DIDEKITE

AKU seorang insan.. seperti juga orang lain yang ingin menjadi seperti pepatah orang tua-tua dahulu kala.."Kalau tidak boleh menjadi garam yang memasinkan ikan..... JANGAN pula menjadi lalat yang membusukkan ikan.."



Search This Blog

Sunday, October 28, 2007

DUGAAN BESAR BUAT ANGKASAWAN NEGARA

Jika sayangkan sesuatu atau seseorang..... segala-gala yang lain kita ketepikan.....

‘Kematian adik dugaan Tuhan’

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
Sheikh Muszaphar membacakan doa di pusara adiknya, Sheikh Mustafa Al Masrie di Makam Haji Said, Seremban, Negeri Sembilan. – Gambar Halim Khalid dan Abd. Razak Aid.
SEREMBAN 28 Okt. – Walaupun terkilan kerana tidak sempat menghadiri pengkebumian adiknya, angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha berharap beliau tabah dan kembali bersemangat untuk menjadi sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia yang meminati bidang angkasa lepas.
Sheikh Muszaphar menyifatkan apa yang berlaku sebagai satu dugaan Allah dan sedar beliau perlu tabah untuk menghadapinya.
“Saya berasa sedih atas apa yang telah berlaku tapi saya yakin ini adalah dugaan Allah, saya harus berasa tabah dan memberi kekuatan kepada keluarga saya lebih-lebih lagi ibu saya.
“Saya berharap semoga saya kuat kembali untuk memberi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia sebagai seorang angkasawan,” katanya.
Komen ringkas itu diberikan angkasawan pertama negara kepada pemberita selepas meluangkan masa kira-kira 15 minit di pusara adiknya, Sheikh Mustafa Shukor Al-Masrie, 32, di Tanah Perkuburan Islam Makam Haji Said, di sini hari ini.
Sheikh Mustafa meninggal dunia pada pukul 6 petang semalam di unit rawatan rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) apabila jatuh pengsan kerana terlanggar tiang dan terhantuk pasu bunga sewaktu memasuki sebuah restoran di Jalan Klang Lama, Ahad lalu.
Allahyarham dikebumikan pukul 2.20 petang ini tanpa kehadiran Sheikh Muszaphar yang pulang dari Moscow, Russia tetapi terkandas di Bangkok apabila jadual penerbangannya ditunda tiga jam.
Bergegas
Sheikh Muszaphar yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 5.10 petang ini bergegas ke Seremban bagi menemui ayahnya, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor dan ahli keluarga terdekat yang menunggu di Masjid Negeri.
Sejurus tiba di pekarangan Masjid Negeri pada pukul 6.28 petang, Sheikh Muszaphar yang berpakaian serba hitam terus bertanyakan mengenai arwah adiknya dan memeluk ayahnya dan bersalaman dengan ahli keluarga terdekat.
Suasana sedih menyelubungi tanah perkuburan apabila Sheikh Muszaphar memeluk erat sambil mententeramkan ibunya Datin Zuraidah Sheikh Ahmad yang menunggu kehadiran beliau di sisi pusara Sheikh Mustafa.
Sementara itu, ketika ditemui di KLIA Sheikh Muszaphar berkata:”Perasaan saya memang begitu sedih, tetapi saya tahu ini adalah ujian daripada Allah dan saya terima.
‘‘Setiap manusia datang daripada Allah dan kembali kepada Allah dan saya kena tabah.’’
Katanya, beliau yang mengakui ‘terasa kosong’ pada saat ini akan menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam bagi mendoakan kesejahteraan Allahyarham.
Sheikh Muszaphar pulang dari Moscow lebih awal daripada yang dijadualkan bagi menghadiri pengebumian Ajil yang meninggal dunia petang semalam, setelah koma hampir seminggu, setelah terlanggar tiang di sebuah restoran di Jalan Klang Lama di ibu negara.
Ketibaannya di KLIA disambut kira-kira 200 orang termasuk ahli Putera UMNO dan penuntut serta kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang turut membawa sepanduk.

No comments: