comments: