DIDEKITE

AKU seorang insan.. seperti juga orang lain yang ingin menjadi seperti pepatah orang tua-tua dahulu kala.."Kalau tidak boleh menjadi garam yang memasinkan ikan..... JANGAN pula menjadi lalat yang membusukkan ikan.."



Search This Blog

Monday, January 25, 2010

MAK MASUK WAD 25 JAN 2010






*I awake all filled with you... YOUR image allow my seases no rest............*

Hari 25 Januari 2010...selesai urusan menghantar anak2...ke sekolah.. Aku terus ke rumah mak... menemani Noni dan mak ke Hospital Kajang. Mak hari ini dimasukkan ke wad kerana bleeding yang teruk. Telah lama dia mengidap penyakit ni. Dr pun x dapat nak cari punca2 nya....

Selesai urusan aku ajak Noni p MPKJ.. bayar cukai pintu untuk setahun... dapatlah satu mug MPKJ... ha.. ha......

Kemudian ke Pejabat Tanah di Bangi... bayar cukai tanah pulak....

Minggu ni aku kena settle semua perkara... tutup akaun kad kredit aku.... Tamat riwayat itu.. Aku sudah nekad tidak mahu menggunakannya lagi... Nyusahkan hidup aku.... Lebih baik guna cash.. Lagipun aku jarang guna kad tu.....Aku lebih pandai berbelanja guna cash.... Kemudian settlekan bil-bil elektrik dan air serta Indah Water.... Astro... lagi apa ya....

Oh ya.. lupa aku.. barang dapurpun dah banyak yang kehabisan.... wokay... nanti aku singgah supermarket.. cari barang2 keperluan..... insyallah... semua settle jugak akhirnya..... Oh.. aku suda lupa... Aku perlu ganti cermin mata aku!!!!!














Sampai di rumah.. Noni ajak singgah di AMBank.. settle ansuran kereta dia.. aku sempat sagi singgah di COSWAY.. cari sikit barang keperluan aku... Dan mak call... Katanya.. selepas kami balik... Kak Pah pun sampai... bukan untuk jenguk mak.. tapi kena masuk wad..... dimasukkan darah dan air.... fibroid dia dah makin besar serta ada ketumbuhan dalam rahim... masyaallah... x sangka betul kami.... So berjiranlah dengan mak.... Tak la kami risau.. kerana kak pah ada Shila yang boleh jaga dia dan jaga mak sekali. Kak Pah adalah kakak angkat aku sejak umur aku 14 tahun..... dah macam mak aku anggap dia..... Kemudian terus jadi keluarga angkak mak...







Dia ditinggalkan suami hampir 20 tahun yang lalu.. masa tu anak dia kecik2 lagi.. 4 orang semuanya.. 3 perempuan dan sorang lelaki..... Memang sedih kisah hidup dia dari kecil hingga dewasa... Dia ni cucu arwah Zaharah Agus.... pelakun zaman P. Ramlee dolu2.... sepupu dengan Nanu dan Eby Saiful....

Alhamdulilah semalam 26 Januari... mak dah selamat di check guna kamera.. masuk dalam perut... ada sedikit 'ketumbuhan' tetapi tidak merbahaya.... Telah dicuci dan Dr. kata dalam masa sebulan ni tenguk perkembangan macamana.. kalau x ok... baru ....dibedah untuk dibuang rahim....

Kak Pah pulak.. perlu dimasukkan darah dan air.... untuk stabilkan diri dia... Minggu depan akan dibedah untuk dibuang ketumbuhan dan rahim dia... Moga dia tabah menghadapi dugaan hidup dan moga dia selamat serta sihat kembali hendaknya.....

No comments: