DIDEKITE

AKU seorang insan.. seperti juga orang lain yang ingin menjadi seperti pepatah orang tua-tua dahulu kala.."Kalau tidak boleh menjadi garam yang memasinkan ikan..... JANGAN pula menjadi lalat yang membusukkan ikan.."



Search This Blog

Monday, October 8, 2007

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

Rentung tepi katil
Oleh Wan Noriza Meor Idriswannoriza@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: “Sarimah...” hanya itu yang mampu diberitahu seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan lima tahun, dipercayai abang kepada kanak-kanak perempuan berusia l8 bulan yang rentung dalam kebakaran rumah mereka, semalam. Ketika kebakaran di tingkat dua rumah kedai di Jalan Gadek, Off Jalan San Peng, di sini, tengah hari semalam, mereka tiga beradik termasuk seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, ditinggalkan dalam rumah itu yang berkunci. Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun itu hanya mampu menyebut nama adik perempuannya, Mas Sarimah Zulkifli, yang ditemui rentung di tepi katil dalam keadaan tertiarap sambil kedua-dua tangannya menutup muka yang hancur, manakala tangan serta kakinya melecur teruk.Difahamkan, dua kanak-kanak lelaki terbabit ditemui dalam keadaan trauma selepas tragedi yang meragut nyawa adik perempuan mereka.
Ketika kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, ibu mereka tiada di rumah dipercayai keluar bekerja manakala tiga anaknya ditinggal di bilik utama kediaman itu dalam keadaan jeriji pintu depan berkunci.

Tindakan `mengurung’ tiga kanak-kanak terbabit mengundang padah apabila api menjilat rumah itu, dipercayai bermula dari bilik utama tempat tiga beradik itu ditinggalkan.Difahamkan, ibu mangsa yang juga ibu tunggal bersama tiga anaknya itu menyewa bilik tidur utama rumah berkenaan yang hanya dilengkapi satu katil sejak beberapa bulan lalu.Jiran yang menyedari kebakaran itu dikatakan cuba menyelamatkan tiga beradik itu tetapi gagal membuka pintu jeriji yang berkunci.Bagaimanapun, dua abang mangsa bernasib baik apabila keluar dan bergayut melalui lubang bekas penghawa dingin yang terbuka, sebelum seorang pemandu lori yang kebetulan melalui jalan berkenaan menyambut kedua-dua mereka dari bawah.Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Md Ali Ismail, berkata ketiga-tiga kanak-kanak itu ditinggalkan dalam rumah berkunci dari luar dan berjeriji berikutan bilik rumah berkenaan turut disewa beberapa penyewa lain sepanjang tempoh ibunya keluar bekerja sejak pagi.“Pihak bomba sampai di tempat kejadian sejurus menerima panggilan orang ramai dan terpaksa memecahkan jeriji berkenaan untuk memadamkan api.“Selepas api dipadamkan, kami menemui sekujur mayat seorang kanak-kanak melecur teruk di muka, tangan dan kaki di tepi katil,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.Katanya, mangsa dipercayai gagal keluar dari bilik itu kerana tidak mampu memanjat keluar sehingga terperangkap dalam asap sebelum lemas.“Dua abang mangsa bernasib baik kerana berjaya memanjat keluar menerusi lubang tempat penghawa dingin sebelum diselamatkan.“Bomba masih menyiasat punca kebakaran yang dipercayai daripada percikan bunga api berikutan beberapa hari sebelum kejadian ada jiran melihat tiga beradik berkenaan bermain bunga api di bilik itu,” katanya.Ibu mereka yang berusia 37 tahun bekerja sebagai pembantu kedai di kawasan berdekatan dan enggan ditemubual ketika ditemui media. Difahamkan, dia berasal dari Terengganu.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Zulkarnain Abdul Rahman, ketika dihubungi semalam berkata, polis masih menyiasat.
Pilu hati ini membaca kisah paper hari ini..... bayangkan.. si ibu terpaksa bekerja di gerai berdekatan..berapa sen sangat gajinya..yang tak mampu untuk menghantar anaknya ke pengasuh.... cuma dapat menyewa bilik untuk mereka anak beranak.... Kalaulah si suami tidak meninggalkan isteri dan anak2 itu...pasti peristiwa ini tak berlaku.... Tapi ya la.. ini semua ketentuan ilahi........Alfatihah

No comments: